Setelah selesai meletakkannya di atas meja makan, aku mengintai-intai ruang tamu. Ingin melihat keluarga kawan mamat tu.
"Oh shet, I'm gonna die." Aku menggelibas seketika sebelum berlari masuk semula ke dalam dapur.
"So hot! OMG, I'm dying!" Aku tahan diri aku daripada hendak pengsan.
Sabar Aralyn, Sabar.
"Okay, what should I do right now? Aku patut pergi depan ke duduk dapur je?" Aku berjalan ulang-alik di bahagian dapur sambil memikirkan cara untuk menyorok.
Haduh, masak hangus ni!
"Eh, buat apa pusing-pusing dekat dapur ni? Jom join makan sekali." Pelawa umi yang tiba-tiba saja masuk ke dapur. Mendengar saja pelawaan umi, muka aku terus berubah pucat.
Dah hangus.
"Erm, Ara rasa macam dah kenyanglah umi. Tak apalah, Ara nak naik atas." Baru sahaja aku hendak melangkah ke tingkat atas, pergelangan tangan kanan aku sempat dipegang dengan cermat oleh umi.
"Janganlah macam tu, Ara. Jamahlah sikit. Please? Demi umi." Aku memberikan umi satu senyuman yang kelat. Nak tak nak, kenalah hadap. Engkau yang mulakan, biar engkau yang habiskan, Ara.
"Baiklah, umi." Umi membalas senyuman aku dengan senyuman yang lebar. Terus saja dia menarik tangan aku menuju ke ruang makan.
Aku mengikuti langkah umi dengan pandangan yang ditundukkan ke bawah.
Haih, dah macam banduan masuk TV dah aku ni.
"Aralyn Mikayla? Is that you?"
"Wait, Aliyah? How do you know her?"
"She's my daughter, of course I know her."
"Wait, what's going on? Your daughter?"
"Can you explain this my naughty darling Aralyn Mikayla?" Papa aku, Encik Mohktar mula bersuara. Semua mata tertumpu ke arah aku sambil menunggu jawapan yang kemungkinan 'bijak' terkeluar daripada mulut aku.
"Hehe, lepas makan sis cerita."
Mampus.
Kelihatan Rizhan menahan tawanya yang hampir meletus.
Aku nak bunuh kau, Tengku Rizhan Kasyyaf.
🍰
Kami semua berkumpul di ruang tamu. Aku duduk di antara mama dan papa sementara umi dan babah duduk di sofa dua berangkai yang bertentangan dengan kami. Mamat-tak-guna-kurang-attention itu pula duduk di sofa satu tempat duduk. Dia memandang aku dengan senyuman sinisnya yang tidak pernah pudar.
Terbakarnya hati aku!
"Okay so, explain the whole thing." Setelah beberapa minit semua mata hanya merenung aku seperti hendak menjadikan aku sebagai santapan tengahari, mama mula membuka bicara. Aku menggigit bibir bawah perlahan.
Macam mana nak explain ni?
"Erm okay, macam ni," aku mula menceritakan kejadian di mana aku menjumpai poster kerja kosong di La Hermosa sehinggalah ke hari ini.
"Ya Allah, kenapalah Ara kena buat sampai macam ni? Kan senang kalau terus terang aje kalau nak bekerja dekat sini, bukannya umi dengan babah nak halau Ara pun." Jelas umi. Aku menundukkan wajahku, malu dengan semua orang.
"Ara takut umi dengan babah reject Ara aje. Sebab dalam poster tu, ada selection. Ara mana ada pengalaman, so automatically Ara disqualified. Itulah sebabnya Ara berlakon." Aku mencebik, cuba membuat mimik muka sedih.
"Anyway, papa dengan mama tak sangka yang you are really good at acting. Eventhough memang dari kecil Ara suka berlakon, tapi tak sangka pula bila dah besar ni makin power. Dah boleh masuk bidang perlakonan ni, nanti papa contact kawan papa. Kawan papa tu pengarah." Bersinar-sinar mataku apabila papa berkata begitu. Famous lah aku tak lama lagi!
"Jadi, apa kita nak buat dengan budak Ara ni?" Terus aku memandang ke arah mama sejurus sahaja dia menanyakan soalan itu.
"I think we should punish her sebab dah tipu kita semua." Cadang babah.
"Saya sokong." Balas papa.
"Seriously babah? Seriously everyone? Okay fine, I will accept the punishment." Aku mencebik sekali lagi.
"So, I think we should, " mata mama, papa, umi dan juga babah mula beralih ke arah Rizhan.
"Why are you all look at me like that?" Rizhan mula tak senang duduk.
"Marry him with this little naughty girl." Ujar babah. Aku seperti ais yang beku, tidak bergerak. Tangan dan kaki aku mula menjadi sejuk.
"But why?" Rizhan cuba membantah.
"Sebab umi dengan babah dah dengar apa yang Han cakap dekat Ara dalam bilik di semalam."
"But how?" Baru sahaja umi mahu menjawab soalan Han itu, aku terus rebah pengsan.
Haa suka ke tu wahai readers?😂😂😂😂
Aku membuka mataku dengan perlahan-lahan selepas merasakan seperti ada air yang dipercikkan ke muka aku.
"Apa jadi ni? Siapa angkat Ara naik dalam bilik ni?" Soalku lemah dengan tangan yang memicit kepala sendiri.
"Han yang angkat." Balas babah selamba. Terus terbuntang mata aku apabila mendengar jawapan selamba babah itu.
Aduh, rasa macam nak pengsan lagi.
"So, Han dengan Ara setuju ke nak bertunang dulu?" Soal mama.
"What? Tunang? Han nak ke mama?" Soalan dibalas dengan soalan.
"Aku okay aje kalau kau okay. Dah kantoi dengan umi and babah, aku nak buat macam mana kan?" Jawab Rizhan dengan tangannya yang disilangkan ke dada dan mata yang tidak tertumpu ke arah aku.
Ceh, acah macho betul!
"Okay lah." Balasku pendek.
"Maknanya, jadilah nak tunang ni?" Soal umi dengan nada gembira yang jelas didengari.
"Hm." Jawab aku dan Han serentak. Ecewah, ingat sweet ke?
"Alhamdulillah, bolehlah tunang bulan depan ya? Nanti mama dan papa bincang dengan umi dan babah ya?" Aku biarkan soalan itu tergantung. Kalau aku cakap tak pun, diaorang tak akan dengar.
Mataku mula tertumpu ke arah Rizhan. Rizhan juga menumpukan pandangannya ke arah aku.
"Rizhan nak turun dulu, nak minum air." Semua membiarkan Rizhan untuk mengatur langkah. Mataku masih lagi tertumpu ke arahnya. Dia mengenyitkan matanya ke arahku kemudian tersenyum sinis sebelum melangkah keluar daripada bilik aku.
OH MY GOD! AKU NAK PENGSAN! YA ALLAH!
So finally, Mr. Tengku Rizhan Kassyaf,
YOU ARE MINE!
TAMAT.
🍰
YOU ARE READING
Aralyn Mikayla [C] [EBOOK CERPEN KOMPILASI HERO PENERBITAN AHA]
Short StoryAralyn Mikayla. Nama yang cukup untuk membuatkan dunia bergegar, termasuklah hati Tengku Rizhan Kassyaf. Perangai Aralyn? Tak boleh diungkap dek kata-kata. "Tolonglah saya tuan, saya baru kena culik tadi, tapi saya dapat lepaskan diri. Tolong saya."...