Part 20

4.8K 55 4
                                    

Hubungan aku dengan Hadeef terputus begitu sahaja. Tetapi aku tetap percayakan yang inilah takdir Allah tetapkan kepada aku.
Orang bernafsu songsang macam aku memang tak semua akan menerima dengan baik.

Aku ke kelas pagi itu seperti tiada apa-apa yang berlaku. Aku cuba untuk menjadi kuat walaupun banyak luka yang telah terhiris di hati aku.

Kebetulan semasa ke kelas aku terserempak dengan Hadeef. Aku cuba untuk menyapanya. Tetapi Hadeef cepat-cepat mengelak daripada aku. Aku agak terkilan waktu itu.

"Apa salah aku Ya Allah? Aku tak buat apa-apa kepada Hadeef. Kenapa Jalil? Kenapa kau cerita semua tentang kita sedangkan aku sendiri cuba menutup aib kita." Aku mula menyoal diri sendiri.

Aku berjalan lemah ke kelas. Mood aku seperti tidak mahu ke kelas pada pagi itu. Jadi aku mengambil keputusan untuk tidak ke kelas pada hari itu.

Aku terlalu murung pada hari itu.

Nadia memberi mesej kepada aku.

"Awak okay? Kenapa awak tak datang kelas? Awak demam ke?" Begitulah bunyi mesej daripada Nadia.

"Taklah, saya kecewa,depressed,serabut semua ada. Terasa macam nak bunuh diri pun ada." Aku membalas Nadia dengan penuh rasa kecewa.

"Awak, janganlah! Kalau awak mati saya ni macam mana?" Nadia memujuk aku.

Telefon aku berdering dan panggilan itu daripada Nadia.

Aku membiarkan panggilan itu dan mematikan dengan sengaja.

Nadia memberi mesej kepada aku lagi.

"Awak jangan macam ni awak! Jangan kerana terlalu mengikut perasaan sampai awak nak tamatkan riwayat awak. Ingatlah ibu bapa awak yang masih sayangkan awak!"

Ayat Nadia itu buatkan aku agak tersentap. Betul juga kata Nadia. Aku masih ada ibu bapa yang menyayangi aku.

Aku duduk beristighfar sebentar ketika itu. Aku menelefon ibu bapa aku semoga dipermudahkan segala urusan aku di sini. Aku tidak pernah bagitahu mereka apa yang aku alami selama aku belajar di kolej dan mereka juga mengharapkan begitu kepada aku.

Perasaan aku sedikit lega bila aku dapat mendengar suara ibu dan bapa aku.

Aku mesej semula Nadia dan berkata aku telah okay.

"Alhamdulillah kalau awak rasa okay. Saya bagi cadangan kat awak boleh?" Nadia bertanya kepada aku.

Aku macam biasa seperti boleh meneka apa yang Nadia akan cadangkan iaitu berjumpa dengan kaunselor.

"Jom jumpa kaunselor nak?" Nadia bertanya.

Memang benar tekaan aku dia suruh aku jumpa dengan Cik Masirah.

"Jangan risau kita takkan cerita pasal naluri awak, kita cerita pasal awak ada masalah dengan kawan dan pelajaran je okay?" Nadia memujuk aku.

Aku bersetuju tanpa membantah sepatah. Aku berjanji berjumpa Nadia selepas habis kelas waktu pagi dalam pukul 11 pagi.

Aku benar-benar berharap ada sinar di sebalik perjumpaan dengan kaunselor kali ini.

Aku menuju ke bilik kaunseling dan seperti biasa memang bilik kaunseling terbuka luas seperti menanti kedatangan aku.

"Assalamulaikum,Cik Masirah?" Aku memberi salam.

"Wa'alaikumussalam masuklah, Miss ada kat dalam ni." Cik Masirah menjawab daripada biliknya.

Aku masuk ke dalam dengan penuh rasa gementar. Sepertinya aku benar-benar sudah dalam keadaan yang depresi yang agak serius.

"Oh Dean rupanya, Nadia baru mesej Miss tadi katanya kamu dengan dia nak jumpa, kebetulan Miss pun baru siapkan fail kaunselor ni." Cik Masirah macam biasa tersenyum dan senang dengan kehadiran aku.

Budak Tahfiz, Aku Sayang Kau.(COMPLETED)Where stories live. Discover now