MYTH NINETEEN

176 31 20
                                    

Saya tahu kalian tersenyum sumbing melihat saya update

✨✨✨

“HEY.”

Aku angkat wajah dari diari ibu. Kening aku ternaik tatkala Luna menyapa dari muka pintu. Daripada baring, aku duduk. Buku ditolak tepi.

“Kenapa?” soalku sepatah.

Luna memeluk tubuh. Mata melihat bilikku seketika sebelum kembali memandang aku.

“Kau dengan Arus, dah berbaik?”

Mataku terkebil-kebil. Dia tahu? Ah, pastilah dia tahu kalau aku dah bertukar tempat duduk di kelas! Aduh, alasan apa aku nak bagi?

“Salah ke?”

“Kau tahu jawapannya sendiri. Kau lupa pesan nenda?”

Aku mengeluh. Satu benda yang sejak azali aku tak faham tentang Luna ialah, kenapa dia suka sibuk jaga tepi kain aku? Lagi kerap lepas nenda pergi. Lagaknya seperti dia orang tua aku padahal beza umur kami hanyalah 4 tahun.

“Tak perlu ulang. Saya tahu.” Aku pandang ke luar tingkap. Jelik hendak menjamah wajah Luna waktu sekarang. Menyakitkan hati!

“Jadi, kenapa kau ingkar?”

“Luna... Boleh tak awak jangan banyak tanya? Kenapa sekarang baru awak nak soal macam-macam seolah-olah saya ni adik awak sedangkan sebelum nenda pergi, awak layan saya macam orang luar,” tempelakku sedikit kasar. Dengusan aku lepaskan.

“Kau memang orang luar, tak ada kaitan dengan aku.”

Aku ketap gigi. Memang menguji kesabaran betul Luna ni!

“So, awak tak perlu persoalkan tindakan saya. Kita buat macam sebelum-sebelum ni. Saya dengan hal saya, awak dengan hal awak. Tak perlu nak bertegur sapa. Senangkan macam tu?” Aku cuba bertolak-ansur. Harapnya gadis itu setuju. Letih telinga hendak mendengar dia berleter. Boleh tahan pedas walaupun aku tak makan cilinya.

“Boleh.”

Senyumanku melebar mendengar jawapannya.

“Tapi dengan syarat.” Senyuman tadi mati. Bebola mataku mencari anak mata Luna.

“Apa syarat awak?”

“Jauhi Icarus dan aku tak akan ganggu kau.”

“Apa kaitannya dengan Putera?” Aku semakin bingung. Serasa aku, perhitungan ini antara Luna dan aku. Kenapa perlu ditarik Icarus dalam hal ini?

“Itu syarat aku. Setuju dulu.”

No. Putera kawan saya. Biarlah saya berkawan dengan dia.”

Luna sunggih sinis. Tubuh disandarkan pada dinding sebelah pintu. “Kau yakin hubungan kau dengan dia setakat kawan?”

Lidahku kelu. Pandai dia menjerat aku dengan soalan mudah. Untuk menjawab, aku tidak yakin. Betul ke hubungan kami sekadar sahabat? Tidak lebihkah?

“Kau dengar sini. Lebih baik kau jauhi Icarus atau hidup kau akan merana.” Noktahnya seraya berlalu keluar tanpa menanti jawapan aku.

Aku bungkam di atas katil. Soalannya kembali bermain dalam benak fikiran aku. Aku dan Icarus. Kawan atau lebih? Tapi, aku tak boleh buat kesimpulan sendiri. Perasaan Icarus terhadap aku pula bagaimana?

Ah, kusut!








AKU lepaskan dengusan geram. Besar kecik besar kecik aku pandang Icarus saat ini. Pena bulu di tangan aku pegang geram. Kalau ditambah daya lagi, pasti patah dua pena bulu di tangan. Tangan kiri pula sedang meronyokkan kertas. Dek kegeraman, barang di tangan menjadi mangsa.

“Kenapa pula macam tu?” hamburku selepas dipaksa diam.

Pena bulu aku hempas ke lantai. Wajahku monyok mendengar kata akhirnya. Tak adil! Sudahlah pandang aku macam orang tak bersalah. Ee!

“Kenapa pula tak boleh? Aku bagi kerja senang pada kau tau.”

“Masalahnya, ini kerja berpasangan. Bukan solo!” bidasku lagi. Idea yang aku bagi, semua dia tolak.

“Aku bagi kau kerja senang pun tak mahu. Peliklah aku.” Lelaki bersayap itu mencekak pinggang.

Love You Kill Me | TERBITWhere stories live. Discover now