Cahaya yang sangat terang membuatkan aku sukar untuk mencelikkan mata. Eh, kejap. Aku pengsan ke tadi?
"Ara? Ara okay ke sayang?" Soal Puan Humairah yang jelas kelihatan risau.
"Ara sakit kepala lah, umi. Siapa yang bawa Ara ke sini?" Soalku dengan kepala yang masih berpinar.
"Han yang bawa kamu. Dia yang cempung kamu dekat rumah tadi. Kejap umi panggil Han ya." Puan Humairah memanggil anak lelakinya yang bernama Han itu.
Terasa seperti hendak pitam sekali lagi apabila melihat 'Han' yang baru masuk ke dalam bilik ini. Kejap, dia ke yang... CEMPUNG AKU?
Omaigad is this real? Kalau real, aku nak pengsan seumur hidup. Eh, tak boleh pengsan seumur hidup, nanti tak dapat chance nak tackle abe sorang ni. Abe kau panggil dia, Ara? Sah gila kau ni.
"Kenapa dia yang cempung Ara, umi? Kan dosa. Ya Allah, ampunilah dosaku Ya Allah." Aku menadah tangan berdoa.
"Drama." Kata lelaki itu dalam nada yang perlahan. Aku terus memandang wajahnya.
"Excuse me, what the fridge? Apa masalah kau nak cari pasal dengan aku? Dah lah angkat anak dara orang sesuka hati." Aku menjeling jejaka itu.
"Patutnya aku biarkan je kau pengsan, buang masa aku je kena datang sini. Semua event yang aku kena datang hari ni cancel sebab kau, tahu? Kalau bukan sebab umi yang pujuk aku, tak adanya kau nak sampai sini." Dia membalas jelingan aku sambil menyilangkan tangannya ke dada. Kerek sungguh!
"Han! Apa cakap macam tu dekat perempuan? Where's your manners?" Puan Humairah menangkan aku. Aku tersenyum puas memandangnya. Dia terus melangkah keluar dari bilik wad aku. Tak puas hati barangkali.
"Ara dah rasa okay ke? Kalau dah, umi nak pergi kaunter sekejap, nak ambil surat discharge." Aku hanya mengangguk dan menghantar pemergian Puan Humairah melalui anak mata.
Baru sahaja aku hendak menutup mata, pintu bilik wad aku dikuak. Terus terduduk aku dibuatnya apabila jejaka tadi masuk dengan muka yang cemberut. Kena paksa dengan umi lah tu. Dia duduk di sofa, jauh daripada katil aku.
Aku memandang dia lama, seketika dia memandangku dan menjeling. Saja mahu sakitkan hati dia, aku pandang lebih lama. Tawa kecil hendak meletus, tapi aku tahan.
"Kau apahal pandang aku macam tu? Tak malu eh tengok anak orang macam tu?" Aku siramkan lagi minyak dalam api kemarahannya itu.
Dia bangun dari tempat duduknya dan menuju ke arahku. Aku menelan air liur. Alah, orang main-main aje pun.
"Engkau tu yang cari pasal dengan aku. Kau saja je kan nak naikkan kemarahan aku? Kau tak takut?" Dia mula mendekatiku. Dan tanpa aku sedari, aku tertekan butang untuk memanggil jururawat. Aku memberikan senyuman tak bersalah kepadanya sewaktu jururawat dan umi masuk ke dalam bilik.
"Siapa suruh de...dekat sangat dengan aku?" Aku berkata perlahan. Dia mendengus kasar sebelum keluar dari wad.
"Han ada buat apa-apa dekat Ara ke? Kenapa dekat sangat tadi? Kalau ada, cakap dengan umi sekarang, biar umi marah dia. Nanti masa Ara dekat rumah pun, kalau Han kacau Ara, terus je report dekat umi, okay?" Puan Humairah memegang kedua-dua belah bahuku. Aku hanya mengangguk faham.
🍰
Aku hanya membuang pandang ke luar tingkap. Jejaka tadi membawa kereta dengan muka bosan. Puan Humairah pula berada di tempat duduk penumpang hadapan.
"Umi, nama betul orang yang bawak kereta tu siapa?" Aku melihat cermin hadapan. Jejaka itu memandang aku seperti hendak menikam aku berulang-kali. Rileks lah, marah apa bossku?
"Namanya Tengku Rizhan Kassyaf. Umi panggil dia Han je. Ara boleh panggil dia Abang Han." Aku terus menekup mulut, kalau tiba-tiba tergelak kuat nanti susah pula.
"Eii, apa ni umi? Gelilah dengan budak pendek tu. Umi bunuh je lah Han kalau macam ni. Han lebih rela mati daripada dengar pendek tu panggil Han abang." Han jelas menunjukkan rasa gelinya. Apa? Dia fikir aku tak geli?
"Suka hati kamu lah, Han. Yang penting, kamu kena teman Ara pergi beli baju lepas hantar umi balik." Mata kami berdua terbeliak.
"What! Hell no umi, hell no." Han membantah sekeras-kerasnya.
"Hell yes, Han. Itu amanah umi kepada kamu. Kamu tak laksanakan, pergi masuk neraka." Uish, biar betik Puan Humairah ni cakap macam tu. Han tidak membalas apa-apa. Dia menarik dan menghembus nafas tiga kali, diiringi dengan istighfar. Sabar sangat dah tu.
Keadaan menjadi senyap seketika. Tiba-tiba Puan Humairah bersuara lagi.
"Umi ikut sekali lah. Kamu tu bukan boleh percaya sangat. Nanti kamu tinggalkan pulak dia dekat tepi jalan." Kedengaran stereng kereta diketuk agak kuat. Mesti apa yang Puan Humairah cakap tadi dia nak buat. Apa pun, let's shopping!
🍰
Teruk betul perangai Ara ni, mesti author ajar EHH TIBERR
YOU ARE READING
Aralyn Mikayla [C] [EBOOK CERPEN KOMPILASI HERO PENERBITAN AHA]
Short StoryAralyn Mikayla. Nama yang cukup untuk membuatkan dunia bergegar, termasuklah hati Tengku Rizhan Kassyaf. Perangai Aralyn? Tak boleh diungkap dek kata-kata. "Tolonglah saya tuan, saya baru kena culik tadi, tapi saya dapat lepaskan diri. Tolong saya."...