"Kau bodoh ke ape? Asal tak tembak je! Aku tak kira macam mana pun dia kena jugak mati!" Marah Mark selepas dirinya tahu Fourth masih lagi belum membunuh Gemini .
Fourth hanya terdiam sambil bersiap untuk menyelesaikan misinya iaitu membunuh Gemini.
Sebelum keluar dari kawasan itu , Fourth sempat berselisih dengan seorang lelaki yang masuk ke dalam bilik pejabat Mark.
Tiba tiba kakinya terhenti dari berjalan. Kata kata Gemini sedang bermain di kepalanya.
"Ya boss , ada apa boss jumpa saya?" Kata lelaki itu.
"Aku nak kau ikut budak Fourth tu , lepas je dia bunuh Gemini. Kau bunuh dia."
"Jangan ingat senang senang aku nak bagi dia jadi ketua kawasan tu. Sepatutnya aku yang ganti tempat Gemini tak guna tu."
Kata Mark yang sedang dalam keadaan marah dan tidak berpuas hati.
Dia hanya mempergunakan Fourth untuk cepatkan lagi rancanganya untuk menjatuhkan Gemini.
Oleh kerana Fourth yang lain dari lain dan lebih professional. Tanpa sedar dia sudah dipergunakan.
Fourth yang sudah mendengar semua perbualan mereka itu hanya tersenyum sinis lalu berjalan keluar.
Lelaki yang diarahkan untuk mengekori Fourth itu telah diperangkap. Dia telah mengekori orang yang berpakaian seperti Fourth.
Fourth yang sudah menukar pakaian dan berjalan seperti biasa tanpa sebarang masalah , menuju ke arah dimana keretanya parking.
-----------------------------------------------------------"Maaf tak ada orang yang boleh masuk untuk waktu sekarang" kata seorang lelaki kepada Gemini selepas melihat Fourth yang berjalan masuk ke dalam bangunan Casino itu.
"Takpe biar dia masuk" kata Gemini yang datang dari belakang. Fourth hanya terdiam dan terus mendekatkan diri dengan Gemini
"We need to talk right now" bisik Fourth ke Gemini .
Gemini hanya tersenyum dan berjalan masuk ke biliknya.
"So , kau datang sini sebab nak bunuh aku lagi ? Hahaha macam aku cakap kau tak-"
"Aku nak bunuh Mark untuk kau" belum sempat lagi Gemini menghabiskan kata katanya , Fourth sudah mencela.
Reaksi wajah Gemini berubah menjadi serius , dan memandang tepat ke arah Fourth.
"Jadi kau setuju jadi budak aku ?" Soal Gemini
"tak semua orang boleh percaya , termsuk aku"
"Mana tau lepas ni kau pulak jadi sasaran aku" jawab Fourth sambil tersenyum sinis.
"Ini sebabnya aku suka kau" kata Gemini sambil tersenyum.
"Malam ni aku akan adakan party untuk kedatangan kau" kata Gemini lalu menepuk bahu Fourth.
YOU ARE READING
TRAPS - WHO IS THE WINNER
Action"Aku bayar kau lebih mahal . Jadi budak aku" tawar Gemini. Fourth hanya terdiam dan mula melangkah keluar dari bilik itu. Perebutan harta dan kuasa antara yang terkuat. Siapakah yang akan mendapat tempat itu.