2

25 1 0
                                    

Manusia itu terlalu cepat menghukum,yang mana nyata, dikata,yang mana rahsia,ditanya-tanya.

Selasa,2 Jun 2021.

Hampir dua bulan berlalu. Satu jangka masa yang aman dan bebas daripada sebarang kes pembunuhan. Namun, pelakunya masih belum diberkas. Jangankan diberkas, identitinya pun masih belum dapat dikenalpasti.

“Melati, bacakan laporan bedah siasat  Aliah Sani.”

“Sekejap, Tuan. Baiklah, nama mangsa, Nur Aliah binti Mohd.Sani. Umur,34 tahun, berbangsa Melayu dan merupakan seorang ibu tunggal. Eksternal,macam yang saya cakaplah, Tuan. Benjol di dahi hasil daripada pukulan menggunakan objek tumpul.

Koyakan di pinggang sepanjang 20 sentimeter dan seperti yang dijangka, sebelah buah pinggang tak ada.
Pembunuh tu ambil, buat trofi mungkin. Lain-lain, biasalah. Kerat itu, kerat ini.

Bahagian ni Tuan nak saya bacakan atau Tuan sendiri nak tengok nanti?”

“Tak, tak perlu. Nanti aku tengok.”

“Oh, baik. Saya teruskan ke bahagian seterusnya.” Ibrahim diam, fokus mendengar setiap maklumat.

“Internal?Takkan buah pinggang je?”

Ibrahim membuat hipotesis awal bahawa motif pembunuhan ini adalah untuk mengaut keuntungan melalui pemerdagangan organ manusia. Tetapi pelik pula, tak mungkinlah buah pinggang sahaja yang diambil. Sedangkan jantung dan mata juga merupakan best seller di pasaran gelap.

“Memang buah pinggang sahaja yang hilang, Tuan. Turut disyaki bahawa pembunuh ni merupakan seorang yang amatur. Berdasarkan laporan ni, hasil kerjanya tak halus. Potong tak lurus, organ dalaman pun hancur. Peralatan yang digunakan juga bukan peralatan professional. Kalau terlatih, mestilah buah pinggang ditanggalkan elok. Ini tidak, direntapnya sahaja.”

Ibrahim mengerutkan kening. Hipotesis pertamanya tidak betul sama sekali.

“Maknanya ini bukan pemerdagangan organ manusia. Siapa yang nak beli organ yang dah rosak?Jadi aku rasa pembunuh ni ada sejarah dengan buah pinggang. Ataupun dia menghidap penyakit yang berkenaan dengan buah pinggang?

Tak mengapa, sekurang-kurangnya kita dah ada maklumat terbaru. Mungkin ini merupakan petunjuk yang akan bantu kita selesaikan kes ini. Kau dah boleh balik. Aku nak jumpa Shahril sekejap.”

Melati mengukir senyum. Lebar.

“Terima kasih, Tuan!”

“Eh, sekejap, sekejap. Laporan Nurin-“

“Oh, Nurin. Hujung minggu depan, Tuan. Saya balik dulu ye. Assalamualaikum, Tuan.”

Ibrahim hanya menggeleng kepala melihat kerenah pembantunya itu. Kalau dapat balik awal, memang laju. Dia menjawab salam di dalam hati sebelum berjalan perlahan ke arah meja kerja Shahril.

“Hoi, budak. Ada kerja ni. Bangun, bangun. Tidur sahaja yang engkau tahu.”

Melompat Shahril dari tempat duduknya. Terkejut. Terpisat-pisat dia di hadapan Ibrahim yang sedang menjegil ke arahnya.

“Aduh, bos. Garang-garang nak pergi mana?Ha, kerja apa lagi. Bos ni memang tak boleh tengok saya tenang kut. Cepat, cepat. Saya ni banyak kerja tau,”dalih Shahril tanpa sebarang rasa takut terhadap Ibrahim.

Ibrahim mengetap rahangnya, menahan geram. Kalau tak mengenangkan kepakaran Shahril dalam bidang teknologi maklumat, memang sudah lama dia keluarkan Shahril dari kumpulannya. Pemalas sungguh.

“Aku nak kau cari senarai nama orang yang menghidap penyakit berkenaan buah pinggang dekat kawasan ni. Penderma, penerima, semuanya. Mula dari tahun 1996.”

“Aih, lama tu, Tuan. Ambil masa sikitlah jawabnya. Kenapa sejak berpuluh tahun yang lepas,
Tuan?Ini kes terbaru.”

“Firasat, Shahril.”

Bohong. Sebenarnya Faris yang memberikan maklumat tersebut semasa menelefonnya kelmarin. Dia hanya menyebut ‘1996’ tanpa menyatakan maksud sebenar disebalik petunjuk tersebut. Ibrahim mencuba nasib sahaja. Manalah tahu ada hasil.

“Oh, sebelum aku terlupa. Asingkan satu salinan untuk kes yang berakhir dengan kematian.”

“Beres, bos. Esok-eh,tak mungkin. Lusa nanti saya hantar betul-betul dekat atas meja bos.”

“Bagus. Aku balik dulu. Jangan balik lewat sangat pula. Kalau apa-apa jadi, aku yang kena menjawab pihak atasan nanti,”pesan Ibrahim sebelum meninggalkan pejabat.

Shahril meregang-regangkan badannya. Jemarinya mula menari di atas papan kekunci.

Ibrahim termenung di dalam kereta. Sebatang rokok Suria dinyalakan. Sudah menjadi kebiasaannya untuk berfikir sambil merokok. Baginya, itulah terapi.

Sebenarnya, dia tak sedap hati. Kenapa sang pembunuh senyap selama dua bulan ini?Bagaimana dia nak kesan langkah seterusnya kalau pembunuh tersebut membunuh secara rawak tanpa jadual ataupun perancangan?

Tiga pembunuhan pertama sangat aktif, berturut-turut sehinggakan dia tak dapat rehat langsung. Tiba-tiba,sunyi.

Adakah pembunuh sengaja memberi masa selama dua bulan supaya keputusan ujian autopsi dapat dikeluarkan?

Adakah pembunuh sengaja memberikan mereka masa supaya dapat mencari petunjuk dan menangkapnya?

Tak logik, tak logik.

Migrain menyerang lagi. Sejak kebelakangan ini, semakin kerap pula sakit kepalanya datang.
Mengikut rekod kesihatannya, tiada pula apa-apa yang merisaukan.

'Ah, nanti-nantilah aku fikirkan pasal kesihatan aku. Ada yang lebih penting berbanding migrain ini'.

“Faris, aku perlukan kau sekarang. Tolong aku,”rintihnya sambil memandang kosong ke hadapan.

PERSONAWhere stories live. Discover now