Part 14 -Cakaran Berdarah-

585 61 4
                                    

===================================

~Still Flashback~

Seohyun dan Hyoyeon terus berlari ke arah pemilik suara itu . Kelihatan seorang gadis menjerit meminta tolong .

"Wae wae wae ?" soal Seohyun cemas

"Tolong! beg saya kene ragut!!" kata gadis tersebut sambil menunjuk ke arah peragut yang masih lagi tidak jauh darinya . Hyoyeon dan Seohyun terus mengejar peragut durjana itu . Seohyun agak ketinggalan kebelakang kerana dia memakai heels, agak sukar untuk dia berlari . Jadi dia tanggalkan heels nya dan lari berkaki ayam .

"Woii berhenti!!" jerit Hyoyeon kepada peragut durjana tu . Namun diendahkannya . Hyoyeon menambah kelajuannya .. Kini dia makin hampir dengan peragut itu .

"Woi !! pulangkan beg tu!" jerit Hyoyeon .

Tiba-tiba  PaPPP!!

Peragut itu rebah ke tanah dan memegang kepalanya . Rupa-rupa nya, Seohyun telah membaling heels nya tepat ke arah kepala peragut tu . Auch! mesti sakit teramat sangat sampai peragut tu guling2 atas tanah .

"Wah.. daebak lah.. " kata Hyoyeon tercungap2 kepenatan kerana mengejar peragut durjana ni . Seohyun hanya mampu memberi senyuman , kerana dia pun tercungap2 jugak . Seumur hidup seohyun, dia tak pernah berlari selaju macam ni . Seohyun mengambil heels nya . Dia merungut sedikit .

"huh.." rungut Seohyun sambil memegang heels nya yang patah sebelah . Keras kepala peragut tu, sampai patah jadi nya . Dahlah heels tu hadiah dari omma nya .

"Omo! tak sangka boleh patah .. eh, jomlah kita bagi beg ni dekat perempuan tu .." kata Hyoyeon sambil mengambil tas tangan milik gadis yang diragut tadi . Mereka berjalan kaki kesana, tapi Seohyun berkaki ayam kerana heels nya yang sebelah patah .

[SEOHYUN P.O.V]

Kami berdua nampak gadis yang diragut tadi, Hyoyeon pun menghulurkan kan tas tangan yang diragut itu . Gadis itu berulang-ulang kali mengucapkan terima kasih kepada kami berdua . Aku pun tersenyum bangga, hehe yelah tak sangka aku boleh tangkap peragut tu . Thanks to my heels!! eh, aku lupa TT .. heels aku dah patah sebelah sebab baling kat peragut durjana tu .

Aku perasan yang gadis ni ada usha2 kaki aku . Eyh! aku berkaki ayam pun ni sebab nak selamatkan tas tangan dia tau tak ..

"hehe kenapa pandang2 kaki saya?" aku mula berani mengajukan soalan

"Takdelah, saya rasa heels awak mesti patah sebab selamatkan beg saya .. mianhae" kata Gadis itu lalu menunduk . Hey, takkan mianhae je ?  ̄︿ ̄ heels aku patah sebelah ni TT

"Sebagai ganti, mari ikut saya ke kedai kasut .. Saya belikan heels baru untuk awak" kata gadis itu lagi . Muka aku mula bersinar sinar . Haaa inilah yang aku nak dengar . Wah, tak sangka dia nak belikan heels baru untuk aku . Mesti dia ni kaya kan

"Wahh jinjja? terima kasih" kata ku dengan gembira . Mana tak gembira ?! dapat heels baru weyh..

-SKIP-

Aku dan Hyoyeon menunggu gadis tu membayar . Aku nampak, dia bayar guna kad kredit . Wah, memang sah,dia ni anak orang kaya . Dia bukan belikan heels untuk aku je . Tapi untuk Hyoyeon jugak . Katanya sebagai tanda terima kasih .

"Nah, untuk awak berdua" kata Gadis itu sambil menghulurkan beg plastik berisikan heels dan kasut aku dan hyoyeon .

