MYTH EIGHTEEN

203 28 19
                                    

eh ter-update lak

#unedited

PAGI esoknya, kelihatan Luna tiada di rumah. Aku tidak pasti dia ke mana. Hari ini hujung minggu. Masa berlalu terlalu pantas tanpa aku sedar bahawa nenda telah pergi seminggu lepas. Dan seperkara lagi yang aku perasan adalah...

Kehadiran Icarus menghapus duka.

Pelik namun benar. Selama Luna menghalang aku bersama Icarus, yang terlintas di fikiran hanya kesedihan dan kesunyian hidup selepas kematian nenda. Betapa sesalnya aku dengan khilafnya.

Namun hadirnya jejaka ini ibarat pelangi yang muncul selepas hujan lebat. Warna tubuhku juga tidak pucat seperti awal minggu lepas.
Luna masih tak tahu hubungan aku dan Icarus semakin pulih.

Cuma...

Aku risau bila tiba hari sekolah. Icarus pesan supaya aku duduk sebelah dia. Pasti Luna akan bengang. Ah, bagaimana ini?

“Nantilah aku fikir! Semak!” luahku geram. Hela nafas dilepaskan perlahan.

Selendang nenda yang aku sangkut pada penyakut aku ambil dan balut tubuh aku. Dihidu bauan nenda yang masih melekat.

Nenda... Moga nenda tenang di sana.

Kaki aku melangkah ke bilik belakang, bilik nenda. Seminggu juga aku tidak masuk ke bilik ini. Andai dahulu, setiap hari dia wajib masuk ke sini untuk mendengar cerita dongeng yang nenda tahu tetapi tidak kini. Bilik ini nampak suram dengan langsir yang menghalang cahaya luar dari menembusi. Aku tolak langsir ke tepi dan buka tingkapnya. Seisi bilik aku jelajah dengan sepasang mata aku.

Rak buku di bilik nenda aku hampiri. Mata membaca setiap aksara tajuk buku yang ditulis di tulang buku. Kebanyakkan kisah yang pernah nenda ceritakan kepadanya. Entah mengapa, mata aku jatuh pada buku kulit yang berada di hujung rak. Tulangnya tidak tertulis tajuk buku. Aku tarik keluar dari rak.

Buku itu aku bawa menghampiri katil nenda dan labuhkan duduk. Buku itu dibelek. Kosong hadapannya juga belakang. Hanya kulit saja kelihatan lusuh dimamah masa.

Buku apa ni?

Memandangkan nenda sudah tiada, aku rasa tidak salah rasanya kalau aku buka. Betul tak? Hmm...

Ah, buka sajalah!

Kulit hadapannya aku selak. Mukasurat pertama mematikan pergerakan jari yang hendak menyelak halaman seterus.

Emelda.

Ini... Ini nama nenda! Buku nenda ke? Kenapa nenda tak pernah tunjuk pada aku buku yang ini? Atau ini diari yang dia guna dan simpan untuk keperluan diri?

Semakin aku pandang, semakin banyak persoalan yang timbul. Tanpa banyak kata, aku bawa buku tersebut ke bilik aku. Pintu bilik nenda ditutup semula dan segera aku mencicit ke bilik aku. Nampaknya Luna tak balik lagi. Ke mana agaknya gadis itu pergi? Tak pernah-pernah buat perangai macam ni.

Ah, lantaklah! Bukan hal aku pun!
Pintu bilik aku kunci dahulu. Kalau dibuatnya Luna sergah aku, tak sempat nak sorok buku nenda. Nanti mulalah dia nak soal siasat aku. Tak suka aku nak menjawabnya. Lagak macam penyiasat kelas atasan padahal sebelum ni tak pernah ambil kisah hal aku. Huh.

Sebaik aku berpaling, terjojol biji mataku melihat seseorang berbaring di katil aku. Kakinya dilipat. Tangan bermain dengan diari ibu tanpa rasa bersalah.

“Putera!” Aku capai diari ibu sebelum sempat dia tarik semula. Hesy! Tak boleh jadi! Sedap-sedap dia rembat barang kepunyaan aku. Kalau dia baca, malu aku nanti! Macam-macam yang diluahkan ibu melalui buku itu. Biasalah gadis, mesti semua perasaan mahu dibubuh dalam diari.

