Part 9

6.4K 68 4
                                    

"Eh lepas ni kelas apa ek?" Fared bertanya kepada satu kelas.

"Kelas Encik Syed Idid. Business Law" jawab aku ringkas.

"Aduh,bosan gila doh! Dah la Encik Syed ajar slow. Kelas petang pulak ni. Gila ngantuk aku!"

Macam biasa Fared merungut dengan semua kelas yang kami pelajari semester tu. Fared bukanlah pelajar yang bijak tapi kesungguhan beliau untuk menyiapkan sesuatu tugasan di pandang tinggi oleh pensyarah di sini.

"Eleh, kau bila je kelas tak pernah bosan Fared?" Tiba-tiba Nadia bersuara di dalam kelas. Itulah pertama kali aku mendengar suara Nadia dengan jelas.

"Alah, aku ni dah la lembap bap-bap law ni." Tambah rungutan si Fared.

"Kau lembap-lembap pun score je semua subjek." Perli si Nadia.

Tak sangka aku orang yang nampak Muslimah di sebalik tirai surau adalah gadis yang agak "kasar" di pandangan mata aku. Ah manakan taknya, aku ni dah asyik terfikirkan Jalil daripada orang lain dalam kelas.

"Siapa dengan Jalil petang semalam? Dia peluk siapa? Rasanya macam Junior baru, tapi macam pelik aku tak kenal pulak junior baru tu" ligat kepala aku memikirkan peristiwa semalam.

"Wei korang,lunch karang kita makan dekat luar nak? Bosanlah asyik makan kat kafe je."  Jalil bersuara sambil memandang aku.

"Sorry,aku ada hal karang. Aku lunch kat kafe je." aku menyahut ajakan Jalil.

Jalil memalingkan muka nya kepada aku dan tidak memandang aku. Niat Jalil bukanlah nak ajak aku makan sekali sebab aku tahu dia sebenarnya nak cover apa yang jadi semalam jadi aku pun tag along demi menjaga aib kami berdua.

Notifikasi telefon aku naik dengan mesej daripada Nadia.
"Dean, kita lunch sekali nak? Saya,Wany dan awak sekali kat gerai Kak Zana.Boleh pulangkan kunci kereta awak sekali"

Tanpa berfikir panjang aku bersetuju untuk makan tengahari bersama Nadia. Ini juga peluang aku untuk mengenalinya dengan lebih dekat.

"Okay jugak dekat Kak Zana, lauk favourite saya sup ayam Kak Zana tu" balas aku ringkas.

"Eh sama pulak! Lauk favourite saya jugak tu okay la nanti kat Kak Zana ya?"  Nadia membalas mesej ku.

Kelas pertama tamat pada pukul 12 tengahari. Masih ada masa dua jam sebelum kelas petang pukul 2 nanti. Disebabkan masa memang suntuk jadi aku memang memilih untuk makan di kafe saja. Sebelum ni aku memang jarang makan bersama perempuan tapi mungkin inilah peluang aku untuk mengenali seorang perempuan cuba untuk berubah menjadi seorang lelaki sejati.

Aku bergegas ke kafe dan pergi ke gerai Kak Zana kerana lauk pauk kak Zana cepat habis. Bukan saja pelajar yang suka malahan pensyarah pun banyak membeli lauk pauk di gerai Kak Zana.

"Kak Zana, sup ayam tak ada ke harini?" Aku bertanya kerana tidak melihat sup ayam di gerai kak Zana.

"Baru siap masak ni Dean! Akak tahu kamu suka sangat dengan sup ayam akak ni dan tahu kamu kelas habis pukul berapa. Tu yang akak masak lambat sikit sup ayam tu." balas Kak Zana dari dapur beliau.

"Ni yang sayang lebih dekat Kak Zana ni!" Hehehehe" aku ketawa kecil.

"Lagi satu kawan kelas kamu pun suka sup Ayam Kak Zana" kak Zana memandang aku.

"Siapa kak Zana?" Pura-pura aku kehairanan  dengan ayat Kak Zana.

"Siapa lagi? Nadia la! Dia banyak bercerita pasal kamu dengan Kak Zana" balas ringkas kak Zana.

