AM 8

1.9K 66 17
                                    

Jam digital yang terletak di atas meja di sisi katil aku kerling dengan mata yang kecil.

7.30 pagi.

Aku mengalihkan selimut yang menutup tubuhku ke tepi. Tapak kakiku mula mencecah lantai jubin yang sejuk. Perlahan-lahan kaki ini mula mengatur langkah untuk keluar daripada bilik dan turun ke bawah.

Satu per satu anak tangga dipijak untuk menuju ke bawah. Langkah diteruskan menuju ke arah dapur.

"Good morning, umi." Umi menoleh ke belakang lantas memberikan senyuman ikhlasnya.

"Good morning, Ara." Jawab umi sebelum tangannya kembali melakukan kerja. Aku melabuhkan punggung pada kerusi di bahagian kaunter dapur.

"Umi masak apa tu? Macam banyak aje." Soalku. Mata masih lagi merenung ke arah umi yang ligat memasak.

"Han kata keluarga kawan dia nak datang, itulah Han suruh umi masak tu. Tapi umi masak simple-simple aje." Seculas bibirku hanya membentuk 'o' sebagai jawapan.

"Ara nak tolong boleh?" Umi menoleh ke arahku kemudian merenungku untuk beberapa saat. Keningku terangkat sebelah apabila melihat umi yang bercekak pinggang sambil matanya masih tertumpu ke arah aku.

"Pergilah mandi dulu, baru tolong umi. Muka tak mandi macam tu nak tolong umi? Tak sedaplah masakan ni nampaknya." Seloroh umi. Aku merenung tajam umi yang tergelak kecil.

"Ish, umi ni. Asyik nak kenakan Ara aje. Okay fine, Ara pergi mandi dulu." Aku terus memecut laju ke tingkat atas.

Kaki aku terhenti di anak tangga terakhir apabila melihat manusia yang berdiri di depan mata aku.

Mamat-tak-guna-kurang-attention.

Niat di hati aku, nak aje aku ni pengkes kaki dia biar jatuh tangga, tapi bila teringatkan apa yang dia kata semalam, hati aku berubah menjadi satu taman bunga.

Dia suka aku.

Senyuman di bibir aku cuba tahan di hadapannya. Dia hanya memberikan satu senyuman sinis sebelum melanggar bahu aku dan turun ke bawah dengan selamba badaknya.

Cis, dasar kurang attention!

Aku meneruskan langkah aku ke bilik. Tombol pintu dipulas dan pintu ditutup dengan kuat.

Terbakar hati aku!

Aku terus mencapai tuala yang tergantung elok di sebelah bilik mandi lantas berjalan masuk ke dalam kamar tersebut.

Setelah menghabiskan masa lebih kurang 15 minit, aku melangkah keluar daripada bilik mandi dan terus menuju ke arah almari baju aku.

Keluarga kawan mamat tu nak datang? Mesti ada kawan dia sekali kan? Mesti kawan dia lelaki kan? Mesti handsome kan?

Screw it, Aralyn Mikayla!

Aku memilih untuk memakai sweatshirt merah jambu bersaiz XL. Baru nampak cute kan bila pakai baju besar sampai ke lutut, lengan panjang sampai tak nampak tapak tangan?

What's wrong with you, Aralyn? Ergh apalah yang sampuk aku pagi-pagi buta ni.

Aku mengenakan seluar jeans yang terkoyak sedikit di bahagian lutut. Fesyen kan? Bukan pakai duit aku pun beli benda ni. Ini semua duit umi.

Astaghfirullah, rasa bersalah pula tiba-tiba.

Selepas rambut ikal mayang aku disikat, aku terus melangkah keluar daripada bilik untuk ke dapur.

"Umi, Ara dah mandi!" Jerit aku dengan riangnya ketika tiba di dapur. Umi menoleh ke arah aku sambil kepalanya digelengkan bersama senyuman di bibir.

"Mimpi apa kau pakai baju macam tu? Ingat cute lah?" Han menjeling sekilas ke arahku sebelum tangannya menyapu jem di atas permukaan roti, kemudian dilipat sebelum dimasukkan ke dalam mulut.

"Dia memang cute pun, takkan kamu sikit pun tak ada rasa suka dekat dia, Han?" Sinis saja kata-kata yang dilemparkan dari babah kepada Han. Hampir tersedak Han apabila babah menanyakan soalan sebegitu kepadanya.

Memang dia suka dekat Ara pun babah. Memang dia suka.

Aku hanya menyimpan dialog itu di dalam hati.

"Babah tak masuk office ke hari ni?" Soalku pelik. Hari ni hari Selasa, kenapa babah tak masuk pejabat?

"Han kata family kawan dia nak datang, so babah pun ambillah cuti hari ni." Aku hanya mengangguk sebagai balasan. Ini mesti kawan rapat mamat tu. Kalau tidak, masakan babah ambil cuti kan?

"Ara nak tolong umi kan? Hah, Ara tolong bersihkan pinggan, mangkuk, cawan dengan senduk ni sekali. Kejap lagi umi nak hidang. Kata Han, keluarga kawannya tu lagi 15 minit sampai sini." Aku menggangguk dengan senyuman di bibir.

"No problem, umi!" Dengan serta-merta, tangan aku ligat membuat kerja.

Masa berlalu dengan pantas, aku terdengar bunyi loceng rumah dibunyikan. Keluarga kawan mamat tu dah sampai.

"Ara bersihkan dulu semua ni, umi, babah dengan Han nak sambut tetamu kejap ya." Seakan-akan mulut terkunci, sekali lagi aku mengangguk sebagai balasan.

Kedengaran bunyi tawa dan suara yang bersembang di bahagian ruang tamu. Mungkin keluarga ini rapat dengan keluarga kawan mamat itu. Kelihatan kelibat umi mula memasuki ruangan dapur.

"Umi bawa pinggan, Ara bawa air dengan cawan tu, okay?" Tanpa menunggu jawapan daripada aku, umi terus membawa pinggan-pinggan yang sudah dibersihkan ke ruang makan.

Setelah siap menyusun cawan-cawan di atas talam, aku menatang talam itu dan membawanya ke ruang makan.

Setelah selesai meletakkannya di atas meja makan, aku mengintai-intai ruang tamu. Ingin melihat keluarga kawan mamat tu.

"Oh shet, I'm gonna die!" Aku menggelibas seketika sebelum berlari masuk semula ke dalam dapur.

"So hot! OMG, I'm dying!" Aku tahan diri aku daripada hendak pengsan.

Sabar Aralyn, Sabar.

🍰

Want some plot twist before end? Here we go! 1 chapter left!




Aralyn Mikayla [C] [EBOOK CERPEN KOMPILASI HERO PENERBITAN AHA]Where stories live. Discover now