Intrigue Cinta Zarif - Bab 5

23 0 0
                                    

IFFAT bersandar ke belakang sambil menarik nafas lega. Selesai kerja untuk hari ini. Setelah 2 tahun, penggabungan di antara Apex Corporation bersama Mosaic Construction akhirnya semakin menghampiri penghujung. Hanya tinggal beberapa fasa sahaja lagi untuk mereka menyelesaikan projek di Nusajaya ini dan setelah 2 tahun berkampung di sini, dia akan kembali semula ke tempat kerjanya di Kuala Lumpur.

Masih segar dalam ingatan, Afiq adalah orang yang paling gembira menerima tawaran dari pihak Apex dan dia yang sentiasa menyokong apa sahaja keputusan kekasihnya itu turut menyambut baik penggabungan tersebut. Atas persetujuan semua pihak, dia dilantik sebagai pengurus projek yang dipantau oleh Zarif selaku COO Apex Corporation.

Baru sahaja dia ingin mengemas meja yang bersepah dengan fail dan kertas, telefon yang diletakkan di sebelah meja berbunyi. Terpampang nama Afiq pada skrin. Panjang umur betul. Macam tahu-tahu sahaja orang sedang teringatkan dia.

"Hai sayang, dah sampai ke?"

"Ya sayang, baru touchdown. How's your day?"

"Macam biasa, tak ada yang menarik pun. Tak sabar nak balik KL."

"Maaf sayang tak dapat jemput you dekat sana. You tahu kan event dekat sini penting untuk pelaburan syarikat kita."

Iffat tersenyum tawar. "Ya I tahu Afiq. Fokus pada kerja you dekat sana, I dekat sini okey je."

"You balik naik apa esok?"

"Drivelah, takkan nak tinggal kereta I dekat sini pula. Lagipun I balik lama nanti."

"I minta maaf sangat-sangat sayang sebab tak dapat jemput you. Kalaulah..."

"Tak apa Afiq, I okey je dekat sini. Dah biasa berdikari." Dia mula mengemas meja yang berselerak memandangkan jam sudah menghampiri pukul 7 malam.

Kedengaran Afiq menghela nafas perlahan. "I'm so sorry sayang. I janji, balik dari Jakarta nanti I akan beri sepenuh perhatian I pada you. Okey?"

"Yeah Afiq, whatever."

"Sayang, I cakap betul-betul ni."

Pergerakan Iffat terhenti. Sejujurnya dia berjauh hati dengan kekasihnya itu. Walaupun dia cuba untuk faham keadaan Afiq tetapi ada ketika hatinya memberontak mahukan perhatian dari kekasihnya itu. Namun Afiq langsung tidak faham, sebaliknya dia pula yang perlu sentiasa memahami keadaan lelaki itu.

"Ya Afiq baiklah. I tuntut janji dengan you nanti."

"Apa saja untuk you sayang. I've got to go, nanti I call you semula. Jaga diri."

"You jaga diri juga."

Sebaik sahaja panggilan tamat, pintu bilik Iffat ditolak dari luar. Kelihatan Zarif menapak masuk sambil melipat lengan kemeja ke paras siku. Iffat hanya memandang sambil terus mengemas barang di atas mejanya.

Selama 2 tahun dia bertugas di sini, dia sudah biasa dengan Zarif yang tiba-tiba muncul dan masuk ke dalam bilik dia seperti bilik ini dihuni oleh mereka berdua. Malah bila tiba hari Jumaat, dia sudah mengagak yang Zarif akan datang kerana sememangnya setiap petang Jumaat lelaki itu akan muncul di sini. Itulah rutin Zarif yang telah melekat dalam kepala sejak dia bekerja di bawah pemantauan lelaki itu.

"Mana laporan minggu ni?"

Fail yang telah kemas disusun ditolak ke hadapan Zarif. "Is it necessary?"

"Apa?" soal Zarif semula dengan mata memandang isi kandungan laporan yang disediakan oleh gadis itu.

"Turun JB setiap minggu. I can just e-mail you..."

Intrigue Cinta Zarif - Jaja AhmadWhere stories live. Discover now