Part 21

4.2K 52 3
                                    

*Ringtone telefon berbunyi*

"Oh dah pukul 5.00 pagi. Mesti aku tertidur lepas tulis diari semalam" bermonolog aku bersendirian.

Selepas sesi bersama Cik Masirah aku cuba mempraktikkan apa yang dah Cik Masirah ajar. Walaupun ianya tidak lah 100% berkesan tapi bagus juga aku berbuat begitu. Aku jadikan ianya sebagai rutin terbaru aku.

Walaupun hari itu hari sabtu aku tetap bangun awal walaupun kepala aku sedikit sakit kerana tekanan semalam. Aku sudah mendapatkan rawatan di klinik berdekatan dan doktor menasihati aku supaya banyakkan berehat dan pandai mengurus masa.

Aku mengambil keputusan untuk mengambil angin di luar memandangkan Jalil juga tiada di bilik. Macam biasa aku mengajak Azwan dan Fared tetapi mereka masing-masing ada hal.

Aku seperti mati kutu pada hari itu kerana tidak ada aktiviti yang boleh aku lakukan pada hari itu. Aku mengambil keputusan untuk duduk sahaja di bilik aku untuk lebih banyak berehat atas saranan doktor.

Nadia ada memberi mesej kepada aku supaya aku banyak berehat dan makan ubat yang diberikan oleh doktor.

Kadang-kadang aku terasa lebih disayangi oleh Nadia daripada Jalil ataupun seorang lelaki lain tetapi aku tetap tidak mampu nak membalas perasaan yang sama kepada Nadia.

Aku turun dari asrama dan ke kafe tetapi Kak Zana biasanya tidak buka pada hari minggu. Aku tetap turun ke kafe dan membawa laptop aku untuk mencari info tentang tugasan assignment aku yang seterusnya.

Keadaan yang lengang di kafe pagi itu buat hati aku juga sedikit tenang. Aku memesan secawan teh ais di gerai lain yang tidak kurang enak nya seperti aku beli di gerai kak Zana. Aku juga memesan beberapa potong kuih popiah yang rangup dan rapuh seperti rapuhnya hati aku sekarang.

Aku sengaja tak ajak Nadia sekali kerana tidak mahu mengganggu nya.

Aku membuka laptop dan mula mencari wifi kafe yang kadang-kadang ada kadang,-kadang tak ada tu. Setelah beberapa minit aku berjaya connect dengan wifi kafe.

Aku membuka laman Facebook aku yang berhabuk tidak update itu. Aku melayari laman itu sebelum mengambil mood untuk mencari bahan untuk tugasan aku.

Di situ aku terlihat status daripada Jalil yang bertulis:

"Cinta yang terlarang tidak pernah diberkati Tuhan."

Aku terfikir jadi selama ini akukah yang bersalah dalam hal ini?  Jalil membenci aku?

"Ah persetankan semua ini, baik aku fokus sahaja kepada pelajaran aku" aku mengomel dengan diri sendiri.

Tiba-tiba aku dijerkah daripada belakang.

"Ha? Stalk siapa tu?" Sergah suara itu dari belakang aku.

"Terkejut aku, kau ni." Aku memandang ke belakang. Rupanya Wany dan Nadia berada di belakang aku. Mereka baru sahaja pulang daripada keluar ke pekan untuk projek assignment.

"Mujur saya tak ajak awak keluar tadi. Nasib awak memang baik." Aku bersahaja dengan mereka.

"Kenapa? Kalau awak ajak pun saya memang dah plan nak keluar dengan Wany dari semalam." Nadia selamba membalas.

Aku terdiam sebentar.

"Bukan awak cakap kat saya nak keluar dengan Fared dengan Azwan?" Nadia bertanya kepada aku.

"Mereka tak free pulak harini. Lepas tu saya pula buntu nak keluar ke mana harini. Jadi saya ambik keputusan duduk kafe sambil melayari internet dan mencari bahan untuk assignment."

"Betullah tu. Encik Syed pun dah bagitahu minggu depan nak kena submit assignment tu. Ko takkan tak buat apa lagi?" Wany bertanya kepada aku.

"Belum, lagipun aku baru balik dari klinik semalam kepala aku sakit jadi baru harini nak cari bahan nya."  Aku membalas Wany dengan nada agak lemah.

Budak Tahfiz, Aku Sayang Kau.(COMPLETED)Where stories live. Discover now