─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───
Bulan dan matahari memang tidak akan bersatu. Mereka mengejar langit yang berbeza, namun saat keduanya bertemu, maka terciptalah satu fenomena yang cukup mengagumkan bernama gerhana.
Tapi sayang, fenomena itu tidak kekal...
Dia, ibaratkan matahari. Dimana sahaja dia berada, ada sinarnya. Baik wajahnya, sikapnya atau tutur katanya, semuanya cukup sempurna. Dia, lelaki yang hanya boleh aku perhati dari jauh. Terlalu mustahil untuk mendekati.
Dia, Aidan Haiyan.
Aku? Sudah tentu bulan, namun, bukan kerana cantik untuk di amati dan indah untuk dikagumi, malah kerana hidup aku seperti langit gelap yang terbentang luas, dan aku tetap gagahkan diri mencipta satu cahaya dalam kegelapan.
Sudah pasti, cahayaku tidak seterang Aidan. Itu saja sudah cukup untuk membuktikan bahawa hidup kami berbeza. Dia dalam hidup sempurnanya, aku dalam hidup yang ingin aku sorok.
Pendek kata, bulan dan matahari memang tidak akan bersatu. Mereka mengejar langit yang berbeza. Namun saat keduanya bertemu, maka terciptalah satu fenomena yang cukup mengagumkan bernama gerhana.
Tapi sayang, fenomena itu tidak kekal lama dan mengambil masa untuk berlaku.
Adakah aku dan dia benar-benar seperti bulan dan matahari yang hanya mencipta gerhana? Atau, bakal terciptanya kisah kami sendiri?
─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.