AM 5

1.8K 80 8
                                    

"Umi dengan babah pergi kerja dulu ya? Assalamualaikum." Aku menyambut huluran salam daripada umi dan menghantar pemergian mereka dengan berdiri di daun pintu.

"Bye umi dengan babah!" Aku melambai-lambai ke arah mereka yang sudah menaiki kereta dan bergerak ke luar pagar. Selepas memastikan bahawa mereka benar-benar sudah keluar, aku menutup pintu rumah agam itu. Pantas saja aku berlari ke arah sofa dan baring di atasnya sambil tangan ligat menukar saluran Astro menggunakan alat kawalan jauh.

"Gila best kalau tiap-tiap hari macam ni." Aku tergelak riang.

"Oh wow, best eh buat macam rumah sendiri? Best-nya!" Sakarstik saja ayat dan nada Han yang tiba-tiba berada di bahagian belakang sofa. Terus aku berdiri dan berpusing ke arahnya akibat terkejut.

"Kau buat apa dekat sini, hah?" Sengaja aku menjegilkan mata sambil jari telunjuk dituding ke arah wajahnya. Dia menolak jari telunjuk aku.

"Suka hati akulah, ini rumah aku, bukan rumah kau. Aku nak pergi kerja ke, aku nak tidur sampai petang ke, this is my house! Kau tu bibik, pergilah kemas apa yang patut!" Katanya bersuara lantang. Aku tergelak sinis.

"Macamlah aku kisah sangat ini rumah kau ke bukan. Hey suara lembu! Kau dengar sini eh, I don't even care what you say sebab dekat rumah ni, aku akan dengar cakap boss aku je a.k.a parents kau and not you! Suka hati aku jugaklah nak buat kerja ke tak. Aku ni anak angkat kesayangan diaorang and they love me more than they love you! Padan muka!" Aku menjelir lidah ke arahnya sambil menjulingkan mata, sengaja ingin membuat dia berang. Dahiku mulai berkerut saat melihat dia yang tiba-tiba ketawa seperti orang gila.

"Well, well little girl. You're cute but stupid. Aku dah rekod setiap ayat, perkataan dan huruf yang kau cakap dekat aku tadi. And now, I wanna send that voice record to my parents and guess siapa yang kalah? Kau! Hahahaha padan muka!" Dia mengajuk kembali cara aku menjelirkan lidah kepadanya dan menjulingkan mata. Kalaulah hati dan mata manusia ini boleh terbakar sebab marah, akulah manusia pertama yang boleh berbuat sedemikian.

"Tak guna!" Aku terus mengejar dia untuk mendapatkan smartphone yang berada di tangannya namun dia lebih pantas mengambil langkah. Aku berlari mengejarnya hingga ke keliling rumah termasuk tingkat atas dan laman.

"Abang Han, janganlah buat Ara macam ni, Ara minta maaf." Aku berhenti mengejarnya apabila sampai semula di ruang tamu.

"Apa? Abang? Wah, sopannya panggilan. Tadi siap kau aku, siap ejek semua, sekarang panggil abang? Wah, hebatnya kamu, yakinnya kamu." Ujarnya dengan penuh nada sinis dan sarkastik.

"Alaa, delete-lah video tu, please? Delete-lah." Rengekku. Aku menumbuk-numbuk meja kaunter yang berada di dapur. Nak tumbuk dia tak boleh pula, nanti ada aje ugutan dia. Tiba-tiba saja dia berjalan dan berdiri di hadapan aku.

"Nak suruh aku delete? Sure, but with one condition." Dia tersenyum sinis. Berkerut dahi aku memandangnya.

"Apa?"

"Kahwin dengan aku." Dengan pantas, dahinya bercantum dengan dahiku, seperti dua orang yang mahu bergaduh.

"Kau mabuk ke apa?" Aku terus menolaknya.

"Ha'ah, mabuk cinta." Dia tersenyum.

"Gila! Babun! Bengong! Mangkuk! Pinggan! Aku benci kau!" Aku berlari keluar rumah.

"Aku benci kau! Jangan kejar akulah!"

"Kau gila ke apa?" Suara Rizhan memetir.

"Argh! Kau buat apa dekat-dekat ni?" Aku terus bangun dari sofa apabila melihat dia yang berpakaian kemeja dengan bahagian lengannya yang dilipat sehingga ke bahagian siku sedang berdiri di belakang sofa.

"Kau memang selalu tidur mengigau ke apa? Terjerit-jerit macam orang kena rasuk. Nasib baik aku tak cekik kau tadi. Ikutkan hati aku ni, nak je aku cekik kau sampai mati." Dia menyilangkan kedua-dua belah tangannya ke dada.

"Su...suka hati akulah nak menjerit ke apa, kau sibuk tu apahal? Ish dahlah, aku nak pergi bersihkan laman. Jijik aku tengok muka kau ni." Aku terus berlari keluar menuju ke laman rumah, meninggalkan dia yang masih berdiri terpinga-pinga kerana aku memarahinya secara tiba-tiba.

Nasib mimpi. Harap-harap tak jadi kenyataan.

🍰

Cakkkk! A lil comeback atas permintaan ramai. Nahhh and sorryyy keyhhh?

Aralyn Mikayla [C] [EBOOK CERPEN KOMPILASI HERO PENERBITAN AHA]Where stories live. Discover now