====
Jam kini tepat pukul 8 malam . Mereka masih lagi tersadai di dalam van . Bukan itu sahaja, mereka masih lagi kehilangan 2 sahabat mereka, Yoona dan Sunny . Dengan cuaca malam yang sejuk, gelap , perut pula asyik berbunyi kerana mereka tak menjamah sebutir nasi pun dari pagi tadi . Seohyun sudah terjaga dari pengsan, tapi muka nya kelihatan pucat .
"Takkan laa kita nak duduk dalam van ni je ??!" Jessica mula bersuara, dia memandang tepat ke arah muka Taeyeon . Taeyeon mengeluh kecil . Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan demi mencari 2 orang sahabat mereka . Taeyeon memandang muka Hyoyeon, cuba meminta bantuan darinya . Tapi Hyoyeon pulak pandang muka Sooyoung . Begitu juga, Sooyoung pulak pandang muka Yuri . Yuri pandang Tiffany, dan Tiffany memandang Seohyun yang masih terbaring di bahu Sooyoung . Masing-masing buntu . Mereka tidak tahu apa yang perlu mereka lakukan .
Hajat mereka ke Malaysia adalah untuk bercuti. Tapi lain pulak jadinya . Mereka semua tak pernah mintak untuk jadi macam ni .
===
Yoona memasuki apartment tersebut.. Keadaan di dalam apartment tersebut agak menyeramkan kerana apartment itu sudah lama ditinggalkan penghuni-penghuni nya sejak kejadian runtuhan blok 1 apartment tersebut . Yoona menggosokkan kedua2 belah tangan nya untuk meningkatkan suhu badan . Sejuk malam-malam ni . Time pagi punyelah panas macam dalam oven . Tiba ada sesuatu menegurnya,
"Nak.. buat apa tu?" soal suara itu . Yoona berpaling kebelakang dan melihat seorang nenek tua yang amat bongkok berjalan menggunakan tongkat . Tak mungkin nenek itu tinggal disini, kerana kawasan ini sudah lama ditinggalkan . duga Yoona
"Saa..ya.. nak..tum..pang..tidur..kat..sini.." balas Yoona tergagap2 kerana takut .
"Kenapa nal tumpang tidur disini ? kawasan ni keras" kata Nenek bongkok itu dengan serius . Yoona berasa seram sejuk . Yelah, kalau kawasan tu dah lama ditinggalkan, mestilah diduduki oleh hantu ..
"Jangan datang sini . pergi balik ! suruh kawan2 kamu balik !" kata nenek bongkok itu dengan serius . Pelik , mana nenek itu tahu ?
"Mana nenek tahu saya datang bersama kawan2? tapi.. saya..sudah kehilangan jejak mereka.." ujar Yoona . Dia betul2 ingin cari sahabat2 nya . Rasa rindu mula menerpa dirinya .
"Kawan-kawan kamu telah masuk ke kawasan bahaya . Suruh mereka pergi jauh . Kamu pun harus keluar dari tempat ini sebelum jam 12 malam . Kalau tidak, kamu akan terperangkap disini selama lamanya dan kamu tidak akan ada di alam kamu, tapi di alam yang lain" kata nenek bongkok itu
'Selama-lamanya?' perkataan itu membuat yoona kecut perut . Dan nenek bongkok itu hilang dari pandangan nya secara tiba-tiba . .
"nenek??" soal Yoona . Namun hanya suaranya yang bergema di ruangan itu
===
Sunny mengelap darah yang keluar dari kesan cakaran di lengannya . Sakit dan pedih dirasai dirinya . Walaupun kesan cakar itu tak teruk sangat . Tapi ianya begitu sakit pabila sunny mengelapnya . Tiba-tiba, ada sehelai kain putih jatuh dari atas pokok tersebut .. Kain putih itu kelihatan sangat lusuh . Sunny mengamati kain putih yang lusuh itu .
Dan ada satu titik cecair bewarna merah menitik di atas kain itu . Sunny menghidu cecair merah itu . dan cecair itu ialah DARAH ?
Tiba, titik2 darah itu makin turun seperti hujan . Darah itu bukan menitik di atas kain lusuh itu, tapi menitik di atas badan sunny juga .
Sunny memandang ke atas pokok yang disandarnya untuk mengetahui, mana datang nya darah ni .. Tapi tiada apa2 pun di atas pokok tersebut . Dan darah itu tidak menitik dari atas pokok itu sahaja, tapi di kawasan itu juga ..
Adakah ini HUJAN BERDARAH ? ? ?
_ToBeContinue_
YOU ARE READING
THE HIGHLAND TOWER (SNSD FANFIC)
Mystery / Thriller"What's wrong ? Apa dah jadi ni?" Soal Taeyeon risau. Kelihatan air mata Hyoyeon bertakung, hanya tinggal sedikit waktu saja untuk melimpah "Kenapa ni? " soal Sooyoung "Hyo.. Tell us what happen" Tiffany "Yoo... yoona......." -Hyoyeon "Kenapa d...