"Kamu nak beli baju dekat mana? Cakap je kedai apa, umi belanja." Aku menelan air liur. Biar betik! Kalau aku cakap kedai apa nanti, mahu pengsan dia dekat sini.
"Lambatlah kamu fikir, jomlah masuk Uniqlo." Umi menarik tangan aku. Kaki shopping jugak mak cik ni.
Sedang umi sibuk membelek baju-baju yang tergantung, sempat aku mengerling ke arah Han. Dia yang perasan aku memerhatikannya lantas menjeling ke arahku. Hek eleh, main jeling-jeling pulak.
Satu idea jahat bermain di fikiranku. Aku tersenyum sinis melihat Han. Riak wajahnya berubah menjadi pelik.
"Apa tengok-tengok? Tak puas hati? Tak malu tengok anak dara orang macam tu. Umi, tengok dia tu umi, pandang Ara macam nak makan." Umi terus bercekak pinggang menghadap Han. Aku yang berada di belakang Umi tergelak dan membuat gerak bibir 'padan muka'.
"Apa ni Han? Suka sangat tengok Ara tu. Kalau suka cakap jelah, tak payah tengok anak dara orang macam tu, jaga mata tu sikit." Bebel umi kepada Han.
"But I didn't do anything to this gi..." Ujarannya terus dipotong oleh umi.
"Shut up. Disebabkan Han selalu tengok Ara, umi akan carikan satu t-shirt kamu, sama macam t-shirt Ara. Umi husnudzon aje, mungkin Han pandang Ara macam tu sebab nak baju jugak."
"Husnudzon apa macam tu? pandai-pandai je. Han tak nak pakai baju yang sama dengan budak ni." Tegas Han.
"Hah, lawanlah cakap umi. Tak merasalah kau syurga nanti." Han terus mengetap gigi, menahan geram. Aku tahu dia sedang memaki aku dalam hati.
Setelah puas membelek segala jenis baju di seluruh rel yang terdapat dalam kedai itu, kaki umi mengatur langkah ke arah kaunter pembayaran. Tangannya sibuk menyelongkar tas tangan, mencari dompet miliknya. Aku dan Han hanya diam sambil memerhati gerak-geri umi sebelum Han membuka mulut untuk berbicara.
"Umi, Han nak tengok-tengok baju dekat belakang sana dengan Ara boleh? Tak nak beli, saja je tengok. Boleh ya, umi?" Pertanyaan Han membuatkan aku menjadi hairan. Apa yang dia nak cuba buat?
"Aik, dah insaf? Hah, eloklah kamu rapat dengan Ara. Nanti bolehlah kamu jaga dia sebagai seorang adik. Hah, pergilah, umi nak rehat dekat kerusi pengurut sana tu. Tapi jangan lama-lama tau." Apabila mendengar jawapan umi, Han sudah memandang aku sinis. Aik, dia nak balas dendam ke?
Dia terus menarik lengan aku pergi ke sudut kedai yang jauh di belakang. Apabila menyedari yang dia ingin membawaku masuk ke dalam fitting room, terus aku memberhentikan kaki. Namun, dia menarikku masuk ke dalam dengan lebih kuat. Pintu bilik dikunci.
"Aku dah kata dekat hospital kan supaya jangan cabar kesabaran aku. Tapi, kau degil kan?" Aku sudah terperangkap pada dinding. Air liur ditelan. Hah Ara, kau kan cerdik sangat sampai lupa apa dia kata dekat hospital, sekarang tanggunglah.
"K...kalau kau dekat lagi, aku jerit eh?" Dia tersenyum sinis. Mukanya semakin hampir.
"Kau fikir aku kisah?" Aku sudah menutup mata apabila mukanya hanya tinggal beberapa inci dengan muka aku.
"Yusuf Taiyoob." Bisiknya. Dia terus tergelak dan ke belakang semula.
"Kau fikir aku ni selera sangat dengan kau? Hah, tahu pun takut. Ingat eh, ini last warning aku bagi kau. Kalau kau buat lagi, kau tahulah apa nasib kau nanti. Just you wait." Dia terus membuka selak kunci dan keluar. Aku mengikuti langkahnya di belakang. Tak nak dah aku nak cari pasal lagi dengan dia. Serik!
Ada seorang mak cik yang memerhatikan kami yang baru sahaja keluar daripada fitting room. Wajahnya kelihatan terkejut.
"Apa pandang-pandang hah mak cik? Kitaorang adik beradiklah. Hah, nak membawanglah tu bila nampak kitaorang keluar sama-sama. Fitnah lah kalau mak cik nak fitnah, saya tak kisah. Yang masuk neraka nanti mak cik dulu, baru saya. Assalamualaikum." Selamba saja Han memberi tarbiyyah kepada mak cik itu padahal mak cik itu tak cakap apa-apa lagi pun.
Aku terus berlari keluar daripada kedai, meninggalkan Han yang masih berjalan. Terus aku berdiri di hadapan umi.
"Dah siap dah?" Umi menyoal. Baru saja aku hendak menjawab, suara Han membatalkan niat aku. Baru batalkan niat, kalau batalkan air wuduk macam mana?
"Dah umi. Banyak rupanya baju yang cantik-cantik dekat bahagian belakang tu, kan Ara?" Dia tersenyum ke arahku. Senyuman dia aku tahu, bukan senyuman yang ikhlas, tetapi senyum yang seakan-akan hendak mengejek.
"Haah umi. Dah, jomlah pergi tempat lain." Aku terus memaut tangan umi dan berjalan.
Han yang berjalan di belakang aku asyik memijak bahagian belakang kasutku.
"Ish, sakitlah anjin— hehe tak ada apalah." Terus aku memandang ke hadapan. Tak jadi aku hendak memarahnya apabila melihat keningnya terangkat sambil membuat gerak bibir 'nak kena lagi?' Aku hanya menahan sabar. Tak apa, ada keledek, ada batas, ada banyak hari, aku boleh balas.
Setelah selesai urusan membeli pakaian dan barang keperluan aku, kami singgah makan tengah hari sebelum pulang ke rumah. Hari pertama, done.
What's next?
🍰
Hai, setelah lama menyepi hoho, ya sis tau, hambar
YOU ARE READING
Aralyn Mikayla [C] [EBOOK CERPEN KOMPILASI HERO PENERBITAN AHA]
Short StoryAralyn Mikayla. Nama yang cukup untuk membuatkan dunia bergegar, termasuklah hati Tengku Rizhan Kassyaf. Perangai Aralyn? Tak boleh diungkap dek kata-kata. "Tolonglah saya tuan, saya baru kena culik tadi, tapi saya dapat lepaskan diri. Tolong saya."...