TELAPAK tangan aku basah dek keresahan. Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Barisan penilai sudah pun masuk ke kelas memperkenalkan diri. Itu tak merisaukan lagi. Yang menambah debaran di hati aku sekarang ialah Icarus tak muncul lagi! Ke mana dia pergi?
Sebentar tadi sebelum masa seni tiba, Icarus minta izin untuk keluar. Aku pula tidak ambil tahu ke mana lelaki itu pergi memandangkan debaran di hati kian mengocak jiwa. Berbeza dengan sekarang, jantung aku berdegup seperti hendak pecah! Hanya kerana pasangan aku tidak muncul lagi. Sudahlah mereka kumpulan yang pertama. Matilah kalau awal-awal sudah tunjuk attitude tidak baik. pasti menjejaskan markah pasangan lain juga.Usai penilai terakhir memperkenalkan diri, Miss Flora memandang aku. Bertambah kerap peluhku keluar sebaik aku balas renungannya.
"Awak dah sedia, Heliena?"
Aku bangkit dari duduk. Dua-dua belah tanganku genggam erat. Mataku berlari kiri dan kanan, mencari andai Icarus tiba tetapi tidak. Apa aku nak jawab ni?"Er..." Mataku mencuri lihat barisan penilai. Mereka turut memandang ke arah aku. Matilah aku!
"Shall we?" Soalan pengetua buat aku rasa nak cekik diri sendiri. Kalaulah aku boleh lari sekarang ini. Mana pula si anak raja ni? Kenapa buat hal sekarang?
"Er..."
"Yes, sir!" Laungan dari luar memaksa kami menoleh ke punca suara. Kelihatan Icarus mengepak sayapnya lebar. Senyuman terukir di bibir. Matanya memandang aku sebelum dikenyitkan.Lafaz lega aku luahkan. Ah, nasib dia tiba pada waktu. Syukur!
"Jom ke tapak mural," ajak Icarus memecahkan suasana sunyi yang hadir beberapa ketika. Aku mengikut langkah mereka keluar dari pintu belakang. Icarus terbang menghampiri aku dengan sengihan. Sebaik berdepan, dadanya aku tumbuk dua kali.
"Jahat!" luahku geram. Dengusan aku lepaskan sebelum membuka langkah ke tapak mural.
"Ala, sorrylah. Aku sengaja berlagak hero. On time kan aku sampai?"
Aku tidak menjawab. Sesungguhnya, aku masih bengang. Macam nak putus nyawa aku cuba mencari alasan.
"Janganlah ambil hati. Nanti aku belanja roti olif, nak?" pujuknya. Dia simpan sayapnya dan berjalan beriringan denganku. Bahuku selamba dia peluk.
"Janganlah diam. Aku janji lepas ni tak buat lagi."
Dia angkat tangan kiri, sebagai simbol dia berikrar. Aku hanya bungkam. Dalam hati, perasaanku bercampur-baur. Dan salah satunya, aku rasa hendak menangis bila membayangkan aku tidak punya peluang meraih markah untuk tugasan ketiga. Markah ditampung tugasan terakhir ini paling tinggi dibandingkan dengan dua tugasan lagi. Kerana itu tugasan ini paling penting dan andai mereka gagal, seolah-olah mereka gagal secara keseluruhan tugasan.
"Heliena..." panggilnya mendayu-dayu dengan harapan aku kalah dengan pujuknya.
Tiba di tapak mural, aku memusingkan badan supaya bertentangan dengan Icarus. Wajahku tegang tanpa senyuman. Dinding pipi bahagian dalam aku gigit untuk menahan perasaan sedih. Keberanian aku kutip untuk membalas pandangan Icarus.
"Aku minta maaf buat kau risau." Dia raih tangan aku dan diramas lembut.
"Jangan buat macam tu. Saya takut," jujurku lemah. Hampir tak terkeluar suara aku. Sepasang mataku mula panas.
"Kalau awak tak datang, saya gagal dalam ujian ni. Awak tahu tak?" Butiran jernih yang tumpah langsung tidak menarik minatku untuk menyeka. Yang aku harapkan ialah sebuah jawapan dari Icarus.
"Aku tahu. Aku minta maaf. Jangan menangis sebab aku." Wajahnya daripada ceria bertukar hiba. Terasa kulit jarinya menyapu air mata aku.
Aku mencipta jarak kami. Para penilai sudah bersedia dengan borang markah. Mata yang berair aku seka. Tak elok andai dipandang penilai.
YOU ARE READING
Love You Kill Me | TERBIT
FantasiTajuk baru: Apricus Penulis: Adhara Syakil Terbitan: Fajar Pakeer ☀️☀️☀️ RM28.00 (SEMENANJUNG) RM31.00 (SABAH & SARAWAK) Kalau tanya pada aku, apa perkara terindah dalam hidup aku... Jawapan aku pastilah dia. Dia, jejaka idaman semua orang. Pemuda...