6

14 1 0
                                    

Aku datang tanpa dipinta,hadirku tuan badan sendiri tertanya.

Akulah si watak kedua.


Jumaat,5 Jun 2021.

Melati sudah yakin. Memang Ibrahimlah pelakunya.

Kes ini tak kemana kerana Ibrahim sibuk mengejar pembunuh yang merupakan dirinya sendiri!

Melati segera keluar dari bilik itu dan menuju ke bilik di sebelah kiri pintu masuk. Namun pintu itu berkunci. Melati beranggapan bahawa Ibrahim memiliki kunci kepada pintu tersebut. Melati menghentak-hentak pintu itu,dengan harapan ia terbuka.

“Siapa kat luar tu?Tolong kami!”

Melati menggelabah. Suara seorang kanak-kanak dari dalam mengejutkannya.

Melati melekapkan telinganya pada pintu.

“He….helo?”

Melati terdengar tangisan dari dalam bilik itu. Suatu suara sengau berkata,

“Irfan,bangun. Ada orang datang bantu kita.”

Suara yang lain menjawab, namun lebih halus nadanya,

“Abang Ka…Kamal ke?”

“Shhh, jangan takut. Bukan Abang Kamal. Suara perempuan.”

Melati mendengar dengan lebih teliti. Terdengar bunyi seretan rantai besi diselangi tangisan halus seorang anak kecil.

“Helo?” suara sengau disebalik pintu menyapa pendengaran Melati.

Dia melekapkan kepalanya ke pintu semula.

“Iya,iya!Akak masih ada dekat sini. Awak OK ke?Nama awak apa?Ada berapa ramai orang dalam tu?”soal Melati dengan nafas yang terputus-putus.

Dalam masa yang sama, otaknya ligat memikirkan cara untuk membuka pintu itu.

“Nama saya Aiman. Ada empat orang dalam ni. Saya, Irfan dan dua orang lagi budak lelaki lain tapi saya tak sempat tanya nama mereka.”
“Tak sempat?”

“Mereka…..dah mati sebelum saya dibawa ke sini.” Melati terkesima.

“Astaghfirullahala’zim!Jadi….jadi Aiman dan Irfan boleh bergerak tak?Tahu tak kunci dekat mana?”Melati bangun dari duduknya dan memulakan pencarian di kawasan sekeliling.

Aiman terbatuk kecil.

“Kami dirantai, kak. Boleh bergerak tapi tak jauh. Pasal kunci tu, ada dengan Abang Kamal.”

“Kamal?”

“Iya, Abang Kamal.”

Melati sangat bersyukur. Kanak-kanak itu tidak menggelabah sebaliknya tenang sahaja menjawab setiap soalan.

“Kebiasaannya, Abang Kamal datang bila?Pukul berapa?” Aiman diam seketika.

“Rasanya……..sekarang.”

Bukk.

Kepala Melati dipukul dari belakang. Pandangan Melati mula kelam sebelum gelap sepenuhnya.

“Akak?Akak!”

PERSONAWhere stories live. Discover now