Haaaaaaaa pin pin tumpang laluuuu, saya nak upload teaser niiiii
Blurb:
Teaser bergambar:
Teaser bertulis:TEASER 1
Pintu kafe dikuak oleh Aralyn, kemudian laluan diberikan kepada Fayrisha terlebih dahulu untuk menapak masuk ke dalam kafe itu memandangkan sahabatnya sudi untuk membawanya ke sini. Atmosfera dingin di dalam kafe yang bergabung dengan muzik Jazz perlahan bersama aroma Western Food yang memikat selera membuatkan Aralyn berasa begitu tenang dan gembira. Mereka berdua menghenyakkan punggung di tempat duduk yang biasa mereka duduki. Hari ini, susasana di dalam Melur’s Café begitu lengang, tidak seperti hari-hari lain. Kelihatan hanya seorang sahaja pelanggan, iaitu seorang pemuda yang barangkali sedang menyiapkan tugasan universiti.
“Kak! Nak yang macam biasa punya, dua.” Tindakan Aralyn yang memecahkan kesunyian kafe itu bukan sahaja membuatkan Fayrisha terkejut, malah pelayan wanita yang berada di kaunter pembayaran serta pemuda tadi juga turut terkejut. Fayrisha hanya mampu menepuk dahi sendiri, diiringi gelengan kepala. Malu benar dengan sikap selamba sahabatnya yang satu itu.
“Bila kau nak ubah perangai kau ni, Ara? Dah tak macam perempuan aku tengok. Pesanan tadi pun macam kau pesan roti canai teh tarik dekat kedai mamak aje.” Soalan Fayrisha itu dibiar sepi. Baginya, mesej-mesej manis di dalam aplikasi Instagram daripada para jejaka yang menagih cinta palsunya itu lebih menarik berbanding soalan lazim yang selalu terpacul keluar daripada mulut-mulut mereka yang mengenali dirinya.
YOU ARE READING
Aralyn Mikayla [C] [EBOOK CERPEN KOMPILASI HERO PENERBITAN AHA]
Short StoryAralyn Mikayla. Nama yang cukup untuk membuatkan dunia bergegar, termasuklah hati Tengku Rizhan Kassyaf. Perangai Aralyn? Tak boleh diungkap dek kata-kata. "Tolonglah saya tuan, saya baru kena culik tadi, tapi saya dapat lepaskan diri. Tolong saya."...