"Gomawo" kata aku dan Hyoyeon serentak

"By the way, nama saya Im-Yoon Ah.. Nama awak berdua apa? " soal gadis itu kepada kami . Baru sekarang dia bagitau nama dia --" Kan senang bagitau nama, takdelah aku asyik gelar dia 'gadis' je dari tadi -,-

"Saya Kim Hyoyeon.. dan dia Seo Juhyun" balas Hyoyeon . Wah, hyoyeon dah jawabkan . So, tak payah lah berbasi-basi memperlenalkan diri

"Okay .. thanks sekali lagi ye Hyoyeon dan Juhyun sebab tolong saya . Kalau takde awal berdua saya tak tau lah apa yang akan jadi ." ujar Yoona

"Sama2 . alah, small matter je tu . Btw, please call me Seohyun . Hehe saya tak biasa orang panggil saya Juhyun .." kata aku . Ye, memang aku tak biasa pun orang panggil aku Juhyun . Sebab dari kecik aku dipanggil dengan nama Seohyun .

"Oh, baik lah Seohyun" kata Yoona

"Saya nak belanja awak berdua makan . Awak berdua nak makan kat mana ? cakap je " pelawa Yoona . Wow ! makan.. kebetulan, perut aku ni tengah menari lagu catch me if you can . So, nak kena diisi bagi senyap sikit

"Erm, yoona .. Boleh tak awak hantar kami ke pesta buku busan ? Kami sebenarnya hendak kesana tapi tertinggal bas" ujar Hyoyeon . Alaa hyo ni, orang ajak makan ditolak --" melepas ....

"Pesta buku busan ?? laaa kenapa tak cakap awal2?? saya pun nak kesana jugak . tadi pemandu saya singgah nak isi minyak , alang2, saya pergi laa ketandas . then saya diragut dan diselamatkan oleh korang" terang Yoona

"Laaa yoona pun nak pergi pesta buku jugak ke" kata ku . Tak sangka, hala tuju kami sama

"Marilah kita pergi ke sana bersama" kata Yoona sambil mempelawa masuk ke dalam kereta mewah yang mempunyai 6 seat . Aku dan Hyoyeon masuk, aku ditengah . Manakala Hyoyeon di kanan aku, yoona pula dikiri aku ..

[END OF SEOHYUN P.O.V]

~End Of Flashback~

=======

Yoona masih bingung , dimanakah dirinya berada sekarang ini ? Kelihatan 2 apartment terbiar masih lagi berdiri kukuh di hadapannya . Hari semakin gelap, Yoona bercadang untuk masuk ke salah satu apartment tersebut .

=========

Sunny naik ke tangga untuk keluar dari kolam renang terbiar itu . Sekali lagi, perasaan aneh menyelubungi diri nya . Akalnya masih ligat berfikir, macam mana dirinya boleh terbaring di kolam renang terbiar itu ?

Selepas keluar dari kolam renang terbiar itu, Sunny menapak perlahan - lahan . Dia tidak tahu kemana harus dia tuju . Dia melihat ke arah langit yang semakin gelap . Lagi beberapa minit, matahari mau tenggelam . Akhirnya Sunny bersandar disebatang pokok besar . Kelihatan pokok itu sudah ratusan tahun lama nya . Tiba-tiba sunny merasa pedih di lengannya . Sunny lantas melihat lengan nya . Ada kesan cakaran di tangan nya . Nak kata luka ni terjadi masa jatuh, tapi takde pulak dia terjatuh . Dan luka ni memang sebijik macam kesan cakaran . Tapi yang peliknya . Cakaran apa ni ?

_ToBeContinue_

Guys guys guys ! Sorry sebab lama tak update ㅠㅠ saya tengah cari mood untuk menaip . Dan finally, mood petang ni ada untuk menaip (o∩_∩o)

And, sorry kalau jalan cerita makin tak best ke apa ke . sorry ea ? hehe

#WaitingForSnsdComeback#

#SnsdNewHairStyles#

#CatchGG#

THE HIGHLAND TOWER (SNSD FANFIC)Where stories live. Discover now