Part 19

4.5K 50 10
                                    

Selepas pulang daripada study group di perpustakaan, aku pulang ke dorm untuk bersiap-siap untuk keluar sebentar mengambil angin luar dengan kereta aku. Aku mengajak Nadia keluar tapi tidak manis aku hanya ajak dia seorang saja keluar.

Aku mengeluarkan telefon bimbit aku dan mula menaip mesej kepada seseorang.

"Assalamualaikum,Hadeef. Kamu free petang ni. Jom keluar dengan abang?"

Itulah pertama kali aku mengajak Hadeef keluar bersama aku.

Selang beberapa minit. Mesej aku dibalas.

"Wa'alaikumussalam, free abang. Abang nak ajak saya ke mana? Kita berdua je ke?"  Begitulah balasan mesej daripada Hadeef.

"Tak, abang akan ajak seorang lagi kawan abang." Aku membalas Hadeef ringkas.

"Okay abang! Nak jumpa abang kat mana? Padang?" Hadeef bertanya lagi.

"Kamu tunggu depan pagar kolej boleh? Sebab ada kawan perempuan abang yang nak ikut." berterus terang aku kepada Hadeef.

"Okay ...." Balasan pendek Hadeef sepertinya dia tidak suka akan arahan itu.

"Nanti abang belanja makan nanti ye?" Aku cuba memujuk Hadeef.

"Okay bang😊" Hadeef menggunakan smiley untuk menutup perasaan tidak selesa dengan arahan aku.

Aku terpaksa berbuat begitu kerana perjumpaan aku dengan Hadeef agak 'penting' jadi aku tidak mahu merosakkan suasana nanti.

Aku mengambil kunci kereta aku dan menapak ke kawasan padang. Agak jauh kereta aku di parkir kerana masalah parkir asrama yang semakin penuh dengan pelajar. Mahu tidak mahu kena parkir di sekitar padang kerana di situ sahaja tempat yang tinggal.

Setelah sampai di kereta, kelibat Nadia sudah berada di kereta aku.

"Laju awak sampai?" Aku mengusik Nadia.

"Yelah, awak bagi saya masa 5 minit je bersiap. Nanti awak tinggal saya pulak." Nadia membuat muka seposen ye di hadapan aku.

"La kan saya kata saya pusing asrama nak ambik awak?" Aku menepuk dahi aku.

"Eh ada ek? Saya baca part awak kata suruh saya bersiap 5 minit tu je." Nadia mula tersengih-sengih.

Aku hanya menggeleng kepala dengan telatah manja Nadia itu.

"Takpelah, awak dah save masa saya nak pusing asrama jimat minyak hehehe." Aku mengusik Nadia lagi.

"Awak ni kan????" Nadia mula mengeluarkan perangai manja nya di hadapan aku.

"Dah-dah. Jom masuk kereta ada orang tunggu kat depan kolej."

Aku dan Nadia masuk ke kereta dan memulakan enjin kereta.

"Awak ajak siapa sekali ni? Kenapa dia tunggu kat depan kolej?" Nadia mula bertanya aku.

"Hadeef. Saya ajak keluar sekali dengan awak sebab ada benda penting saya nak beritahu dia." Aku berterus terang kepada Nadia.

"Pasal saya cakap tadi ke?" Nadia seperti bingung.

Aku mendiamkan diri seketika dan mula menuju di pagar kolej. Kami meninggalkan buku untuk keluar kolej kepada pakcik guard.

Hadeef sudah kelihatan di luar. Aku berhenti di tepi Hadeef.

"Maaf Hadeef buat kamu tertunggu kat sini!" Aku memohon maaf kepada Hadeef.

Hadeef membuka pintu kereta aku dan masuk.

"Tak ada apalah bang. Saya okay je." Hadeef masuk kereta aku dengan keadaan sedikit masam muka.

Budak Tahfiz, Aku Sayang Kau.(COMPLETED)Where stories live. Discover now