"Meh sini, bagi Ara pula yang basuh. Asyik umi je basuh pinggan, Ara lah pula. Ara buat kerja pun dapat gaji, kalau umi yang basuh sendiri, Ara rasa bersalah." Aku mencebikkan bibir, ingin meyakinkan umi dengan lakonanku.
"Iyalah, sayang. Betul ni tak apa kalau Ara basuh?"
"Iya umi."
"Okay, umi tunggu sampai Ara siap basuh." Aku mengangguk seraya memberikan sekuntum senyuman.
Umi hanya memerhatikan aku dengan senyuman yang tidak lekang di bibir.
"Umi minta maaf kalau pertanyaan umi ni buat Ara sedih. Ibu bapa Ara ni dah meninggal ya?" Aku terus terpegun apabila umi menyebut perkataan ibu bapa. Aduh, nak kata apa ni?
"Ara pun tak tahu, dari kecil Ara dah terpisah dengan ibu bapa Ara. Ara tinggal dengan kawan Ara, itu pun keluarganya susah. Ara cuba nak cari ibu bapa Ara, tapi Ara tak mampu." Drama air mata yang sudah menjadi kepakaran aku mula dimainkan.
"Alahai, kesiannya anak umi ni. Tak apa, nanti umi tolong carikan ya?" Umi mengusap kepalaku. Mukaku terus berubah pucat. Alamak, kalau dia cari, habislah aku.
"Erm, tak apalah umi, tak payah cari. Ara dah redha." Aku cuba meyakinkan umi dengan lakonanku yang sudah boleh memenangi anugerah pelakon wanita terbaik anugerah skrin.
"Hmm baiklah, kalau kamu sendiri yang kata begitu. Umi pergi ruang tamu dulu ya? Umi tunggu kamu dekat sana." Pamit umi.
"Okay, umi!" Tangan aku diangkat ke dahi untuk melakukan tabik dan seraya itu, tawaku dan umi sama-sama meletus sebelum umi mula meninggalkan ruangan dapur. Setelah memastikan bahawa umi benar-benar sudah meninggalkan ruangan dapur ini, aku menghembuskan nafas lega.
"Phew! Nasib baiklah lakonan aku ni tahap Priyanka Chopra. Kalau tidak, memang sah-sah kantoi. Good job dearself!" Aku ketawa sendiri.
🍰
Puan Humairah melabuhkan punggung di sebelah Tengku Amzar yang sedang khusyuk menyaksikan pertandingan golf di kaca televisyen. Anak mata beliau kemudiannya beralih ke hadapan, merenung wajah satu-satunya zuriat kini sudah dewasa. Tengku Rizhan Kasyyaf juga fokus menyaksikan pertandingan golf itu.
"Abang," panggil Puan Humairah, namun suaminya itu sedikit pun tidak berpaling ke arahnya. Puan Humairah menjeling tajam suaminya kemudian memukul perlahan lengan Tengku Amzar.
"Abang! Orang panggil ni kan? Abang tu lebihkan jelah golf tu, nanti makanlah bola golf tu sekali. Esok orang hidangkan sup bola golf je." Puan Humairah terus menyilangkan tangannya ke dada.
"Halah, halah, nak merajuk pulak umi engkau ni, Han. Apa nak jadi ni Han?" Rizhan memandang sekilas gelagat kedua ibu bapanya itu sebelum pandangannya tertumpu semula ke arah televisyen.
"Apa nak jadi, jadilah babah. Jangan jadi labi-labi sudah." Selamba saja kata-kata yang meluncur keluar daripada mulut Rizhan.
"Cis, itu pulak jawapannya. Hah, kenapa awak panggil? Nak kahwinkan Han dengan Ara ke?" Terbuntang luas mata Rizhan apabila mendengar soalan babahnya.
"Apa benda babah merepek ni? Eii Ya Allah, berikanlah aku kesabaran yang tinggi wahai Tuhanku." Rizhan melakukan senaman pernafasan untuk mengawal amarahnya.
"Macam ni bang, tadi umi bersembang dengan Ara, lepas tu dia kata ibu bapa dia bukan meninggal, tapi hilang. Bila umi offer nak tolong carikan ibu bapa dia, laju je dia tolak tawaran umi tu. Bagus dia, boleh hidup berdikari tanpa ibu bapa tetapi itulah, kesian pula umi." Tengku Amzar hanya mengangguk-angguk sebagai balasan luahan hati Puan Humairah itu. Dan sekali lagi, Puan Humairah melancarkan serangannya dengan mencubit lengan suaminya itu.
"Ish, abang ni! Suka tahu buat orang macam ni. Umi cerita, dia boleh angguk je? Memang makanlah sup bola golf dengan topping rumput esok." Tengku Amzar mengusap lengannya yang terkena cubitan semut api isterinya itu.
"Aduh, abang dengarlah! Kita nak buat macam mana lagi kalau kita nak tolong tapi dia tolak kan? Takkan abang nak paksa dia suruh terima tawaran tu lagi." Haduh, pening dia melayan kerenah isterinya itu. Nasib baiklah sayang, kalau tidak, tak tahulah apa jadi.
'Parents dia hilang? Hm, something fishy.' Desis hati Rizhan. Tiba-tiba, mata Rizhan bersinar-sinar bersama senyuman di bibir tatkala mendapat satu idea yang bernas untuk mengenakan Aralyn.
Matanya terus tertumpu ke arah Aralyn yang berjalan ke arah sofa yang diduduki umi dan babahnya. Beberapa saat selepas gadis itu mengambil tempat duduk di sebelah Puan Humairah, dia terus bangun dan meletakkan semula kusyen yang dipeluknya tadi di atas sofa.
"Han ada kerja office yang tak siap lagi. Han naik dulu ya, umi dengan babah? Goodnight." Dia terus mengucup lembut tangan kanan kedua ibu bapanya sebelum berhenti di hadapan Aralyn.
"And you little sweet girl, goodnight, sleep tight and have a sweet dream." Dia mengusutkan rambut Aralyn sebelum bergerak naik ke tingkat atas dengan pantasnya.
'Something fishy with him.' Kata Aralyn di dalam hati.
🍰
3 chapters to go gaisssssss! Wohooooo
YOU ARE READING
Aralyn Mikayla [C] [EBOOK CERPEN KOMPILASI HERO PENERBITAN AHA]
Short StoryAralyn Mikayla. Nama yang cukup untuk membuatkan dunia bergegar, termasuklah hati Tengku Rizhan Kassyaf. Perangai Aralyn? Tak boleh diungkap dek kata-kata. "Tolonglah saya tuan, saya baru kena culik tadi, tapi saya dapat lepaskan diri. Tolong saya."...