Part 7

7.3K 59 0
                                    

*Flashback*

"Usrah Harini kita tamatkan dengan tasbih Kafarah dan surah Al-Asr" abang Syam menamatkan sesi usrah pertama pada petang minggu pertama sesi semester Julai 2010.

Di situlah hati aku tertaut dengan ex-crush aku. Abang Syam. Lelaki yang berkulit gelap,sawo matang, tak gemuk dan tak kurus, berjanggut jemput, sungguh alim terlihat di mata. Itulah kali pertama aku menaruh hati kepada Abang Syam setelah mengenali nya lebih kurang selama setahun.

Dugaan naluri aku sememangnya berubah ketika aku menjejakkan kaki di kolej ini. Benar niat aku memang untuk belajar dan berubah tetapi apakan daya aku hanyalah manusia yang lemah.

Usrah kami juga di hadiri beberapa kawan aku yang lain termasuk Jalil dan Fared. Di situlah cerita aku bermula. Kami berhimpun kecil kerana aku terlalu sayangkan persahabatan ini. Jadi aku mengambil keputusan untuk mengaku tentang naluri aku kepada mereka. Aku memanggil beberapa kawan-kawan aku termasuklah Abang Syam.

"Assalamualaikum kawan-kawan. Maaf tiba-tiba panggil antum semua secara mengejut ni. Ana panggil ni atas dasar persahabatan dan bukanlah untuk mencari sengketa" susun atur ayat aku untuk mendapatkan perhatian mereka.

"Wah lain macam ayat ko ni!" Jalil bersuara. "Bermadah pujangga pula." ketawa kecil si Jalil.

"Yelah, abang pun terkejut tiba-tiba enta panggil abang sekali dalam pertemuan ni. Ada benda penting ke?"

"Kau nak belanja kitorang makan ke?" Mencelah si Fared pula.

"Sebenarnya, ana nak nak buat pengakuan dekat antum semua." aku menelan air liur dan mencari sekelumit kekuatan untuk membuat pengakuan berani mati tu.

Kawan-kawan lain menanti ayat aku dengan penuh saspens. Entah apalah yang mereka ingat aku cuba sampaikan.

"Ana sayangkan persahabatan ini, jadi Ana tak mahu kehilangan persahabatan ini."
Sekali lagi aku menarik nafas sedalam-dalamnya
"Sebenarnya...ana GAY!" mulut aku melepaskan juga pengakuan itu.

Semua terdiam. Mata abang Syam terbeliak seketika. Jalil tergamam dan Fared pula seperti hairan.

"Gay tu apa?" Fared bertanya. Naif sungguh kawan aku yang seorang ni.

"Maksudnya enta ada perasaan suka pada sejenis enta?" Abang Syam cuba memastikan pengakuan aku tu.

"Ya abang" perlahan aku membalas.

"Betul ke kau ni Dean?" Jalil bertanya kepada aku.

"Ya,Jalil aku memang gay. Aku memang ada perasaan kepada kaum sejenis aku" aku memandang Jalil.

"Yang lagi parah, ana dah jatuh hati kepada...Abang Syam." sekali lagi aku kuatkan diri untuk membuat pengakuan itu.

Suasana menjadi tegang sebentar di dalam surau.

"Kau tak geli ke suka sesama jenis?" Fared terus menjerkah aku. "Apa yang kau rasa kalau suka sesama jenis?" Nada Fared semakin tinggi.

Jalil hanya berdiam diri tanpa sepatah kata bercakap. Mungkin beliau tergamam dengan pengakuan aku.

Abang Syam pula cuba menghadam pengakuan aku.

"Ana tahu perasaan sebegini salah, tapi disebabkan ana sayang persahabatan ini, jadi Ana mengaku kepada antum semua."  Aku mengalirkan air mata.

"Ana tak mintak antum semua terima Ana, cuma Ana jelaskan kepada antum semua yang Ana betul-betul nak berubah."

Suasana senyap tadi berlarutan.

"Alhamdullilah,lega abang dengar." Abang Syam mula bersuara sambil tersenyum.

Fared dan Jalil tergamam dengan kata abang Syam.

"Enta seorang yang berani sebab mengaku diri enta macam tu. Abang tahu tak mudah nak buat pengakuan berani mati macam tu."
Abang Syam menarik nafas sebentar.

"Tapi abang mintak maaf,abang tak boleh terima cinta enta. Sesungguhnya ianya salah dari agama dan fitrah."
Abang Syam menjelaskan dengan terang kepada semua yang ada di dalam surau itu.

