"Mama! You look so young tonight." Mama mengalihkan pandangannya, dari skrin televisyen ke muka aku.
"Kau nak apa?" Soal mama.
"Uish, macam gangster dah kenapa? Ara tanya je." Aku mencebik.
"Ara, mama dah kenal kamu dari dalam perut lagi. Kamu nak apa sebenarnya?" Cis, mama ni macam tahu-tahu saja. Aku membetulkan duduk sebelum memulakan bicara.
"Ara nak pergi kem bina negeri boleh tak?" Dahi mama berkerut.
"Negeri mana kamu nak bina ni? Mana ada kem bina negeri, kem bina negara adalah. Kamu jangan main-main Ara, kamu nak apa sebenarnya ni?" Aku menelan air liur. Aduh, dah nak kantoi!
"Erm, betullah, nak pergi kem bina negara. Biar Ara belajar cara nak berdikari. Boleh lah mama." Rayuku. Aku cuba membuat mimik muka kasihan.
"Betul ke ni?" Mama menjegilkan matanya kepadaku. Aku cuba mengawal riak wajah agar tidak berubah. Hanya anggukan yang aku berikan sebagai jawapan kepada soalan mama itu.
"Hmm, pergilah. Tapi berapa lama?" Aku tersenyum suka apabila mama memberikan jawapan positif.
"Sebulan." Mama memandangku pelik. Kenapa? Salah lagi ke?
"Bukan ke selalunya tiga bulan?" Aku menelan air liur sekali lagi. Aku rasa lepas ni aku patut fikir dulu sebelum cakap dengan mama.
"Tak, yang ni sekejap je. Erm, penganjur kata bajet tak ada. Betul, Ara tak tipu." Aku mengangkat sebelah tangan seperti orang sedang bersumpah.
"Hmm, yelah." Aku bersorak dan memeluk mama sebelum berlari naik ke tingkat atas.
Sebaik sahaja aku masuk ke dalam bilik, beg bagasi yang berada di atas almari aku capai sebelum mengisinya dengan pakaian. Perbuatanku segera terhenti apabila terfikirkan sesuatu.
Nampak sangatlah aku tipu kalau aku bawa luggage pergi sana sekali.
Aku terus meletakkan semula pakaian-pakaian ke dalam almari dan menyimpan semula bagasi di atas almari.
"Buat apa nak pening-pening? Diaorang kan kaya." Gumamku sendirian sebelum menutup mata. Tidur Aralyn! Esok kau nak berlakon.
🍰
"Okay tak aku? Rambut dah cukup serabut?" Soalku kepada Fay sebaik sahaja kami tiba berhampiran dengan rumah agam itu. Tak boleh parkir dekat-dekat, nanti kamera keselamatan dapat jejak.
Aku memandang ke arah dinding bersebelahan dengan pagar utama. La Hermosa. Cantik juga nama rumah agam ni, siap diambil dari Bahasa Sepanyol.
"Okay je. Dah meletops." Fay mengipas-ngipas mukanya.
"Okay, bila kau dah pengsankan pak guard tu, batuk sekali dan aku akan masuk, okay? Now, pakai mask dulu, sampai depan pondok pengawal keselamatan baru bukak." Fay hanya akur sahaja dengan perintahku.
"Kalau kita kantoi, aku salahkan kau tau, Ara." Aku menolaknya keluar daripada kereta.
"Yalah, yalah. Pergi buat kerja kau dulu." Aku terus menarik tutup pintu kereta. Mataku hanya melihat susuk tubuhnya berjalan ke arah pondok pengawal keselamatan.
Lima minit kemudian, kelihatan Fay batuk sekali dan memakai semula topeng muka sambil berjalan ke arah kereta. Okay, sekarang masanya!
Aku keluar dari kereta dan menyerabutkan rambut sebelum berlari masuk ke dalam laman rumah agam sambil menjerit meminta tolong. Fay yang berlakon sebagai penculik cuba mengejarku.
"Tolong! Tolong saya!" Aku mengetuk kuat pintu rumah agam itu. Kelihatan seorang lelaki dan wanita pertengahan umur membuka pintu dengan dahi yang berkerut.
"Tuan! Tuan tolonglah saya tuan. Saya baru lepas kena culik tadi, tapi dapat lepaskan diri. Tolonglah saya, hah itu penculiknya!" Jari telunjukku terus dituding ke arah Fay yang sedang berpatah balik untuk lari ke luar.
