5

14 1 0
                                    

Mungkin sudah tiba masanya semua manusia mati.Dunia ni tak perlukan penghuni yang
busuk hati,banyak dengki dan sering iri.


Jumaat,5 Jun 2021.

Ibrahim dan Melati berpandangan. Bangunan tinggal di hadapan mereka benar-benar memberikan aura yang menakutkan.

Mereka dikelilingi hutan tebal. Sekiranya sesuatu berlaku ke atas mereka berdua, sukar untuk mendapatkan bantuan dari luar.

Melati menggenggam erat pistolnya. Bersedia untuk segala kemungkinan.

“Bangunan ni ada empat tingkat, satu basement. Kau periksa ground floor dan basement, tiga tingkat lagi aku periksa. Kalau ada apa-apa, telefon.”

Melati mengangguk.

“Oh, lagi satu, hati-hati.”

“Baik, Tuan.”

Melati memasuki satu-persatu bilik di tingkat itu. Kelihatan seperti tiada penghuni.

Semuanya kosong.

Melati tidak akan tertipu. Dia gigih mencari apa-apa bahan bukti yang boleh dijadikan petunjuk. Setelah berpuas hati, dia menuruni tangga dihujung koridor terus ke tingkat bawah tanah.

Dihujung tangga, terdapat sebuah pintu kayu. Melati berlari kecil ke arah pintu tersebut. Menggunakan kudrat wanitanya yang tidak seberapa, dia cuba menolak daun pintu yang agak
berat itu.

Berjaya juga dia akhirnya. Bau hapak yang menusuk serta-merta membuatkan Melati menutup hidung.

Melati melihat sekeliling. Ruangan itu kelihatan biasa sahaja. Hanya terdapat beberapa puntung rokok dan kotak rokok Suria yang sudah kosong, televisyen yang sudah pecah, beberapa tin minuman Wonda Coffee:Mocha yang bertaburan di atas lantai serta sofa double seater yang kepam.

Tidak ada apa-apa yang mencurigakan.

Dikiri dan kanannya terdapat dua pintu yang menghubungkannya ke bilik lain. Melati membuat keputusan untuk memeriksa bilik disebelah kanan dahulu.

Pintu yang tidak berkunci itu ditolak perlahan. Sekali lagi, bau hapak menyapa hidungnya.

Berdasarkan penilaiannya, bilik itu merupakan sebuah bilik tidur. Terdapat sebuah katil bujang dengan tilam yang hancur, selimut yang nipis, meja kecil dan juga meja cermin yang menghadap ke pintu. Melati mendekati meja cermin tersebut. Lacinya dibuka, dan Melati mulai menyelongkar setiap bahagian.

Tiba-tiba, tangannya tersentuh sebuah botol kaca. Melati mengangkat botol itu dan cuba membaca perkataan yang tertera di bahagian hadapan.

Tom Ford Tobacco Oud.

Melati menegrutkan dahi.

‘Berduit juga pembunuh ni,’fikirnya.

Penutup botol minyak wangi itu dibuka. Disemburnya di pergelangan tangan. Hidungnya didekatkan dan bau kayu yang semerbak mengisi rongga pernafasannya.

Melati terdiam. Bau ini sangat dikenalinya.

Bau Inspektor Ibrahim.

Bau jaket kulit yang diberikan Ibrahim masih melekat dalam kepalanya. Sama baunya dengan minyak wangi yang digenggamnya sekarang.

_________________________________

IMBAS KEMBALI

“Aku tokok-tambah sebenarnya, bahagian jaket kulit tu sahaja yang tak tipu. Aku balik dulu, big boss dah bagi izin,”Melati mengambil beg tangannya dan bersedia untuk berjalan keluar meninggalkan pejabat.

“Eh, sekejap!Aku sebenarnya ada benda nak bagitahu kau ni.”

“Ha, apa lagi?”

“Duduk dulu.”

Shahril mengambil sebuah dokumen yang terletak di bawah majalah Solusi dan menghulurkannya kepada Melati.

“Baca.”
Melati membaca dokumen itu tanpa banyak soal. Berkerut dahinya.

“Maklumat siapa ni?”

“Semasa aku sedang membuat pencarian berkenaan kes buah pinggang yang melibatkan kematian semalam, aku terjumpa maklumat makcik ni. Aminah binti Roslan. Punca kematian adalah kerosakan dalaman, buah pinggang hancur akibat tikaman berulang kali di bahagian perut. Pembedahan sepatutnya dijalankan, tetapi tiada penderma waktu tu.

Maka, Cik Aminah meninggal sebelum sempat mendapat penderma buah pinggang.”

“OK, teruskan.”

“Nak tau apa yang paling mengejutkan?”

Melati mengangkat kening.

“Makcik ni meninggalkan seorang anak lelaki. Dia merupakan ibu tunggal.”

Melati tercengang. Corak kes ini ada persamaannya dengan kes yang dia pegang sekarang.

“Seriuslah?Aku kena bagitahu Tuan Ibrahim sekarang juga.”

Melati bergegas bangun, namun, belum sempat dia melangkah, tangannya ditarik oleh Shahril.

“Eh, kau ni kenapa?”marah Melati.

“Aku belum selesai.”

Melati duduk kembali.

“Nama anak lelaki makcik ni adalah Ibrahim. Aku dah buat carian, nama ibu Inspektor Ibrahim adalah Aminah binti Roslan.”

Melati ternganga. Cuba untuk menghadam segala apa yang diperkatakan Shahril.

“Jadi maksud kau-”

Shahril mengangguk.

“Tapi bukanlah aku nak kata Tuan Ibrahim yang lakukan semua ni, Mungkin dia ada kaitan.
Jadi aku nak kau berhati-hati, dan teruskan siasatan. Kalau ada apa-apa, aku bagitahu kau.”

Melati mengangguk faham.

PERSONAWhere stories live. Discover now