Dr. Sabri membetulkan kaca matanya yang semakin menyenget.
"Jadi sekarang, saya sedang bercakap dengan siapa?"
Jejaka di hadapannya mengerutkan dahi.
"What do you mean? Saya Faris, and I'll always be him."
Faris mendekatkan dirinya pada doktor itu.
"Dengar sini, Tuan. There's a mentally ill killer roaming free out there, kita kena bertindak pantas. Saya kena beritahu Tuan Ibrahim pasal semua ni."
Dr. Sabri menggeleng kepala. 'Rumit betul', fikirnya.
"Siapa Ibrahim?"
Faris membuat muka pelik.
"Aik, doktor tak kenal dia? Dia inspektor paling terkenal dekat Malaysia sekarang ni."
"Oh, inspektor tu. Awak tau tak baru-baru ni nama dia naik lagi?"
Faris tersenyum bangga.
"Bila je nama dia tak naik, doktor?"
Dr. Sabri menyandarkan badannya ke kerusi.
"Awak nak tau tak kenapa dia tiba2 trending?"
"I don't know. Could be that he solved a complicated case again, didn't he?"
Dr. Sabri tersenyum.
"Taklah, dia ditangkap kerana dah lakukan pembunuhan bersiri yang boleh tahan kejam,"jawabnya, selamba.
"Boleh tahan kejam? That's all you can say about what I did?"
Jejaka yang tadinya tersenyum bangga kini mencerlung dengan mata yang merah.
Dr. Sabri menarik nafas dalam.
"Faris?"
"Who the fuck is Faris, I am Kamal, you old son of a-"
Dr. Sabri tersenyum. Umpannya mengena.
"Relax, Kamal. Jadi saya sedang bercakap dengan Kamal?"
"Ya. Aku Kamal."
YOU ARE READING
PERSONA
Mystery / ThrillerIbrahim, seorang inspektor dengan peratus kegagalan menyelesaikan kes jenayah sifar. Faris? Jejaka penakut, lemah dan terlalu jujur. Dia mendapat ketenangan dan kepuasan maksima dengan berbuat baik dan melaporkan segala jenayah yang disaksikan mata...