"Woi! Yang, pergi telefon polis cepat." Lelaki itu menyuruh wanita di sebelahnya untuk menelefon polis. Alamak, kantoilah nanti!
"Tak apalah tuan, dia dah lari tu." Kataku.
"Mana boleh! Bahaya kalau dia terlepas nanti." Jawab lelaki itu. Aduh! Macam mana ni?
"Tolonglah jangan telefon polis, tuan. Kalau dia bahayakan kawan saya macam mana? Saya dah lah tak ada keluarga, kawan saya ada seorang je. Saya merayu dekat tuan, jangan telefon." Aku melutut sambil mata cuba memerah keluar butir-butir jernih. Haih, susah juga nak keluarkan air mata.
"Okay, okay. Aunty tak akan telefon polis. Dah, bangun nak." Wanita itu memegang kedua-dua belah tanganku, menyuruh aku bangun. Wanita itu memelukku dan membawaku masuk ke dalam rumah. Yes, misi berjaya!
Aku disuruh duduk di sofa. Lelaki dan wanita itu kemudiannya duduk di sofa dua berangkai bertentangan denganku sebelum memperkenalkan diri mereka.
"Uncle Tengku Amzar. Yang ni Aunty Humairah. Anak ni nama siapa?" Tanya lelaki itu.
"Saya Aralyn Mikayla. Saya dah tak ada siapa-siapa dekat dunia ni selain seorang kawan saya." Perasaan sebak mula dikerah.
"Oh. Kalau macam tu, Aralyn jadi anak angkat kami sajalah. Kami pun tak ada anak perempuan. Jadi mulai hari ni, kamu tinggallah dengan kami. Panggil aje kami umi dengan babah. Nanti babah suruh abang kamu temankan kamu pergi beli baju okay?" Ujar Tengku Amzar.
"Erm, saya tak boleh tinggal dekat sini lama-lama. Sebulan sajalah sebab kawan saya pun tak ada dalam masa sebulan ni, dia melawat makcik dia. Kalau saya tinggal sini lebih daripada sebulan, nanti dia risau, saya pun risau dengan keselamatan dia. Lagi satu, saya jadi maid sajalah dekat sini, ada kerja kosongkan?" Dahi Tengku Amzar berkerut.
"Macam mana Aralyn boleh tahu ada kerja kosong dekat sini?" Aku menepuk dahi. Kenapalah otak kau ni tak boleh pakai, Ara?
Aku mulai cemas saat melihat pasangan itu memandang antara satu sama lain dengan pandangan yang kurang senang.
"Erm, haritu saya pergi kedai beli barang dapur, lepastu saya nampak notis kerja kosong dekat sini. Saya pun buatlah plan— eh tak! Saya pun balik sajalah sebab saya tahu, nak datang sini jauh. Kebetulan penculik tu lalu sini, mungkin nak culik anak orang dekat sini, saya pun lepaskanlah diri lepastu datang rumah uncle, eh silap, babah." Aku cuba mereka cerita. Phew! Hampir kantoi tadi.
"Kalau kamu nak kerja, boleh lah. Nanti babah bagi gaji RM 5000 sebulan." Mataku terbeliak. Biar betul RM 5000?
"Seriouslah babah?"
"Kenapa? Tak cukup lagi ke?" Tengku Amzar menyoalku.
"Eh cukup, cukup sangat. Thank you umi babah!" Aku memeluk Puan Humairah. Kalau peluk Tengku Amzar haram pula.
"Siapa perempuan ni? Umi dengan babah kutip dia dari mana ni? Jijiklah tengok." Ujar seorang lelaki yang baru saja turun dari tangga sambil membetulkan kot biru gelap yang tersarung di badannya.
Aku seperti mahu pengsan apabila melihatnya. Dia ni alien ke makhluk bumi? Kenapa kacak sangat?
Aku pitam sebelum mataku tertutup rapat.
🍰
Huehue dia sudah mariii😂😂btw, sorry hambar
YOU ARE READING
Aralyn Mikayla [C] [EBOOK CERPEN KOMPILASI HERO PENERBITAN AHA]
Short StoryAralyn Mikayla. Nama yang cukup untuk membuatkan dunia bergegar, termasuklah hati Tengku Rizhan Kassyaf. Perangai Aralyn? Tak boleh diungkap dek kata-kata. "Tolonglah saya tuan, saya baru kena culik tadi, tapi saya dapat lepaskan diri. Tolong saya."...