Mereka yang mempunyai banyak identiti sering menipu,salah satu
penipuannya adalah kekal mesra dan tampak normal dimata dunia.
Khamis,4 Jun 2021.Kamal tersenyum sambil matanya tunak memandang kaca televisyen.
“Ibrahim, Ibrahim. Kau nak tangkap aku?Comel.”
Siaran di televisyen memaparkan Inspektor Ibrahim yang sedang memberi jaminan keselamatan kepada rakyat.
Bersungguh beliau cuba meyakinkan bahawa pembunuh Fatimah Ehsan, Aliah Sani dan Nurin Asyfa akan ditangkap dalam waktu terdekat.
Pelbagai bukti sudah dikumpulkan. Beliau menjamin dan berjanji bahawa pembunuh ini akan ditangkap dalam masa dua minggu.
Tergelak besar Kamal.
“Terlalu bercita-cita tinggi, tapi lambat buat kerja. Polis bodoh, dari dulu langsung tak ada perubahan. Lembap, lembap!”dibalingnya alat kawalan jauh tepat pada kaca televisyen.
Berderai.
“Kau nak tangkap aku?Sabar dulu. Tiga orang tak cukup, Tuan Inspektor. Terlalu sedikit nak dibandingkan dengan apa yang aku lalui.”
Kamal mengukir senyum sinis. Beg sekolah beroda dengan cetakan animasi Bakugan diheret mendekati pintu keluar.
Jaket hitam dicapai lalu disarung seadanya.
“Dua bulan aku bagi rehat, Tuan Inspektor. Dah tiba masanya aku buat kemunculan semula.”
Dan pada malam itu, langit hitam sekali lagi menyaksikan penderitaan seorang ibu tunggal yang disiksa sehingga ke nafas terakhir.
______________________________________
Ibrahim terkedu. Maklumat yang diberitahu Faris melalui panggilan sebentar tadi membawanya ke sebuah lorong sempit.
Terdiam dia melihat mayat seorang wanita yang terbujur kaku di hadapannya.
Mulut wanita itu ternganga, matanya terbeliak memandang keatas. Bajunya koyak besar dari perut sehingga ke paha, membolehkan Ibrahim menyaksikan sendiri isi perutnya yang terburai.
Pembunuhan keempat.
“Arghhhhhhhhhhhh!”
Bergema jeritan Ibrahim dilorong sunyi itu. Tong sampah dan kotak-kotak yang pada awalnya tersusun elok, berterabur dikerjakan Ibrahim.
Dia berasa geram. Pembunuh itu suka-suka melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya. Ibrahim berasa tercabar. Pembunuh ini seolah-olah mengejeknya. Dia dapat merasakan bahawa pembunuh itu sedang mentertawakannya dari jauh.
Membayangkan senyuman pembunuh itu sahaja menyebabkan api kemarahannya menyala.
'Kau tunggu'.
Ibrahim menelefon Melati dan memaklumkannya perihal pembunuhan terbaru.
_______________________________________
Kawasan itu sesak dikerumuni pihak polis. Ada yang menangkap gambar, mengumpul bahan bukti dan sebagainya.
Ibrahim hanya memerhatikan dari jauh sambil berpeluk tubuh. Melati setia berdiri disebelahnya.
“Panggilan lagi ke, Tuan?”
“Ha’ah.”
Melati berdehem sebelum bertanya, ”macam ni, Tuan. Apa kata Tuan minta tolong Shahril, suruh dia cari identiti pemanggil misteri tu. Kalau kita-“
Ibrahim memusingkan kepalanya dan memandang tepat ke arah Melati. Matanya yang garang cukup untuk menjawab soalan yang baginya tidak bernas langsung.
“Oh, baik, baik. Maaf, Tuan.”
Ibrahim menjeling Melati sebelum menebarkan pandangannya kembali ke arah kawasan pembunuhan.
Melati mencebik. Sebenarnya, Melati curiga. Tak pernah sekali pun dia melihat Ibrahim menerima panggilan daripada Lelaki Misteri. Tiba-tiba sahaja Ibrahim akan muncul dihadapannya dan berkata, ”Melati, aku terima panggilan Lelaki Misteri lagi, ”dan Melati pun akan mengikutinya tanpa banyak soal.
Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Cuba membuang fikiran yang bukan-bukan.
“Kau ni dah kenapa pula tergeleng-geleng?”
“Ha?”Melati tersedar.
Ibrahim berpusing membelakangkan Melati dan mula berjalan meninggalkan gadis itu.
“Eh, Tuan!Shahril kata dia letak dokumen tu atas meja.”
“Oh, dah siap?Bagus, bagus. Aku gerak ke balai dulu.”
“Nak ikut!”jerit Melati sambil berlari kecil ke arah Ibrahim.
Ibrahim menggulingkan biji matanya ke atas.
YOU ARE READING
PERSONA
Mystery / ThrillerIbrahim, seorang inspektor dengan peratus kegagalan menyelesaikan kes jenayah sifar. Faris? Jejaka penakut, lemah dan terlalu jujur. Dia mendapat ketenangan dan kepuasan maksima dengan berbuat baik dan melaporkan segala jenayah yang disaksikan mata...