"aku nak duit aku" kata Fourth kepada Mark. Mark memberikan beg yang dipunuhi duit itu kepada Fourth.
"Antara kau dengan aku dah tak ada apa. so aku blah dulu" kata Fourth dan mula melangkah kakinya keluar dari situ.
"Kau dh lupa ? Aku cakap kau budak aku sekarang. Jadi kau tak boleh la senang senang blah macam tu je" kata Mark yang datang dari belakang Fourth.
"Macam ni la kau keje dengan aku , banyak duit kau boleh dapat , lagipun aku tengok kau memang sesuai dengan kerja ni" Kata Mark lagi sambil tersenyum.
Fourth hanya terdiam tanpa berkata apa apa.
"Call aku bila ada kerja" kata Fourth dan berjalan keluar dari kawasan mewah itu.
-----------------------------------------------------------
Kini hidup Fourth menjadi sangat mewah , sudah banyak mangsa yang sudah Fourth bunuh. Namun dirinya tidak pernah menjadi buruan polis , kerana kerjanya yang sangat professional.
Fourth menjawab panggilan dari Mark lalu bergegas ke sana dengan menaiki kereta mewahnya itu.
Sampai sahaja di sana , Mark memberikan sampul kepadanya.
"Aku nak kau bunuh dia. Harini 9:45 pagi dia sampai di ***** . Kau standby sana sebelum dia sampai."
"Ingat ni bukan anak , tapi bapak ." Kata Mark yang memandang tajam ke arah Fourth.
Fourth membuka sambul itu dan terlihat sekeping gambar seorang lelaki .
Dari melihat wajah lelaki itu saja sudah dapat merasakan sesuatu oleh Fourth.
"Sape ni ?" Soal Fourth yang masih lagi melihat gambar itu.
"Gemini norawit, dia la ketua kawasan **** , kalau kau nak tahu orang yang aku dah suruh kau bunuh tu , semua budak budak dia. Sekarang aku tak nak buang masa. Kita bunuh dia terus."
"Macam yang aku cakap , dia ni bukan mudah untuk kau macam yang lain. Aku takut kau pula yang mati bukan dia"
"Aku janji dengan kau , kalau kau berjaya bunuh dia , kawasan **** akan jadi milikkau. Kau dah kerja dengan aku lama , so apa kata kau pulak jadi ketua" kata Mark dengan serius sambil tersenyum sinis.
Fourth hanya terdiam tanpa berkata apa apa.
"Send location" kata Fourth yang menyimpan gambar itu di dalam poketnya dan bangun keluar.
Mark hanya tersenyum dengan keputusan Mark itu. Dia sangat teruja dengan semangat Fourth itu.
-----------------------------------------------------------
Gemini adalah seorang yang sangat berpengaruh , dia juga sangat kaya , mempunya lebih dari 10 cawangan pusat casino di beberapa buah negara. Kumpulanya adalah kumpulan ke-2 yang terkuat di antara yang lain lain.
Ancama bunuh sudah menjadi perkara biasa baginya dan kumpulannya. Namun tidak ada yang berjaya untuk membunuh atau menjatuhkannya.
-----------------------------------------------------------
Seperti biasa berpakaian hitam serta beg gitarnya, Fourth melihat sekali lagi gambar sasaranya itu sambil tersenyum sinis , dan menyimpan gambar itu di dalam poketnya.
Fourth terlihat sudah bersedia dia rooftop dan hanya menunggu ketibaan Gemini saja.
Tidak lama kemudian , terlihat Gemini yang berjalan bersama sama beberapa orang lelaki.
Dia berhenti dan nampak seperti sedang berbincang sesuatu dengan lelaki yang dia sedang berjumpa.
Fourth yang sudah sedia untuk menekan pincu sniper itu tiba tiba menyandarkn dirinya ke dinding sambil menghembuskan nafasnya.
YOU ARE READING
TRAPS - WHO IS THE WINNER
Action"Aku bayar kau lebih mahal . Jadi budak aku" tawar Gemini. Fourth hanya terdiam dan mula melangkah keluar dari bilik itu. Perebutan harta dan kuasa antara yang terkuat. Siapakah yang akan mendapat tempat itu.