“You're back. Kau pergi mana tadi? Aku datang tengok kau tak ada. Alang-alang tingkap terbuka, aku masuk ajelah.” Dia bersuara tanpa rasa bersalah. Kakinya diluruskan sebelum tubuh diiringkan menghadap aku. Sebelah tangan memangku kepala.

“Saya pergi bilik nenda tadi. Awak datang sini buat apa?” Soalku kemudiannya. Buku yang aku rampas aku simpan pada rak buku dalam bilik aku. Di rak ini tersusun semua buku yang nenda hadiahkan kepada aku. Ada juga yang dibeli selepas dikumpul duit poket dari nenda. Melihat rak ini penuh dengan buku, hati aku rasa puas. Tahulah bahawasanya banyak kisah yang aku telah baca.

“Aku rindu nak jalan-jalan dengan kau. Jom keluar.” Ajaknya selamba.

“Pergi mana?” Aku melabuhkan duduk pada kerusi di meja belajar. Wajahnya aku pandang dari jauh. Bukan aku tak mahu keluar tapi aku takut andai terserempak dengan Luna. Kalau angin Luna tak baik, habislah. Taufan jadinya nanti!

“Kau nak pergi mana? Aku bawakan.”

“Hmm...” Aku gumam seketika. Kalau dia tanya aku, ke mana ya aku nak pergi?

Aha! Wajahnya aku pandang dengan senyuman lebar di bibir. Berkerut dahinya melihat wajahku yang bersinar. Terus dia bersila.

“Bawa saya pergi pustaka. Teringin.”
Kepala aku dah terbayang pustaka awam yang ada di hujung pekan. Di situ tersimpan khazanah ilmu. Aku dah anggap pustaka tu rumah kedua aku. Banyak buku yang aku boleh dapat. Malah, pustaka itu juga ada menyimpan khazanah lama. Cebisan-cebisan kertas yang dikutip turut dipaparkan. Jurnal-jurnal para lanun dan pemudi kapal juga ada dan diberi baca.

“Pustaka? Aduh!” Dia sebamkan wajah pada tilam. Aku tersengih. Faham sangat lelaki tu. Kalau dalam kelas sejarah saja dia mudah mengantuk, pastinya bukan ahli buku! Buku dan Icarus ibarat langit dan bumi.

“Tadi Putera juga yang tanya sayakan? Bawalah saya ke sana. Dah tiga minggu saya tak ke sana. Mana tahu kalau ada buku baru yang masuk. Saya nak baca,” pujukku, mencuba nasib. Biasanya tiap dua minggu sekali, pihak pustaka menambah buku baru yang datang dari pelbagai wilayah. Pastinya aku nak baca idea dari warga sana.

“Kalau buatnya aku tertidur dalam pustaka tu, tak ke pustakawan halau aku keluar?”

“Mana mahunya. Awakkan putera raja. Lupa ke?”

“Hmm... Kenapalah kau suka benda yang aku tak suka?” gumamnya kecil. Aku ketawa mendengar telatahnya. Siapa yang suruh berkawan dengan aku? Bukan aku yang minta!

“Boleh tak bawa ni?”

“Yelah, yelah! Kalau aku kena halau dengan pustakawan tu, siap kau beauty!”

Amboi, siap ugut. Aku balas dengan sengihan. Kisah apa, yang penting dia nak bawa aku ke sana dah cukup baik.

“Jom.”

“Okey, jom!”




DARI ekor mata aku, aku lihat Icarus membelek buku-buku yang ada di rak. Hanya melihat bahagian depan dan belakang dan dibaca sedikit sinopsis sebelum diselit masuk di barisan buku. Tiada langsung niat untuk membuka isi dalam. Berkali-kali aktiviti yang sama diulang tanpa jemu. Sesekali mulutnya menguap besar.

Aku kembali menatap buku di tangan. Memang dah lama aku nak baca.

Blood Agreement.

Perjanjian yang nenda pernah tandatangani sebelum mengambil aku sebagai cucu angkat. Aku mahu tahu prosedurnya kerana itu aku mengajak Icarus ke sini.

“Lama lagi ke? Aku dah mengantuk ni.” Icarus di sebelah menegurku dalam kantuknya. Belakang kepala digaru tanpa alasan. Yang dia tahu dia hanya mahu keluar.

