Intrigue Cinta Zarif - Bab 10

46 1 2
                                    

SABOTAJ... Tangan naik mengusap bawah bibir. Benar tekaannya. Semua telah dirancang untuk merosakkan reputasi serta nama projek dan syarikat mereka. Atas arahan siapa lagi kalau bukan seteru terbaharunya, Zulkarnain. Pantas betul Fendi buat kerja, baru beberapa jam segala maklumat yang dia perlukan terbentang di depan mata.

Sebatang rokok dikeluarkan dari kotak. Baru saja diletakkan ke bibir, matanya tertangkap pergerakan di atas katil. Dibatalkan niat lalu batang rokok itu disumbatkan ke dalam kotak sebelum dia perlahan-lahan mendekati katil.

"Dah okey?" soalnya dengan wajah tanpa riak.

Iffat yang baru membuka mata terus bangun dengan keadaan yang mengejut membuatkan sakit di kepalanya semakin mencucuk.

"Awak buat apa dekat sini?" soalnya dengan suara yang serak. Matanya turut meliar memandang sekeliling.

"Awak pengsan dan saya bawa awak ke sini."

"Ini bukan bilik saya."

"Ya, ini bilik saya. It's a presidential suite with 2 bedrooms, so don't worry. You can use mine, saya tidur bilik sebelah. Boleh kunci bilik ni nanti kalau awak tak yakin dengan saya." Terus penjelasan diberikan supaya Iffat tidak salah faham.

"Untuk apa? Saya boleh duduk bilik sendirilah." Selimut tebal ditolak dan kaki dijatuhkan ke bawah. Baru sahaja Iffat cuba untuk bangun, sekali lagi dia terduduk akibat sakit kepala yang tidak surut.

"This is why I want you to stay here. Esok saya balik KL jadi awak boleh guna bilik ni selama mana yang awak nak."

Bilik ini memang ditempah khas untuk Zarif oleh syarikatnya setiap kali dia datang melawat tapak projek di sini. Iffat pula ditempatkan di executive suite di tingkat bawah sehingga projek syarikat mereka di Nusajaya selesai.

Iffat tunduk dengan mata yang terpejam. Cuba mengusir rasa sakit kepalanya itu.

"Nak pergi klinik tak?" soal Zarif dengan kedua-dua belah tangan dimasukkan ke dalam poket.

Iffat hanya menggeleng. "Saya nak Paracetamol 2 biji. Sakit kepala biasa saja ni."

"Okey. Lagi?"

Sekali lagi Iffat menggeleng.

"Alright then." Zarif mengatur langkah keluar dari bilik membiarkan gadis itu perlahan-lahan merebahkan badan ke katil. Namun belum sempat kepalanya mencecah bantal, telefon di atas meja sisi katil berdering. Jelas tertera nama Afiq di situ.

"Akhirnya, Iffat." Jelas kedengaran suara Afiq yang seperti kelelahan di sebelah sana. "Let me hear your voice sayang. Tolong jangan diam macam ni," sambung Afiq apabila kekasihnya diam tanpa suara.

"You nak apa, Afiq?"

"I nak minta maaf dengan you untuk apa yang terjadi hari ini dan semalam. I betul-betul minta maaf."

"You dah hampakan I, Afiq. Apa yang terjadi semalam kesannya sehingga ke hari ini. You tahu tak Tuan Zarif cari you dan I tak tahu nak jawab apa. Kalau ikutkan hati I nak jawab yang you mabuk dan tak sedarkan diri sampai hari ni." Iffat mendengus geram serentak dengan itu badannya ditolak bangun bersandar pada kepala katil.

Lama panggilan dibiarkan sepi sebelum Afiq kembali bersuara. "Macam mana dengan keadaan dekat sana?"

"Tuan Zarif dah selesaikan semuanya."

"You cakap apa dekat dia tentang I?"

"Tak cakap apa-apa. You nak ke I cakap you mabuk?" sinis Iffat menyoal. Masih terasa sebal dengan apa yang terjadi.

"Come on sayang, tak perlulah marah macam ni. I tahu salah I paksa you minum tapi I tahu you pun seronok kan dapat rasa minuman tu semalam."

Mata dipejamkan rapat dengan tangan kiri naik menekan dahi. Kejadian semalam kembali bermain di kotak fikiran. Parti di rumah Tengku Ilman mula menjadi liar apabila semua tetamu yang hadir mula menyentuh minuman keras yang dibawa keluar oleh Tengku Ilman sendiri.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 05, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Intrigue Cinta Zarif - Jaja AhmadWhere stories live. Discover now