Part 29

3.1K 49 14
                                    

Aku bergegas pulang ke asrama pada waktu subuh setelah bermalam di masjid besar Ipoh. Mujur aku tiada kelas pada pagi itu.

Aku pulang ke kolej pada pagi itu dengan berpakaian kelas. Walaupun hati aku berat untuk pulang tapi aku tetap gagahkan diri aku.

Aku cuba menelefon Encik Syed pada pagi itu. Aku sebenarnya malu untuk pulang ke kolej mahupun asrama kerana pasti berita-berita telah tersebar di seluruh kolej.

Sudah pasti ibu bapa aku akan malu dengan perbuatan aku ini. Dah bermacam-macam di fikiran aku yang masih lagi serabut.

Nampaknya panggilan tidak berjawab mungkin Encik Syed sedikit sibuk. Aku pergi ke cafe untuk mencari sarapan terlebih dahulu. Aku ke gerai kak Zana. Kak Zana melihat aku dengan agak terkejut.

"Aduhai Dean, kenapa dengan kamu ni? Luka kat mulut tu?" Kak Zana menyapa aku.

"Takde apa kak Zana. Saya terjatuh je ni." Aku menyembunyikan perkara sebenar.

"Akak dengar ada pergaduhan kat asrama semalam. Bukan kamu ye yang terlibat?" Kak Zana seperti tahu aku sedang menipunya.

"Bukan kak, bukan Dean. Dean memang terjatuh semalam sampai luka." Aku tetap menyembunyikan fakta ketika itu.

"Alhamdulillah bagus la macam tu. Risau ye tengok budak-budak bergaduh bertumbuk ni." Kak Zana menyambung celotehnya.

Aku hanya mampu tersenyum kelat. Perut pun dah lapar aku mengambil sedikit mee goreng dan memesan segelas teh tarik untuk menghilangkan rasa lapar aku.

Kemudian telefon aku berdering. Panggilan daripada Encik Syed.

"Kamu dah balik ke kolej?" Encik Syed terus bertanya aku.

"Dah, saya ada kat gerai Kak Zana." Perlahan aku membalas.

"Bagus kerana kamu berani juga pulang. Saya nak jumpa kamu dengan pengarah kejap lagi. Boleh?" Encik Syed memujuk aku.

"Bo..boleh..." lemah aku menjawab.

"Ingat, jangan lari...." Encik Syed membalas.

"Baiklah,saya ikut cakap Encik Syed." Aku akur akan arahan Encik Syed.

Encik Syed menamatkan panggilan.

Aku meneruskan makan mee goreng yang dah hampir sejuk itu. Kemudian aku ternampak Nadia di situ.

Nadia melambai-lambai kepada aku tetapi aku pura-pura tidak nampak.

Nadia mendekati aku dan cuba duduk di hadapan aku.

"Awak, ke mana awak pergi semalam? Saya call awak banyak kali awak tak angkat. Risau saya dibuatnya." Nadia tenang bertanya kepada aku.

Aku cuba mengelak untuk bercakap, tidak mahu Nadia perasan luka di mulut aku.

"Awak, Hadeef bagitahu saya yang awak kena pukul dengan Fared. Tak sangka sampai macam ni teruknya." Nadia mula sebak melihat aku.

Aku tidak membalas sepatah pun. Aku menunduk tidak mahu memberi respons apa-apa pun.

"Awak, kenapa awak diam ni? Saya risaukan awak tau! Janganlah buat saya macam ni. Sedih rasanya."

Aku tetap mendiamkan diri aku ketika itu. Lidah aku terlalu kelu untuk membalas pertanyaan Nadia.

"Takpelah,mungkin awak trauma kot. Maaflah saya mengganggu awak. Saya pergi beli sarapan dulu." Nadia seperti sedih aku membuatnya dia begitu.

Aku sebenarnya bukan apa,aku tak nak orang di sekeliling aku terkena tempias kerana diri aku.

Nadia meninggalkan aku keseorangan dan aku meneruskan makan sarapan aku.

Dalam akal fikiran aku terbayang apa hukuman yang aku bakal terima bila berjumpa dengan pengarah nanti.

Budak Tahfiz, Aku Sayang Kau.(COMPLETED)Where stories live. Discover now