Perundangan dunia tidak akan pernah mampu menghukum aku.
Bagi dunia,mentalku cacat,akalku terencat.
Aku bukanlah ancaman yang digeruni,sehinggalah aku mula menyakiti.
Sabtu,6 Jun 2021.
Melati cuba membuka mata. Berpinar-pinar pandangannya.
“Hmmm, dah bangun?”
Melati tersentak, suara yang sangat dikenalinya.
Kamal berpusing menghadap Melati.
“Kenal aku?”Kamal tersenyum sinis disebalik pandangan matanya yang tajam.
Melati keliru. Bagaimana Ibrahim boleh berlakon sebaik ini?
“Tak guna kau, Ibrahim!Betullah firasat aku bahawa kau adalah pembunuh!Kaulah dalang disebalik semua-“
“Shhhh,”Kamal memain-mainkan mata pisau dibibir Melati yang sedang menggigil.
“Siapa Ibrahim?Inspektor lembab tu?Oh, jangan risau. Aku dah hantar dia jauh-jauh. Biar senang sikit kerja aku.”
Melati bingung. Gilakah lelaki bernama Ibrahim ini?
“Oh, sebelum aku lupa. Aku ada hadiah untuk kau.”
Kamal berundur dan mengambil seorang budak lelaki dari dalam bilik. Budak lelaki itu hanya diam, sambil tangannya erat menggenggam teddy bear kesayangannya.
“Ilham!”perit tekaknya diabaikan sebaik sahaja melihat anaknya.
“Oh, Ilham namanya. Comel.”
Kamal ketawa terbahak-bahak melihat ketakutan dan kerisauan pada wajah Melati. Ilham dirantai pada meja sebelum kakinya melangkah ke arah Melati.
“Kau lepaskan semua budak tu, tak guna!Tolonglah,jangan apa-apakan Ilham. Bunuh aku.
Aku!”
Melati sudah hilang pertimbangan. Yang dia tahu, anaknya selamat. Itu sahaja.
“Tolong, Ibrahim. Bunuhlah aku. Lepaskan budak-budak tu semua. Mereka tak berdosa!” Kamal merengus.
“Baik, aku tunaikan satu sahaja permintaan kau. Nak sangat kena bunuh, kan?”
Kamal menghampiri beg roda dengan cetakan Bakugannya sebelum menyelongkar segala isi beg tersebut. Sepasang playar yang sudah berkarat dikeluarkan.
Melati menggeleng dalam tangisan.
“Jangan. Ibrahim. Jangan!” Kamal tertawa kecil.
“Aik, tadi minta kena bunuh. Peliklah kau ni.”
Melati menangis semahu-mahunya. Hingusnya yang sudah meleleh tidak dihiraukan.
Kepalanya tidak henti-henti tergeleng daripada tadi.
“OKlah, disebabkan kau adalah mangsa terakhir aku, kau istimewa sedikit berbanding yang lain. Sebagai penghormatan terakhir, aku akan beritahu sebab-sebab kematian kau.”
Kaki kanan Melati ditarik. Dielusnya kaki cantik itu perlahan-lahan.
“Pertama, kau merupakan seorang ibu tunggal. Anak kau juga sepatutnya rasa apa yang aku dah lalui.”
Seiring dengan itu, ibu jari kaki kanannya hancur disepit playar.
“Arghhhhhhhhh!”bergema jeritan Melati menahan azab seksaan yang dirasakannya saat ini.
“Kedua, aku bukan Ibrahimlah, bodoh!”
Dua lagi jari kaki kanannya hancur. Darah memenuhi lantai, mengalir sehingga terkena lutut Kamal.
Melati sudah tidak berdaya. Hendak menjerit, suaranya sudah tiada. Hendak menangis, air matanya sudah kering. Dia hanya menunggu mati.
Kamal menyimpan semua playar tersebut di dalam beg rodanya. Sebilah kerambit dikeluarkan. Dijilatnya kerambit itu sebelum dibawa ke wajah pucat Melati. Dimain-mainkannya disekitar bibir wanita yang menggigil itu.
“Hentikan…..se..semua ini,”terputus-putus suara Melati menahan sakit.
“Boleh, sebut Kamal dulu. Dari tadi kau asyik panggil aku Ibrahim. Tak faham aku.”
“Ka..kam…kamal,”
Kamal berasa tidak puas hati.
“Susah sangatkah nak sebut?Mungkin sebab mulut kau terlalu kecil. Tak apa, aku boleh lebarkan.”
Mata kerambit itu dijalankan disepanjang bukaan sisi mulut Melati sehinggalah hampir ke telinganya. Darah memenuhi wajah, mengalir ke leher dan mengotori seluruh badan.
Melati berusaha mengucapkan dua kalimah syahadah. Dia sedar bahawa ajalnya semakin hampir. Wajahnya sudah tidak ada rupa manusia. Rahangnya hampir terpisah daripada bahagian atas kepalanya. Bila-bila masa sahaja dia akan mati.
Kamal tidak berhenti disitu. Kalau tadi pipi kiri yang dihirisnya, kini dia beralih ke kanan pula. Perkara yang sama dilakukan. Rahang Melati yang masih tergantung tadi kini ternganga sepenuhnya.
“Ha, cantik betul hasil kerja aku.”
Kamal meneruskan aktivitinya dengan pelbagai peralatan yang berbeza. Manakala Ilham hanya menyaksikan penderaan yang dihadapi ibunya, tanpa sebarang emosi.
YOU ARE READING
PERSONA
Mystère / ThrillerIbrahim, seorang inspektor dengan peratus kegagalan menyelesaikan kes jenayah sifar. Faris? Jejaka penakut, lemah dan terlalu jujur. Dia mendapat ketenangan dan kepuasan maksima dengan berbuat baik dan melaporkan segala jenayah yang disaksikan mata...