"Aralyn!" Jeritan mama yang menggegarkan rumah agam itu membuatkan aku terkejut dan berlari menyorok di dalam bilik air.
"Aralyn Mikayla! Keluar cepat!" Mama mengetuk pintu bilik air aku sekuatnya. Aku menepuk dahi. Nak cakap apa ni?
"Erm, orang cirit-birit lah ma. Turunlah dulu, nanti Ara jumpa mama dekat bawah." Jawabku. Boleh pakai kut alasan ni.
"Kamu tak payah nak temberang mama. Sekarang keluar sebelum mama pecahkan pintu ni." Huh, marah betul mama ni. Aku membuka pintu bilik air dengan perlahan sambil sebelah lagi tangan memegang semangkuk maggi.
"Berapa kali mama nak cakap, bila dah siap masak tu kemaslah dulu dapurnya sebelum pergi makan, kamu ada telinga ke tidak ni?" Badanku terhinjut apabila mama memiat telinga aku. Mangkuk maggi diletakkan di meja kecil sebelah bilik air.
"Habis tu yang mama tarik ni bukan telinga ke? Ah! Sakitlah ma!" Mama memiat dengan lebih kuat apabila mendengar jawapan aku. Aku terus menggosok-gosok cuping telinga apabila mama melepaskannya.
"Kamu tak payah nak menjawab dengan mama. Sebelum mama piat telinga kamu lagi, baik kamu pergi kemas dapur tu bersih-bersih. Macam mama selalu buat. Kalau mama nampak kotor lagi walaupun sikit, no fast food and allowance for this month." Aku ternganga mendengar ugutan mama. Ini tak boleh jadi! Macam mana nak outing kalau tak ada allowance? No, tak boleh.
Aku terus mengambil mangkuk maggi dan berlari turun ke dapur. Kalau mama yang turun dulu, habislah dia yang kemas dapur, terbang nanti allowance aku untuk bulan ni.
Aku menyembur pembersih jubin dan mengelap kaunter dapur selicin-licinnya. Tak mahu bagi satu zarah kotoran pun dekat kaunter tu. Mama tu, kalau nampak sezarah kotoran pun dekat dapur dia a.k.a mahligai syurga dia, mahu mengamuk dia seperti dinosaur.
Setelah puas memastikan yang dapur sudah bersih sepenuhnya, aku mula mengatur langkah ke ruang tamu lalu melabuhkan punggung di atas sofa.
"Dah cukup pasti ke dapur mama tu bersih?" Aku mengangguk. Pandangan mata aku melekat pada figura mama yang berjalan ke arah dapur untuk memastikan kesahihannya. Setelah memastikan bahawa mama betul-betul sudah berada di dapur, aku terus mengukir senyum sinis.
"Mama! Ara keluar dengan Fay tau! Bye!" Aku terus berlari keluar menuju ke arah kereta Fay yang terparkir elok di luar pagar tanpa berdandan. Mama yang mungkin tercengang dengan kata-kataku terdiam sebentar sebelum suaranya memetir memanggil nama aku.
"Kau tak nak bersiap dulu ke? Just white top, cardigan and jeans? And messy bun hairstyle? Seriously?" Fay bertanya pelik. Selalu kalau nak keluar bukan main meletup pakaian.
"Fayrisha Sofia, biarlah aku macam ni. Bukan selalu orang nampak aku simple macam ni kan? Nak pergi cafe aje pun, apa salahnya?" Fay hanya menggeleng mendengar jawapanku.
"Suit yourself, Aralyn Mikayla." Kami berdua terus masuk ke dalam perut kereta sebelum kereta mula bergerak menuju ke arah kafe.
Kaki mula mengatur masuk ke dalam kafe dan mengambil tempat yang biasa mereka duduki.
"Waiter! Macam biasa punya dua okay?" Ujarku kuat kepada pelayan yang berada di kaunter. Pelayan itu mengangguk sebelum masuk ke dalam dapur untuk menyediakan pesanan.
"Bila kau nak ubah perangai kau, Ara? Dah tak macam perempuan aku tengok. Order tadi pun macam kau dekat kedai mamak je." Aku meleraikan ikatan rambutku, rambut ikal mayang dan berwarna coklat keperangan. Bukan aku yang warnakan, memang semulajadi sejak kecil lagi.
"Babe, salah ke? Habis tu aku nak jadi apa kalau aku tak boleh jadi diri sendiri? Kita dah 18 tahun lah, takkan kau still tak tahu perangai aku?" Dia mengeluh panjang.
"Boleh kalau kau nak jadi diri sendiri, tapi, as you told, kita dah 18, buatlah perangai macam 18, bukan macam 12, kita mesti tahu jaga penampilan diri, buat kerja rumah, lepastu- eh, kau nak pergi mana tu?" Bebelannya terhenti saat aku pergi ke satu sudut. Disitu tertampalnya satu notis. Aku terus mengoyakkan notis itu dan kembali ke tempat duduk.
"Apa benda yang kau koyakkan tu?" Soal Fay kebingungan.
"Aku nak kerja." Jawabku sambil menayangkan senyuman sinis.
"Seriously?" Fay seakan-akan terkejut dengan apa yang aku katakan tadi.
"Yes, freaking yes."
🍰
Pendek jerr, maklumlah chapter 1, tak payah lah banyak sangat (pls kecam author sebab dia pemalas)😂😂😂😂
YOU ARE READING
Aralyn Mikayla [C] [EBOOK CERPEN KOMPILASI HERO PENERBITAN AHA]
Short StoryAralyn Mikayla. Nama yang cukup untuk membuatkan dunia bergegar, termasuklah hati Tengku Rizhan Kassyaf. Perangai Aralyn? Tak boleh diungkap dek kata-kata. "Tolonglah saya tuan, saya baru kena culik tadi, tapi saya dapat lepaskan diri. Tolong saya."...