MYTH THREE

1.1K 173 101
                                    

Aku jatuhkan wajah dan sembunyikan di balik meja.

Selepas sahaja kelas magis adalah waktu rehat. Aku malas hendak keluar. Dengan keadaan mataku sebegini, silap-silap aku terjun bangunan. Yelah, tak nampak punya fasal.

Tak sukalah macam ni.

Suasana kelas bertukar sunyi. Pastinya mereka pergi mengisi perut. Aku sahaja yang tinggal di sini.

Mungkin.

"Beautiful."

Telingaku digosok. Seperti ada yang meniup telingaku. Geli gegendang telingaku ini.

Seketika, angin kuat menolak masuk ke telinga kiri. Geli-geleman aku jadinya. Merinding satu tubuhku. Laju aku tegakkan tubuh.

"Beauty!"

Icarus? Apa dia mahu?

Kerutan di dahi aku bentukkan. Dia tak keluar rehat ke?

"Kenapa tidur? Kau memang tak suka sekolah ke?"

Soalannya aku biarkan berlalu. Kalaulah dia tahu siapa aku sebenarnya. Kalaulah dia tahu apa yang aku sedang alami, pasti dia tak tanya soalan tolol macam tu.

"Sombongnya."

Aku senyum hambar. Suka hatilah nak kata aku ni apa. Macam aku tak biasa.

"Anyways, kau keturunan apa ya? Aku tak pernah nampak lagi teras kau. Are you the holly man?"

Aku mahu saja lepaskan tawa.

Holly man? Orang beragama? Memang bukan akulah.

"Tapi aku tak rasa kau holly man. Holly man mana ada perempuan."

Tahu pun! Mahu aje aku kutuk lelaki ini. Kata putera diraja namun, keturunan setiap rakyat pun masih belum dihafal.

"Aku peliklah."

Aku tulikan telinga. Memang anak raja tak reti diam ke? Letih aku yang mendengarnya.

"Beauty!"

Aku berdecit.

"Siapa beauty?"

"Kaulah." Ujarnya selamba.

Aku buat muka toya. Ingat aku nak percaya? Badan dah serupa mayat hidup kut.

"Sah!"

Aku toleh ke arahnya. Apa yang sah?

"Apa?" Soalku. Terbantut niatku ingin melelapkan mata. Selama ini elok aje orang tak kacau aku, alih-alih hari ini hidupku huru-hara dengan mulut Icarus.

Dasar mulut murai!

"Sah kau cantik."

Aku tersentap. Pipi kutahan dari meronakan warna merah. Segera aku paling ke arah bertentangan.

Apa kena dengan anak raja ini?

"Kau malu ya?"

Aku tak menjawab.

"Malu tapi mahu, bukan?"

Sepi.

"Aku pelik tengok mereka tak sukakan kau. Apa kurangnya kau ya? Aku lihat kau elok saja. Tak ada celanya."

Sedar-sedar dia sudah berdiri di hadapanku. Aku jadi segan. Kenapa lelaki ini suka dekat dengan dirinya? Kenapa tidak seperti mereka yang lain?

"Do you ever get mad?" Soalnya lembut. Setapak lagi langkah dia ambil. Jarak antara kami ibarat satu inci.

Love You Kill Me | TERBITWhere stories live. Discover now