“Kita baru sampai. Takkan nak balik dah?” Aku tertawa kecil mendengar sebab dia ingin keluar dari pustaka ini.

“Tak ada benda lain ke yang aku boleh buat? Mata aku dah kuyu.” Mata sengaja dia dibesarkan sebelum kelopak kembali menutup sebahagian iris mata. Ditenyeh mata kirinya lemah.

“Kalau macam tu, bagi saya buat pinjaman buku ni dulu.”

“Yelah.”

Aku berdesup ke kaunter peminjaman dan mengisi borang. Miss Ivy yang terlihatku tersenyum. Aku membalas mesra.

“Lama tak nampak kamu. Pergi mana?” Sapa Miss Ivy. Aku dan dia boleh dikatakan baik. Setiap minggu dia menegur aku bila terserempak di pustaka ini. Miss Ivy adalah pustakawan yang ditugaskan di bahagian peminjaman. Dia dah faham dengan rutinku yang suka meminjam.

“Nenda dah tak ada jadi saya tak ada teman nak bawa saya ke sini,” jujur aku.

“Oh, Emelda dah tiada?” Miss Ivy nampak terkejut. Aku hanya mengangguk dengan senyuman nipis.

“You're twenty.”

Aku senyum lagi. Matanya menyoroti buku yang ada di kaunter. Dia capai dan belek muka depan sebelum beralih membaca sinopsis.

“Sebab tu Heliena pinjam buku ni, ya?”

“Ya, Miss. Nak belajar sejarahnya.”

Aku serahkan borang itu kepada Miss Ivy. Dia mencatat sesuatu di satu buku tebal. Bahagian belakang buku yang aku pinjam dibuka dan dicatat tarikh akhir aku patut pulangkan semula buku. Begitulah prosedur setiap kali melakukan peminjaman.

“Happy reading!”

“Thank you, miss.” Aku sambut huluran bukunya. Berdiri di tengah pustaka, mataku meliar mencari Icarus. Katanya nak pulang, tapi tak tunggu aku di ruang hadapan. Kalau tak ada di hadapan bermakna lelaki itu masih di dalam.

Kaki mengorak langkah ke bahagian tadi. Mana tahu kot-kot Icarus dah selamat berdengkur di ruangan sana.

Tiba saja di tingkat dua, aku tayang sengih. Kan dah kata! Dia sudah pun terlelap di atas meja. Baru sekejap aku pergi, senang saja dia lena. Tergeleng kepala aku jadinya.

Aku berdiri di hadapannya dan menarik kerusi supaya bersebelahan dengannya. Punggung aku labuhkan duduk. Wajah lenanya aku tatap. Polos. Jauh beza dengan mimik muka kebiasannya. Riaknya kini seolah-olah tenang tanpa memikir sebarang masalah. Dengan rambut yang terjuntai jatuh, lelaki itu benar-benar selesa dengan posisi itu.

Lama aku pandang wajah suci itu. Tak pernah terdetik dalam hati Icarus sudi menghulur persahabatan. Aku dan Icarus? Bagaikan pipit dan enggang.

Kenapa kau masih degil dekati Icarus?! Kau tu pipit, mana sama dengan dia si enggang!”

Kata-kata Luna tempoh hari kembali teringat. Benar kata Luna. Siapa aku nak berganding dengan orang penting negara? Aku mengeluh.

“Putera... Salah ke saya berkawan dengan awak? Semua orang pandang saya jelik tapi awak satu-satunya insan yang kata saya cantik. Saya...” Lengan baju aku senseng. Warna tubuhku aku pandang. Oren menyala.

“Saya... Lain dari yang lain. Mereka benci saya sedangkan bukan salah saya. Saya tak minta lahir sebegini. Kalau mahu, saya nak lahir normal, tak kisahlah jadi manusia mahupun orang dari rumpun yang lain. Yang pasti, saya tak mahu jadi orang alam. Sesak hidup saya.” Aku mengeluh. Nasib tiada orang di aras ini. Tidaklah ada yang memandang sinis terhadap aku. Pandangan mereka menakutkan aku seperti aku ini makhluk jahat yang hadir dalam hidup mereka.

