Intrigue Cinta Zarif - Bab 2

39 0 0
                                    

SEPAGIAN Iffat berkurung di dalam bilik kerjanya, menyemak fail projek yang baru diterima. Baru seminggu dia terasa sedikit lapang, nampaknya bermula hari ini dia akan kembali sibuk dengan tugasan di pejabat pula.

Banyak kerja bermakna banyak duit yang akan masuk. Syarikat juga akan bertambah maju dan mungkin bonus juga akan berlipat ganda. Siapa tahu. Kan?

Sedang dia ralit menyudahkan kerjanya, telefon di hujung meja berbunyi.

"Yes?"

"Iffat, Tuan Syed dah datang."

"Baik Jen, terima kasih."

Badan disandarkan ke belakang dengan hujung jari mengetuk meja. Mata menjeling jam di pergelangan tangan. Telah menghampiri jam 12 tengah hari. Sekarang baru masuk? Nafas dihela perlahan lalu fail yang terbuka ditutup dan disusun kemas di atas meja. Sempat dia mencapai telefon bimbitnya sebelum keluar dari bilik kerjanya itu.

"Bell, aku naik atas sekejap kalau ada yang cari." Pesannya kepada rakan sekerja yang kebetulan baru keluar dari pantri.

"Jumpa Tuan Syed?"

"Yup!"

"Uiii tak menyempat."

Iffat hanya menjeling mendengar usikan Bell. Siap tersengih-sengih, geram pula dia tengok. Terus dia melangkah menuju ke arah lif. Beberapa minit kemudian, dia sudah tercegat di hadapan pintu bilik pengarah urusan Mosaic Construction.

"Ada orang tak dekat dalam Jen?" Iffat berpaling memandang gadis yang tersenyum di meja kerjanya.

"Tak ada Iffat. Semua janji temu hari ini telah dibatalkan."

"Kenapa? Sebab dia masuk lambat?"

Jen senyum dengan hidung yang mencemik. Takut nak mengiakan kerana telah banyak kali perkara seperti ini terjadi.

Nafas dihela perlahan dan serentak itu pintu bilik Syed Afiq diketuk beberapa kali.

"Come in."

Daun pintu ditolak luas sebelum dia tercegat di ambang pintu sambil memeluk badan sendiri. Dia memandang Afiq yang sedang membongkok di meja kerjanya.

"Yes Jen?" soal Afiq tanpa mengangkat wajah.

"Busy huh?"

Daun pintu ditutup dan Iffat mula mengatur langkah menuju ke arah meja kerja Afiq.

"Oh, hai sayang. I ingatkan Jen tadi."

Sempat dia menghadiahkan senyuman kepada Iffat sebelum kembali tunduk fokus kepada kerjanya. Ada dua fail yang perlu dia semak sebelum projek yang sedang syarikat mereka uruskan ini diteruskan. Final check kerana projek tersebut sudah memasuki fasa akhir dan ada beberapa perkara perlu mendapatkan keputusan dari dia sebelum diteruskan sehingga selesai.

"You tahu tak yang Tan Sri Megat nak buat selective tender untuk projek dekat Nusajaya."

Kerusi ditarik dan duduk dilabuhkan berhadapan dengan Afiq. Kedua-dua tangannya bersilang di atas meja kerja lelaki itu dengan anak mata menilik fail yang terbuka.

"Selective tender? Bukan open tender ke?"

"False alarm I guess."

"Siapa informer you ni sayang? Asyik bagi maklumat salah je." Badan disandarkan ke belakang.

"I think he's drunk masa bagi I maklumat tu."

Terlepas tawa daripada bibir Afiq apabila mendengar lawak bersahaja Iffat. "Okeylah selective tender pun tak ada hal. I know you can handle it well. Kan sayang?"

Intrigue Cinta Zarif - Jaja AhmadWhere stories live. Discover now