Gemini yang masuk ke dalam kereta mewahnya itu dengan cepat memandu menuju di mana Fourth dan Prom berada.
Prom mengangkat Fourth bangun. Fourth berasa sedikit pening tetapi dia sudah sedar sepenuhnya. Namun terlihat darah yang mengalir dari kepalanya.
"Kau ok tak ni?" Soal Prom dengan penuh kerisauan. Fourth hanya mengangguk untuk memberitahu yang dirinya ok.
Sampai sahaja di pejabat Mark. Mereka melihat ke sekeliling. Tetapi pejabatnya terlihat sunyi.
Tidak lama dari itu, Gemini sudah pun tiba di kawasan itu. Dia berjalan masuk ke dalam. Dia memandang ke sekeliling lantai yang dipenuhi mayat dan darah.
Ada beberapa orang orangnya juga turut mati di situ.
"Shit" bisik Gemini dan cepat cepat naik ke atas menuju ke pejabat Mark.
Fourth mengangkat tangannya untuk memberi isyarat kepada Prom untuk tetap di situ. Fourth melangkah masuk ke dalam sambil memegang pistol.
Hatinya rasa tidak sedap. Seakan akan ada sesuatu yang akan berlaku.
Dengan cepat Fourth menoleh ke belakang.
Satu tumbukan diberikan Mark.Tumbukan yang kuat itu membuatkan Hidungnya berdarah. Kepalanya tiba tiba sakit semula. Penglihatannya kini menjadi semakin kabur.
Prom yang melihat kejadian itu terus menendang kuat belakang Mark.
"Ahh. Kacau betul la kau ni" kata Mark lalu menumbuk Prom. Prom menahan tumbukan itu dan menumbuk bahagian perut Mark.
Belum sempat Mark menegakkan badannya semula. Prom menumbuk kuat muka Mark pula.
Prom berlari menuju ke arah Fourth dan mengangkatnya.
"Aku ok. Ok" kata Fourth dan bersedia untuk berlawan dengan Mark.
"Prom aku tak nak masuk campur. Walau apa pun jadi. Stay belakang aku " kata Fourth kepada Prom
Mark yang terlihat seperti sakitnya sudah hilang itu tersenyum sinis dan mereka berdua mula berlawan.
Mereka berdua mempunyai kekuatan dna kelajuan yang sama. Prom hampir tidak nampak apa yang berlaku kerana tumbukan mereka berdua yang laju itu.
Prom bernasib baik kerana Mark tidak menggunakan kekuatan sepenuhnya semasa berlawan Prom.
Walaupun kuat dan kebal. Mark juga sudah banyak kali terima tumbukan dari Fourth.
Tumbukan Fourth juga kuat dan membuatkan Mark terjatuh.
Mark yang tiba tiba memegang kepala Fourth, Mark menggunakan lututnya , menghentak ke arah kepalanya beberapa kali.
Fourth sempat melepaskan diri dan menumbuk Mark dengan menggunakan kekuatan terakhirnya.
Tumbukan kuat itu menyebabkan badan Mark tertusuk serpihan kaca yang besar di bahagian perutnya.
Darah memancut keluar dari perut dan Mulutnya.
Kerana hentakan yang kuat itu. fourth menjadi pening dan kepalanya berdenyut denyut.
Di dalam fikirannya hanya memikirkan satu perkara saja.
Mati.
Mungkin ini lah pengakhiran hidupnya.
Sekurang kurangnya dia dapat menjatuhkan mark di tangannya. Fourth yang terbaring di lantai itu tersenyum memandang ke arah atas siling bangunan.Gemini yang baru sahaja tiba itu mengusutkan rambutnya. Dia berasa bersalah kerana lambat tiba.
Dia melihat ke arah Prom yang sedang mengangkat Fourth.
"Lambat" kata Fourth yang masih lagi boleh tersenyum. Namun riak wajah Gemini masih lagi risau.
"Tengok la diri kau, kau boleh senyum lagi" kata Gemini.
Gemini menghampiri Mark dan menggunakan kaki ni untuk menoleh wajah Mark untuk memandangnya.
Tiba tiba Terlihat mark Tersenyum.
Mark mengacukan pistol yang dapat dicapainya sewaktu Prom yang sibuk dengan Fourth.Satu tembakan dilepaskan.
YOU ARE READING
TRAPS - WHO IS THE WINNER
Action"Aku bayar kau lebih mahal . Jadi budak aku" tawar Gemini. Fourth hanya terdiam dan mula melangkah keluar dari bilik itu. Perebutan harta dan kuasa antara yang terkuat. Siapakah yang akan mendapat tempat itu.