MYTH FOURTEEN

658 96 76
                                    

This bab juga untuk kamu. saya publish semula. Enjoy ❤

***


SENYUMANKU melebar menatap langit malam dari pantai di kawasan tepi pekan. Anginnya mendamaikan tetapi aku tidak tahan. Nasiblah Icarus bawa baju lebih dan dihidupkan unggun api. Aku tak tahu pula dia reti hidupkan api. Yelah, anak raja kebiasannya dilakukan perkara-perkara senang dan tak perlu bersusah payah melakukan kerja lain.

"Dulu aku ada join kem kepimpinan peringkat bangsawan. Papa aku paksa aku masuk walaupun aku tak nak. Setiap tahun aku terpaksa ikut kem tu. Dari situlah aku belajar hidupkan api."

Itu kata dia.

Walaubagaimanapun, kali ketiga cubaannya barulah api mula hidup. Segera aku rapatkan tubuh dengan api untuk menghangatkan tubuh. Baju lebih yang Icarus bawa, aku sarung ke tubuh. Tangan memeluk tubuh. Nyaman rasanya.

Sudah hampir 15 minit kami diam menikmati langit malam. Aku akui, malam lebih menyenangkan berbanding pagi. Udaranya sempoi-sempoi, memang sedap menikmati hari malam. Sekarang aku mengerti maksud mereka. Mengapa mereka bencikan siang, kerana siang membahang. Terpaksa mereka memakai pakaian nipis sehinggakan kadang-kadang mereka tidak bisa memakan pakaian yang mereka gemari kerana terlalu panas.

Aku mengeluh.

"Kenapa kau mengeluh?"

Aku menoleh menghadap Icarus. Dia turut memandang ke arahku. Aku menggeleng kecil. Mana mungkin semua makhluk faham perasaannya kerana hanya dia saja yang anti dengan waktu malam.

"Kau tak suka lepak sini?"

"Bukan macam tu."

"Kalau bukan, kenapa?"

Aku mengeluh lagi. Belakang kepala aku garu walaupun tidak gatal.

"Kau tak suka malam? Jomlah balik." Icarus sudah bangkit. Belakang tubuh yang menindih pasir dibuang daripada melekat pada baju. Baju ditepuk berkali-kali.

Aku hanya membisu. Langkahnya aku turut. Baju sejuk yang dia bagi pada aku, aku ketatkan pada tubuh. Mata menjengah ke arah bulan penuh. Warnanya nampak lain hari ini. Gemerlapan bersama merah. Kenapa begitu?

"Putera, sekarang dah jam berapa?" Soalku.

"Aku tak pasti tapi aku boleh tanya pada orang sekeliling. Kau tunggu sini sekejap." Dia terus berlalu tanpa menunggu. Aku juga tidak sempat menahan. Bibirku herot ke kanan. Tak mengapakah anak raja itu menegur rakyatnya? Tak terkejut orang di sini?

Ah, biarlah!

Aku kembali usap lengan sendiri. Aku tidak boleh menahan keinginan mataku untuk tertunak ke arah bulan. Serta-merta aku teringat Luna. Kenapa bulan nampak biru yang bercampur oren pada malam ini?

Luna... Apa yang dia buat malam ini?

Kesunyian ditinggalkan Icarus benar-benar meremangkan bulu romaku. Sekali lagi aku menggosok lengan.

Kenapa Icarus pergi terlalu lama? Aku dah cukup kesejukan.

Aku memusing ke belakang. Niat di hati ingin mencari dia. Belum sempat aku pusing, aku terkejut dengan susuk di belakang aku. Terus punggungku jatuh menghempas pasir pantai.

Mataku bertentangan dengan dia. Bunyi desiran air ombak hilang dari pendengaran mereka. Aku masih terkejut dengan kehadiran dia.

Kenapa dia ada dekat sini?

"Lu... Luna."

Aku rasa dalam setahun, hanya beberapa kali aku menyebut nama dia. Aku tak suka bertembung dengan dia apatah lagi rapat seperti belangkas. Aku akan rasa pelik. Bertambah janggal andai bertemu waktu malam. Kekuatan aku lumpuh sebaik bulan muncul menghiasi muka bumi.

Love You Kill Me | TERBITWhere stories live. Discover now