9

14 1 0
                                    

Dengarkan aku. Ini kisahku, mula awal cerita kekejamanku.


Rabu,5 Jun 1996.

Ibrahim menyeret beg roda bercetak Bakugan pemberian ibunya dengan riang. Tak sabar dia nak tunjukkan lukisan sawah padinya kepada ibu. Cikgu pun puji, cantik katanya.

Muncul sahaja wajahnya dimuka pintu, dia disajikan dengan senario ibunya yang sedang bergelut dengan lelaki bertopeng, berbaju serba hitam.

Oh, perompak.
Rumahnya sedang dirompak.

Ibrahim tidak menunjukkan sebarang emosi. Terlalu naif untuk memahami apa yang sedang berlaku.

Belum sempat dia menghampiri ibunya, lelaki bertopeng itu menikam bahagian bawah perut ibunya sebanyak tiga kali, sebelum melarikan diri melalui jendela di belakang rumah.

Ibunya tumbang.

Tiada siapa yang membantu. Jeritan kecilnya gagal menarik perhatian sesiapa.

Dia menyeret ibunya di sepanjang jalan kampung yang belum diteroka, tiada satu pun kereta yang berhenti memberikan pertolongan.

Oh, lupa. Mereka tinggal di pedalaman. Manalah ada kereta.

Ibunya mati sebelum sempat melakukan pemindahan organ. Kalaulah dia pantas sedikit. Kalaulah jirannya prihatin sedikit. Mesti ibunya dapat diselamatkan.

Tanpa sedar, traumanya yang tidak mendapat bantuan menyebabkan suatu watak dalam dirinya tercipta.

Maka Faris pun muncul.

Suatu persona yang baik, prihatin, peka dan suka melapor.Setiap kejadian di kampungnya akan dia laporkan ke pihak atasan.

Tetapi, dia berasa tidak cukup.

Dia hendak melaporkan pembunuhan, namun pembunuhan jarang berlaku.

Maka suatu watak dalam dirinya tercipta lagi.

Kamal namanya.

Semua dendam dan amarah Ibrahim yang tersimpan selama ini disalurkan melalui Kamal.

Pembunuhannya pada awal dilakukan secara rawak. Hari demi hari, dia semakin pintar

Setiap kali Kamal melakukan pembunuhan, Faris akan rasa bersalah.

Maka dia akan melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis. Dalam diam, Faris bersyukur ada pembunuhan yang berlaku kerana jika tidak, kewujudannya akan menjadi tidak relevan.

Pada usia 25 tahun, Ibrahim disahkan menghidap D.I.D(Dissociative Identity Disorder), namun sepanjang keberadaannya di pusat jagaan pesakit mental, dia mengawal kehadiran Faris dan Kamal dengan baik sekali.

Sehinggakan pakar memutuskan bahawa Ibrahim telah sembuh sepenuhnya.

Lima pembunuhan bersiri yang menggemparkan Kota Selangi adalah kebanggaannya. Sengaja dia menculik anak-anak ibu tunggal yang dibunuhnya kerana setiap kali dia melihat ke dalam anak mata mereka, jiwanya terusik.

Seolah-olah dia melihat cerminan kepada dirinya.

Kini dia sudah ditangkap, namun sedikit pun dia tidak menyesal.

Sekurang-kurangnya,’Kamal’ tidak menyesal.

‘Yang diraikan, Fatimah Ehsan, Aliah Sani, Nurin Asyfa, Jamilah Tahar, dan mahakaryaku; Nur Melati.’-Kamal.

‘Inikah pengakhiranku?Jika ya, maka aku berterima kasih.
Sesungguhnya, aku puas.’

PERSONAWhere stories live. Discover now