MYTH SIX

1K 144 131
                                    

Sepanjang kelas seni, aku hanya menutup mulut dari terus berbicara. Kejadian tadi berlegar-legar dalam fikiran aku.

Mataku mengerli ke sisi kelas. Bahagian galeri. Kanvas hitam yang terukir gambarku digantung di situ. Sudahlah besar, malu aku jadinya.

"Kenapa kau diam? Terkedu ke, beauty?"

Aku ketap bibir. Malas nak menjawab kerana dia juga pasti sudah agak. Menggigil tangan aku tadi sewaktu cuba menyentuh hasil lukisannya.

Terpegun!

"Sekarang kau dah tahulah tangan aku ni berseni. Lepas ni bolehlah agaknya aku jadi mentor kau."

Aku masih statik. Tangan menggenggam pensel dengan erat. Sabar ditahan.

"Kalau kau nak tahu, papa aku cerewet. Kalau boleh, semua bidang dia suruh aku ceburi. Ini baru bidang lukisan, belum aku tunjuk kebolehan aku yang lain."

"Apa ciri-ciri idaman lelaki kau ya, beauty? Manalah tahu kot-kot semua ciri yang kau nak kena dengan aku. Boleh aku jadi pengantin lelaki."

"Oh ya, aku sangka kau akan masuk kelas adat diraja. Kata kau, kau suka bahasa istana. Mesti kau suka adat istana juga, bukan?"

"Boleh awak diam, Putera?" tanyaku baik-baik. Aku mengukir senyuman paksa. Fokusku terganggu dek suara dia. Aku kerli ke kertas A2 miliknya. Bersih.

Dia memandangku lama.

"Kenapa kau panggil aku Putera? Dari semalam sampai ke hari ini, kau tak pernah panggil aku Arus."

Soalan dibalas soalan. Aku hembus nafas perlahan.

"Awak putera diraja. Kalau diikutkan, tak boleh mana-mana rakyat panggil awak dengan nama sahaja." Jelasku. Nenda yang mengajarku.

Apabila aku berhadapan dengan kerabat diraja, haram lidahku memanggil nama mereka. Hanya gelaran mereka sahaja yang dibenarkan. Andai dia raja, panggillah tuanku. Andai putera diraja, panggil putera.

Darjat mereka dan rakyat beza dan tidak sehaluan. Kerana itu, raja sentiasa dihormati.

Melainkan kalau King Minos, sehingga dunia meletup sekali pun, tiada sesiapa sudi taat kepada dia. Mentadbir alam sesuka hati mengikut kehendak hati, memang bertentangan dengan undang-undang.

Hadirnya King Daedalus menyelamatkan ribuan rakyat. Ucapan syukur meniti di bibir masing-masing apabila Daedalus diangkat sebagai raja manakala King Minos dihukum pancung kepala.

Sewaktu hukuman King Minos dijalankan, ribuan rakyat membanjiri kawasan penjara. Semua rakyat ingin menyaksikan sendiri kepala raja itu dipancung. Segala herdikan dan kata makian dihadiahkan kepala lelaki itu sebelum nyawanya dicabut.

Serentak kepalanya jatuh, heboh kawasan penjara itu dengan teriak gembira oleh rakyat. Sesudah itu, upacara pertabalan raja diadakan. Dengan gembira mereka melangkah ke perkarangan diraja.

King Daedalus dihormati dan disayangi rakyat. sikapnya yang peramah dan pemurah mengembirakan semua rakyat. Raja itu suka mencemar duli ke bandar dan melihat keadaan rakyatnya. Apabila dia melihat golongan miskin yang merayap mencari makanan, dengan senang hati King Daedalus mengajak mereka duduk semeja dengannya di restoran mewah.

King Daedalus, raja itu akan diingati semua rakyat sehingga mati. Budi baiknya tidak terkira. Dan jikalau raja itu mangkat, pasti semua rakyat bersedih kerana kehilangan seorang pemimpin yang berwibawa.

"Haih..." Aku kembali ke alam nyata. Wajah Icarus nampak beku. Keluhan yang dia lepaskan juga nampak berat.

"Kau tahukan aku bukan keturunan diraja?"

Love You Kill Me | TERBITWhere stories live. Discover now