"Nadia bercerita pasal saya? Yang baik ke yang buruk Kak?" kali ini aku memang agak ingin tahu kenapa Nadia banyak bercerita tentang aku dengan Kak Zana. Kaki gossip juga perempuan alim ni.

"Eh, yang baik la Dean,tak pernah akak dengar ayat-ayat buruk dari keluar mulut Nadia. Dia selalu cakap kamu dalam kelas mana pernah pandang perempuan lain"  Kak Zana menjelaskan kepada aku.

Aku hanya mampu tersenyum kelat. Yelah memanglah aku tak pandang perempuan kalau naluri aku dah songsang dan hanya suka kepada kaum sejenis aku.

Terlihat kelibat Nadia bersama kawan baiknya Wany datang menghampiri gerai Kak Zana.

"Kenapa cepat sangat kau keluar kelas Dean?" Wany menyapa aku dari belakang.

"Oh, aku jumpa Encik Rashid pasal assignment Accounting tadi. Lepas tu aku terus bergegas ke kedai Kak Zana sebab takut sup ayam Kak Zana habis." balas aku kepada Wany.

Cara aku menyapa perempuan memang sama macam aku menyapa kaum sejenis aku. Aku memang tidak gentleman apabila bercakap dengan perempuan sebab itu perempuan takut untuk dekat dengan aku agaknya.

"Kalau ye pun mesej la kitorang dulu,sebab tadi memang kami dah sampai kedai Kak Zana,tapi tengok kau takde kat sini." Wany sepertinya marah kepada aku.

"Eh takpelah Wany,kan Dean dah bagitahu dia jumpa Encik Rashid tu. Kau pun tahu Encik Rashid jenis strict bagi markah assignment" Nadia cuba tenangkan Wany.

"Yelah, aku mintak maaf,sebab memang rush jumpa dengan Encik Rashid sebab katanya dia ada kat meja dia sampai pukul 1 je." Aku cuba tenangkan keadaan di situ. Aku pun pelik selalunya aku tidaklah suka memberitahu atau memujuk kaum wanita sebab aku memang jenis tak tahu memujuk.

"Eh tak baik korang bergaduh depan makanan ni" mencelah Kak Zana. "Kan sup Ayam ni Kak Zana dah sediakan untuk kamu berdua. Marilah makan" pujuk Kak Zana untuk meleraikan pertelingkahan aku dengan Wany.

"Mujurlah Kak Zana faham, okay kak Zana saya nak nasi putih dengan sup ayam ye." aku melemparkan senyuman kepada Kak Zana.

"Saya pun sama kak!" sahut Nadia.

Selepas kami mengambil makanan kami masing-masing mencari meja yang kosong di sekitar kafe. Keadaan kafe yang agak lengang pada haritu memudahkan kami untuk mencari tempat duduk.

Kami mengambil tempat duduk yang tidak jauh daripada gerai Kak Zana sebab tak mahu orang salah sangka yang aku duduk bersama bukan mahram.

"Okay Dean baca Bismillah" Wany mengusik aku.

"Bismillahirrahmanirrahim,Alllahumma baarik llanaa fiima razaqtanaa waqinaa adzaa ban-naar" aku mengetuai doa tanpa banyak soal.

"Patutlah Nadia suka kat kau, Azan sedap, baca doa boleh memang lelaki mithali!" Wany mengusik aku.

Baru sahaja aku nak menikmati air teh ais hampir tersembur aku dengar ayat daripada si Wany.

"Kau ni Wany! Kata nak rahsiakan benda ni!" Nadia memukul manja bahu Wany.

"Eh betullah! Bila lagi kau nak berahsia macam ni." Wany masih mengusik Nadia.

Aku hanya mampu mendiamkan diri dengan kata-kata mereka. Muka Nadia sememangnya merah padam dengan usikan Wany itu.

"Agaknya kalau diorang tahu aku ni Gay. Macam mana ya?" Aku meneruskan menghirup sup aku sambil mengelap peluh dengan keadaan yang risau.

Budak Tahfiz, Aku Sayang Kau.(COMPLETED)Where stories live. Discover now