“Tapi...” Bibirku mengukir satu senyuman. Teringat pula saat pertama kali aku dan dia bersua. Berlanggar bahu. Tampak klishe, tapi lihatlah sekarang. Sejauh mana sudah persahabatan mereka? Aku yang awalnya menikus kini sudah selesa bersamanya.

“Terima kasih sudi terima saya. Saya tak pernah terfikir akan berlaku detik macam ni dalam hidup saya.” Perlahan-lahan, tangan aku naik ke rambutnya. Dibelai lembut.

“Kalau Putera nak tahu, nenda selalu bawa cerita dari pekan. Saya suka dengar. Kadang-kadang tentang King, ada kalanya pasal Putera.”

Menyebut nama nenda, aku terdetik satu perkara. Usapan aku terhenti. Aku tarik semula tangan.

“Nenda terkejut bila tahu Putera rapat dengan saya. Dia selalu pesan untuk jauhi Putera. Bukan sekali dua, berpuluh-puluh kali sampai dah naik muak saya dengar. Saya pernah minta pada dia sebab tapi dia tak pernah jawab. Saya pernah kena marah sebab balik lewat tempoh hari. Luna kantoikan saya pasal Putera. Kadang-kadang saya tak faham. Nenda suruh saya jauhi Putera tapi hakikatnya saya tak mampu.” Jemari aku naik, melekap pada kiri dada. Merasai degupan jantung yang tak sekata.

“This heart beats differently. Lain sangat, Putera. Saya sendiri tak pasti dengan perasaan saya sendiri. Rentak nadi saya tak pernah berubah tempo. You’re the first. Bila Luna kata saya tak layak untuk Putera, saya rasa down. Nak buat macam mana, ada betul juga kata dia. Nenda pun suruh jauhi Putera. Mungkin dia risaukan saya. Putera mesti ramai peminat. Terancamlah kedudukan puteri nanti kalau seluruh negeri tak resti hubungan Putera.”

“Nenda pernah kata pada saya... Putera hanyalah secebis kebahagian yang akan hilang. Saya takut nak percaya. Saya takut kalau benda tu adalah realiti. Buat masa sekarang, saya rasa selesa ada dengan Putera dan saya harap..." Putera adalah kebahagian sehingga nyawa saya dicabut. Aku menyambung bisikkan dalam hati.

Wajah Icarus aku tenung. Bahunya aku goncang sedikit. Sudah lewat petang, ada baiknya kami balik. Luna pun agaknya sudah ada di rumah. Matilah aku kalau dia nampak aku keluar bersama Icarus.

“Putera... Putera! Bangunlah.”

“Hmm, aku sayang kau Heliena,” gumamnya tanpa sedar. Hatiku sedikit terusik. Benarkah dia maksudkan? Aku gelengkan kepala. Entah-entah dia mengigau.

“Putera!”

“Aku nak kahwin dengan kau. Aku sayang kau sangat-sangat.”

Aku telek muka dia. Nak kata dia sedar, muka masih lena. Atau dia bermimpi? Kata-katanya tadi tu adalah gumaman sahaja atau luahan hati?

Ah, mungkin dia mimpi. Mengarutlah anak raja ini nak suka aku. Setakat kawan, bolehlah. Tapi lebih dari itu... Aku rasa tak yakin. Lagipun, King Daedalus akan merestui atau tidak?

Makhluk seperti aku, banyak kelemahan. Walaupun kami diberi amanah menjaga alam tetapi puak kami sukar berkembang. Andai hamil, hanya sekali sahaja. Kalau jenis yang tak suka anak ramai tiada masalah tetapi kalau yang suka anak ramai? Tak sepatutnya mereka mengambil keputusan mengahwini orang alam.

“Putera... Bangunlah. Saya nak balik ni.” Nada suaraku mengendur.

Icarus menggeliat kecil. Mulutnya terbuka tanda sangap. Wajahnya dikalih menghadap aku. Dia hanya mengangguk. Sekali lagi dia renggangkan sendi tubuh. Sayap dikibas sekali. Wajah dia raup dua kali. Dia menolak kerusi ke belakang dan menoleh ke arah aku.

“Jom balik.”

Aku akur tanpa banyak bunyi.

Love You Kill Me | TERBITWhere stories live. Discover now