Ah, segarnya!
Warnaku sudah kembali! Itu paling penting! Penantian yang aku nantikan!
Dengan girangnya aku turun dari katil dan bersiap untuk kelas hari ini.
Mandi? Aku tidak mandi menggunakan air. Hanya menggunakan debu untuk mandi. Namun, debu itu istimewa. Bukan debu kotor di atas jalan sebaliknya, debu yang diproses lengkap bersama wangian.
Aku tak tahu di mana nenda dapatkan debu ini tetapi kerana aku seorang yang alah kepada air, debu menjadi ganti.
Seperti biasa, aku sarungkan baju labuh berhoodie ke tubuh. Rambut yang panjang aku sikat supaya rata. Usai berpuas hati dengan penampilan hari ini, laju aku keluar dari bilik.
"Nenda, selamat pagi!" Senyuman selebar sayap aku tayangkan.
Hari baru bermakna permulaan yang baru. Tutup cerita semalam dan lakarkan kisah baru.
"Pagi, sayang."
Namun, senyumanku mati saat seseorang keluar dari dapur belakang.
Sepasang mata dark space itu memandangku lama. Di tangannya terdapat pinggan berisi roti.
Aku gigit bibir. Bukankah dia selalu pergi awal ke kelas? Jam di ruang tamu aku kerli sekilas. Mataku membulat.
Bukan salah dia, tetapi aku!
Aku keluar bilik terlalu awal. Aduh! Sepatutnya lagi sepuluh minit aku keluar supaya tidak berhadapan dengan dia tetapi kerana aku bersemangat untuk menempuh hari baru, terus lesap ingatanku mengenai gadis bermata biru itu.
"Kenapa berdiri lagi? Marilah sarapan bersama. Bukan senang nenda nak tengok kamu makan bersama-sama."
Senyumanku yang memudar langsung pucat. Memang benar kata nenda. Kami tidak sama sekali makan bersama. Andai seorang makan, seorang lagi akan tunggu. Kami seboleh-bolehnya tidak mahu bertembung.
Tetapi, hari ini aku silap langkah.
Dengan langkah yang berat, aku gagahkan jua ke meja makan. Duduk berhadapan dengan gadis bermata biru menyiksa jiwaku.
Punggung aku henyak kasar.
"Kamu nampak lebih terang hari ini. Kenapa agaknya?" Aku pandang nenda. Sangkanya dia berkata kepada si mata biru tetapi rupanya, aku.
Ya, cahayaku hari ini terang dan bersinar. Atas alasan apa diriku begitu bercahaya?
"Tiada apa-apa, nenda." Balasku lembut. Jujur sajalah yang kumampu.
"Betul ni?"
Aku mengerlipkan mataku dua kali.
"Eager with someone new."
Lidahku kelu. Mata merahku dihalakan bertentangan. Mata birunya aku renung lama. Kenapa tiba-tiba dia sibuk hendak bersuara? Bukan selama ini dia lebih suka berdiam? Lebih-lebih lagi kalau perbualan nenda lebih terarah kepadaku.
"Oh yeah? And why is that, young lady?"
Eager? Siapa? Aku? Kenapa pula?
"Mana ada, nenda." Nafiku.
Siapa yang mahu kutemu? Semua orang tidak suka akan aku di sekolah, buat apa aku hendak menjadi teruja di pagi hari? Teruja untuk dibuli, begitukah maksud dia?
"Who is it?"
Kali ini liur kutelan kasar.
"Arus, isn't?"
Mataku membulat. Aku baru teringat sesuatu.
Icarus! Si lelaki bersayap itu!
"Apa? Arus? Is he, Icarus?"
YOU ARE READING
Love You Kill Me | TERBIT
FantasyTajuk baru: Apricus Penulis: Adhara Syakil Terbitan: Fajar Pakeer ☀️☀️☀️ RM28.00 (SEMENANJUNG) RM31.00 (SABAH & SARAWAK) Kalau tanya pada aku, apa perkara terindah dalam hidup aku... Jawapan aku pastilah dia. Dia, jejaka idaman semua orang. Pemuda...