Part 23

3.9K 61 3
                                    

Aku bersyukur kerana hubungan aku dengan Hadeef telah baik semula. Sekurang kurangnya hilang satu beban di kepala otak aku. Aku benar-benar tidak menyangka Hadeef menyerahkan tubuhnya kepada aku.

Secara jujur aku masih serba salah. Kenapa Hadeef sanggup menyerahkan tubuhnnya kepada aku? Adakah untuk menebus kembali peristiwa ketika di kedai makan? Atau mungkin juga dia benar-benar telah beralih arah.

Aku menulis diari aku di dalam bilik tentang peristiwa yang berlaku pada ahad pagi itu. Jalil lewat pulang malam tadi. Mungkin lepak bersama kawan-kawannya yang lain.

Aku masih tertanya tentang Amir Zaidi. Kenapa nama beliau sangat berlegar-legar di kepala aku. Aku memandang Jalil yang sedang tidur kerana mungkin masih penat di katilnya.

Aku kemudian bangun dan duduk di katil Jalil dan memandang mukanya. Aku tenung sahaja muka Jalil dengan penuh rasa sayu. Kemudian aku memberanikan diri memegang tangan Jalil.

"Kenapalah aku jatuh cinta kepada kau Jalil? Kenapa kita tak boleh jadi kawan je macam dulu? Berjuang bersama-sama dalam kehidupan beragama? Aku sungguh benci dengan perasaan aku kepada kau Jalil." Aku meluahkan perasaan aku ketika Jalil tidur itu.

Aku tidak pasti Jalil dengar atau tidak. Kemudian aku terasa genggaman tangan aku dipegang erat oleh Jalil.

Kemudian di dalam tidurnya Jalil seperti mengigau..

"Amir.....Amir...." Nama itu disebut ketika Jalil sedang itu.

Aku seperti tersentak. Nama Amir Zaidi terkeluar dari mulut Jalil. Aku segera melepaskan tangan aku dan bingkas bangun.

Aku mengambil telefon,wallet dan kunci kereta aku dan segera keluar daripada bilik. Aku menelefon Nadia dan Hadeef untuk mengajak mereka keluar sekali bersama dengan aku. Alhamdulillah mereka ingin keluar bersama

"Awak okay? Kenapa tiba-tiba ajak keluar?" Nadia bertanya di dalam telefon.

"Nanti saya bagitahu." Aku perlahan memberitahu Nadia.

"Awak ajak Hadeef sekali?" Sekali lagi Nadia bertanya.

"Yup sekali dengan Hadeef."

"Baiklah." Sayu suara Nadia.

"Tunggu saya call Hadeef kejap." aku menamatkan panggilan.

Aku mula mendial nombor Hadeef untuk pastikan dia boleh bersama aku dengan Nadia.

"Assalamualaikum Hadeef,kamu dah siap? Abang nak ambik kamu dengan kak Nadia ni." Aku terus memulakan bicara.

"Dah abang, ada kat bilik ni. Abang nak tanya boleh?" Hadeef menjawab aku.

"Apa dia?" Aku kehairanan.

"Abang jangan bagitahu apa-apa yang telah berlaku antara kita dengan kak Nadia ye? Saya merayu sangat. Saya betul-betul tak sangka boleh terlanjur sampai macam tu." Hadeef meluahkan perasaannya.

Aku terdiam sebentar. Kami akui kami telah masing-masing terkhilaf. Hadeef kerana tekanannya dan aku sememangnya suka kepada Hadeef tapi tak lebih dari seorang adik.

"Ya, Insya Allah. Apa yang berlaku antara kita abang pastikan takde orang yang tahu." Aku berjanji kepada Hadeef.

"Janji ye abang? Malu saya kalau orang lain tahu. Saya betul-betul stress masa tu bang." Hadeef merayu kepada aku.

"Abang faham,kamu tak bermaksud macam tu dan khilaf abang juga sebab ada naluri macam tu dan terlalu mengikut nafsu." Aku perlahan menenangkan Hadeef.

"Baiklah abang. Hadeef percayakan abang. Jomlah kak Nadia tunggu dah tu." Hadeef menamatkan panggilannya.

Budak Tahfiz, Aku Sayang Kau.(COMPLETED)Where stories live. Discover now