Gemini yang hanya termenung di pejabatnya itu sedang memikirkan apa yang harus dia lakukan pada Mark.
Sebelum ini dia tidak berminat langsung untuk mengambil tahu apa apa tentang Mark. Malah Mark juga pernah mengajak Gemini untuk menjadi ' bisnes partner '.
Tetapi Gemini menolaknya atas sebab tidak berminat.Lain pula jadi kali ini. Gemini yang kini mahu mengambil tahu tentang setiap gerak geri Mark dan orang orangnya. Dia tidak mahu sesiapa sahaja dapatkan Fourth. Kini bermula lah perebutan berlian yang sangat berharga di antara Mark dan Gemini.
"Kau betul nak bunuh Mark?" Soal Gemini kepada Fourth yang sedang berdiri di hadapannya.
"Aku boleh buat kerja ni sorng. Kau buat kerja kau. Aku buat ker-"
"Ahh..malas pulak aku nak datang makam pengebumian kau nanti." Kata gemini sambil memusingkan kerusinya dan melihat ke arah Fourth.
Fourth yang terdiam itu memandang ke arah Gemini. Fourth dapat merasakan satu aura yang lain dari Gemini.
Seperti satu aura yang menakutkan. Mungkin ini adalah 'side' gelap yang ada dalam dirinya. Agak takut apabila Gemini memandangnya dengan wajah begitu.
Walaupun ada senyuman yang terukir di bibirnya, namun senyuman itu nampak seperti seorang psycho.
Fourth yang hanya selalu nampak 'side' yang lain dari diri Gemini, iaitu seorang yang tenang dan lucu itu menjadi sedikit gementar apabila Gemini menunjukkan dirinya yang sebenar itu.
Dengan riak wajah Gemini yang serius itu , kelu lidah Fourth buat sementara untuk berkata apa apa.
"Simpan sikit ego kau tu. Banyak lagi benda yang kita kena buat, jangan sebab ego kau tu. Kau mati sia sia"
"Budak budak dia ramai, kita kena mula dari bawah. First kau settlekan budak budak dia dulu. Satu lagi , aku nak Prom ikut kau" kata Gemini dengan serius tanpa memandang Fourth.
"Lepas je settle semua ni. Kau kena sedia,aku tak teragak agak untuk bunuh kau pula" kata Fourth dan keluar dari pejabat Gemini.
Gemini hanya diam sambil melihat ke luar.
Prom yang melihat Fourth keluar dari pejabat Gemini itu terus menegurnya. Fourth yang seperti tidak senang duduk itu tidak perasan yang Prom ada disebelah. Prom menepuk perlahan perut Fourth untuk menyedarkan Fourth yang dia ada di sebelahnya.
"Kau ni pehal? Ok tak?" Soal Prom selepas melihat kelakuan pelik Fourth itu. Namun Fourth tidak menjawabnya dan hanya berjalan bergegas turun. Prom mengikut Fourth dari belakang.
"Fourth. Bukan aku je ada belakang kau. Kitaorang semua ada, Gemini sekali. Kau tak payah la risau. Gemini tau apa yang dia buat" kata Prom kepada Fourth.
Fourth telah menceritakan semua pada Prom dan dirinya rasa tidak senang hati kerana dia tidak mahu apa apa terjadi pada mereka berdua.
Niat Fourth adalah, dia mahu uruskan semua ini sendiri. Tetapi Gemini tetap berdegil untuk ikut masuk campur.
"Aku boleh bunuh dia sendiri." Kata Fourth lalu minum segelas wain.
"Budak budak dia boleh la. Ini boss , kau ingat senang ke. Kau tak tau gila si Mark tu macam mana" kata Prom lagi.
"Aku kerja dengan dia lama. Macam mana pulak aku tak tau dia" jawab Fourth lagi.
"Lama? Berapa? 3 tahun? 10 tahun? Kalau baru bebulan tak payah cakap la" kata kata Prom membuatkan Fourth terdiam.
Mungkin ada betul juga kata kata Gemini sebentar tadi, Yang Dia harus buang ego dalam dirinya dan ikut saja rancangan yang diatur oleh Gemini.
Hari yang dinantikan sudah tiba. Fourth dan Prom sudah bersedia untuk melakukan misi mereka iaitu menceroboh masuk ke kawasan Mark dan membunuh orang orangnya.
Mereka sedang memerhatikan sekeliling untuk kepastian tempat itu selamat sebelum turun kereta.
Fourth menarik tangan Prom sebelum keluar dari kereta. Prom melihat ke arah Fourth. Dari riak wajah Fourth saja , Prom sudah tahu ada sesuatu yang mahu dikatakan oleh Fourth.
"Stay belakang aku" kata Fourth dan keluar. Prom juga keluar dari kereta.
Selepas mendapat isyarat dari beberapa orang yang ikut misi mereka. Fourth dan Prom mula masuk ke kawasan tersebut.
Sedang berjaga jaga dari setiap langkah. Nasib tidak baik Prom dapat dilihat oleh seseorang yang berada di kawasan tersebut.
Pistol diacukan tepat ke arah Prom.
"Pom!" Satu tembakan dilepaskan. Akibat bunyi tembakan yang kuat. Susana menjadi huru hara. Orang orang Mark mula bergerak ke arah mereka berada.
"Tembak la semua orang macam tak ada hari esok" kata Fourth kepada orang orangnya.
Kini peperangan sudah bermula. Lantai yang dipenuhi darah , bunyi bising tembakan. Kini Fourth dan Prom menuju ke kawasan di mana Mark berada sambil bergelut dengan orang yang sedang mengejar mereka.
Akibat ditendang kuat di kepala. Fourth terjatuh dan Pistol yang dipegangnya terlepas. Prom sempat mengambil pistol itu dan tidak teragak agak untuk menembak beberapa orang yang ada disitu.
"FUCK! MACAM MANA DORANG BOLEH SAMPAI SINI! BUNUH DORANG SEMUA JANGAN SORANG PUN TERLEPAS." Tengking Mark kepada orangnya selepas mendapat berita buruk itu.
"Sial kau Gemini. Fourth" bisik Mark dalan keadaan yang marah.
"Perhatikan Mark.Ingat jangan buat apa apa sebelum aku sampai." Kata Gemini kepada Fourth dan Prom melalui alat pendengaran yang dipakai oleh mereka.
YOU ARE READING
TRAPS - WHO IS THE WINNER
Action"Aku bayar kau lebih mahal . Jadi budak aku" tawar Gemini. Fourth hanya terdiam dan mula melangkah keluar dari bilik itu. Perebutan harta dan kuasa antara yang terkuat. Siapakah yang akan mendapat tempat itu.