Part 18

4.8K 42 1
                                    

Flashback.
"Jom Dean, sparring ngan ana!" Abang Syam mengajak aku beradu tenaga pada petang Isnin.

Setiap petang Isnin aku akan ada kelas silat bersama Abang Syam, Fared dan beberapa lagi kawan aku.

"Okay, siap sedia." Aku gembira dapat beradu tenaga dengan abang Syam. Jantung aku berdegup-degup melihat ketampanan abang Syam.

Aku dan abang Syam membuka langkah silat masing-masing. Walaupun ilmu persilatan aku masih kurang tetapi aku berani menggunakan segala ilmu yang ada untuk beradu bersama abang Syam. Namun hatiku tidak mampu untuk mencederakan orang yang aku sayang.

Abang Syam mendekati aku dan terus menumbuk tepat di muka aku. Aku berpinar sebentar dan hampir tumbang.

"Maafkan ana,Dean. Kuat ke abang tumbuk?" Abang Syam meminta maaf kepada aku.

"Ana okay bang. Ana okay!" Aku menunjukkan tanda okay kepada Abang Syam.

"Nah Syam, kapas dengan lotion" Seorang kawan aku menghulurkan peti pertolongan cemas kepada abang Syam.

"Terima kasih Mohsin." Abang Syam mengambil kapas dan lotion di tangan Mohsin.

"Takpe bang ana okay je ni" aku menahan sakit kerana tumbukan abang Syam yang padu itu mengena pada muka aku atas kecuaian aku sendiri.

"Enta kenapa? Macam tak ready je ni? Kalau tak ready kenapa nak sparring dengan ana?"  Sambil abang Syam meletakkan lotion di tempat lebam muka aku.

"Ana terpaku dengan ketampanan enta. Sampai tak ready." Aku bergurau dengan abang Syam.

Semakin kuat kapas ditekan di muka aku yang sakit. Aku menjerit kesakitan.

"Enta jangan berlebih-lebihan ye?" Abang Syam memberi amaran kepada aku.

"Ala abang Syam, ana gurau je." Aku mencebikkan muka kepada abang Syam.

"Enta jangan nak jujur sangat dengan perasaan enta pada ana. Ana terima enta bukan bermakna enta boleh sesuka hati cakap begitu." Abang Syam terus berkhutbah kepada aku.

"Maafkan ana bang, ana janji tak buat lagi." Aku meminta maaf kepada abang Syam.

"Syam kitorang balik dulu ye?" Mohsin meminta diri untuk balik selepas habis latihan silat.

"Okay Sein, hati-hati bawak kereta balik tu." Abang Syam memberi isyarat kepada Mohsin.

"Dean, aku balik asrama dulu ko jalan la dengan abang Syam ye." Fared juga seperti laju hendak pulang ke asrama.
Tinggallah aku berdua bersama abang Syam di padang petang itu.

Kami berjalan menuju asrama. Semasa aku berjalan berdua abang Syam aku hanya berdiam diri.

"Kenapa enta diam? Sakit lagi ke?" Abang Syam pelik aku hanya berdiam diri.

"Taklah, ana cuma bersedih. Lagi 2 bulan abang akan menamatkan pengajian abang di sini." Aku mengaku apa yang aku rasakan.
"Siapa yang akan beri semangat kepada ana untuk terus berjihad melawan nafsu songsang ni? Ana jujur tak kuat abang."

Abang Syam terdiam sebentar. Sifat tenangnya yang selalu membuatkan aku rasa selamat untuk bercerita apa-apa berkaitan masalah naluri aku.

"Sebenarnya enta dah cukup kuat untuk tempuhi bila ana dah habis kat sini. Jangan risau lah. Enta cuma kena lebih yakin untuk terus berubah." Abang Syam tenang berkata-kata sambil tersenyum.

Aku juga tersenyum dengan kata-kata abang Syam. Aku terasa ingin memeluknya tapi aku tahu batas aku dengan abang Syam tak lebih dari kawan walaupun aku pernah menyayangi dia lebih dari seorang kawan.

***************
"Hoi, termenung apa lagi? Waktu study group pun boleh termenung lagi!" Fared menjerkah aku dari tepi.

"Kau ni kalau tak kacau aku tak sah. Terkejut aku." Aku bangun dari mengelamun aku.

Budak Tahfiz, Aku Sayang Kau.(COMPLETED)Where stories live. Discover now