Abang Syam adalah Ketua Majlis Perwakilan Pelajar di Kolej aku ketika itu. Sikapnya yang optimistik dan berkarisma memang dikagumi di kolej. Dia jenis tak kasar. Apabila bercakap penuh dengan hikmat. Ayatnya disusun dahulu sebelum diungkap kan kepada siapa-siapa.

Gadis-gadis kolej pun banyak jatuh hati kepada abang Syam sebab dia jenis melayan orang sama rata. Tetapi ketika itu aku tidak jatuh hati dengan abang Syam kerana itu tapi aku lebih jatuh hati kerana peribadinya sebegitu.

"Maaf abang Syam, sebab itu Ana mengaku yang Ana sayangkan abang Syam lebih daripada seorang kawan." Lidah aku terlalu kelu untuk berkata-kata tapi tetap aku gagahkan untuk mengaku berani mati itu.

"Kau ni memang mental la Dean!" Fared terus menjerkah aku. " Aku tak boleh brain betul orang yang macam ni." Fared melepaskan rasa marahnya.

Jalil dari tadi terus membisu tanpa sepatah bicara. Mungkin dia juga membenci aku seperti mana Fared katakan kepada aku.

"Takpe,korang nak benci aku takpe. Tapi tolong bagi aku peluang untuk berubah." Aku cuba menyakinkan mereka. " Aku berjanji kalau apa-apa berlaku dekat kawan-kawan aku, korang boleh belasah aku"
Aku cuba untuk memujuk mereka.

"Dah-dah,jangan gaduh dalam rumah Allah,tak baik." Abang Syam cuba menenangkan keadaan. "Kan Dean dah mengaku tu. Sepatutnya kita sokong dia untuk berubah bukan lagi kecam dia."

Macam mana aku tak jatuh hati dengan Abang Syam. Peribadinya buatkan aku benar-benar sayangkan dia. Setiap ayatnya penuh dengan hikmah dan teliti.

"Okay, takpe. Ingat ,aku tak boleh terima golongan laknat macam kau" Fared masih tidak bertenang. " Aku cuma dengar cakap abang Syam. Tapi kalau betul apa-apa terjadi nahas kau Dean!" Fared masih menempelak aku.

"Baiklah Fared,kau berhak berkata begitu kepada aku. Tetapi ingat! Aku ni manusia biasa yang ada hati dan perasaan. Cuma saluran nafsu aku berlainan dengan manusia normal yang lain." Aku pula yang meninggikan suara.

Jalil yang masih berdiam tidak bercampur dengan perbalahan kami.

"Dah la, enta berdua. Antum bergaduh macam ni satu benda pun takkan selesai. Dah Fared mintak maaf pada Dean. Dean, enta pun salam tangan Fared." Abang Syam menenangkan perbalahan aku dengan Fared.

Aku menghulurkan tangan aku kepada Fared tanda aku menurunkan ego aku dan kerana sayangkan persahabatan kami. Fared pun menghulur tangan kepada aku walaupun hakikatnya dia geli kerana aku gay.

"Aku mintak maaf, tapi sorry aku memang tak boleh terima golongan macam ni" Fared merendahkan nadanya.

Aku menggeleng kepala " Tak,kau berhak benci golongan macam aku. Aku pun mintak maaf sebab aku tak dapat mengawal perasaan seperti ini" aku menunduk kepala di hadapan Fared.

"Ha, kan baik macam ni. Kita doakan Dean boleh berubah satu hari nanti. Abang doakan Dean berjumpa seseorang yang boleh ubah Dean. Kalau tak ada pun, mungkin di syurga nanti jika Enta berjihad melawan nafsu songsang tu."

Sekali lagi aku kagum dengan kata-kata abang Syam. Kadang-kadang aku terfikir jika perasaan ini tidak bersalah,aku ingin bersama Abang Syam sehingga akhir hayat,tapi fitrah dan agama menghalang. Lelaki dijadikan untuk wanita. Bukan lelaki untuk lelaki.

"Baiklah,harap kita lupakan apa yang berlaku harini. Secara jujur abang pun susah nak hadam benda yang terjadi, tapi mungkin ada hikmah kenapa Allah pertemukan kita pada petang ini. Abang sangat yakin."
Sikap abang Syam memang menonjol tapi aku kena terima hakikat yang aku takkan jadi milik abang Syam.
*****************

Budak Tahfiz, Aku Sayang Kau.(COMPLETED)Where stories live. Discover now