Part 18 -Im Yoon Ah-

577 50 5
                                    

====

Satu bunyi aneh kedengaran. Bunyi nya seperti sedang menghala ke arahnya. Perlahan-lahan Sunny membuka mata nya dan . . . . . .

"AAAAAAAARGGHHHHHHHHHHHHH!!!!"

Satu lembaga yang cukup mengerikan merangkak ke arahnya. Kedua-dua biji mata lembaga itu hampir tersembul keluar. Dada nya pula koyak seperti telah dibaham seekor binatang buas, dan ianya menampakkan daging dan tulang rusuk nya. Kepala nya pula banyak mengalir cecair hanyir yang bewarna merah. Bau nya cukup busuk.

Sunny berpaling ke arah pintu, dia cuba untuk membuka pintu rumah usang tersebut. Tapi pintu itu seakan-akan dikunci. Sunny cuba menolak daun pintu tersebut, namun tenaga nya sudah kehabisan akibat berlari tadi. Kini, lembaga itu semakin mendekat. Sunny hanya menggigil ketakutan. Dia buntu! Dia tidak tahu apa lagi yang dia harus lakukan. Akhirnya, Sunny pasrah walau apapun yang terjadi . . . . .

KReeeKK!! KReeeKK!!

Kini, lembaga yang mengerikan itu sudah betul-betul berada di depan matanya. Sunny mengigil, namun dia cuba menutup mata nya rapat2. Dia merasakan begitu jijik untuk melihat wajah hodoh lembaga itu. Lembaga itu mencekik leher Sunny dengan kuat. Nafas sunny tersekat-sekat dan . . . . .

===

"Mana diorang ni? Dah lama sangat dah ni" rungut Jessica kerana bantuan tidak tiba-tiba lagi. Sebenarnya dari tadi dia menanyakan soalan yang sama. Dia asyik mengeluh dan mendengus je dari tadi. Kalau ikutkan hatinya, nak je dia terbang sampai ke rumah nya tang jauh nun di korea sana. Namun apakan daya, dia bukannya seorang adiwira yang mempunyai kuasa untuk terbang ke udara.

"Aigoo Jung SooYeon.. Kau ni dari tadi dok tanya soalan yang sama. Mungkin kejap lagi diorang sampai lah tu." balas Sooyoung sambil mengipas-ngipas untuk Seohyun. Suhu badan seohyun rasanya semakin meningkat. Dia berharap demam seohyun akan berkurangan dengan segera.

"Hish! Bukan apa. Masalahnya dah lama sangat. Tengok jam sekarang dah pukul 10 malam tau tak. Duduk lama-lama kat sini seram tau" ujar Jessica. Memang kawasan sekitar mereka itu menyeramkan. Gelap gelita. Tiada bulan pun yang menerangi malam mereka, apatah lagi lampu jalan. Sunyi. Kedengaran hanya suara-suara mereka dan cemgkerik ja. Yelah, kawasan tu kan sudah lama ditinggalkan.

"Sica-sshi. Jangan laa cakap macam tu, aku pun seram." gumam Yuri yang dari tadi mendiamkan diri

"Korang.. Badan seohyun makin panas laa. Ada air dengan kain tak? " soal Sooyoung selepas memegang dahi Seohyun. Suhu badannya kini mencecah 37°.

"Erm kejap. Ada rasanya. Nah!" kata Yuri seraya menghulurkan sapu tangan kecil kepada Sooyoung. Jessica pula hanya menghulurkan sebotol air mineral yang tinggal separuh. Sebenar nya air mineral separuh tu adalah air mineral yang last. Tapi, kesihatan Seohyun adalah utama bagi mereka. Rasa haus dan dahaga harus diketepikan demi sahabat mereka. Inilah namanya nilai persahabatan.

Sooyoung membasahkan sapu tangan yang diberi oleh yuri itu dengan air mineral. Lalu, meletakkan di atas dahi Seohyun. Mereka berharap suhu badan seohyun akan menurun dengan cara seperti itu. Bukan itu sahaja, mereka juga berharap agar pihak penyelamat tiba secepatnya.

Mereka bertiga berdiam diri buat seketika. Masing-masing menguap kerana mengantuk. Lebih-lebih lagi Sooyoung. Sebab dari tadi dia sibuk jaga Seohyun yang entah tidur entah pengsan.

---------

[YOONA P.O.V]

Aku kini sedang melangkah turun ke anak tangga untuk keluar dari kondominium usang tersebut. Kerana, nenek tua itu kata. Aku harus keluar dari tempat ini. Katanya bahaya. Aku juga perlu keluar untuk mencari rakan-rakan ku. Tapi kenapa aku rasa aku lama sangat nak sampai ground floor ni? Setahu aku, aku hanya naik ke tingkat 2 je tadi. Tapi bila aku nak turun, seolah-olah tadi aku telah naik ke tingkat 12. Apa yang dah jadi ni?

Aku memberhentikan langkah ku. Kalau aku still turun tangga, alamatnya esok pagi lah baru aku sampai ke ground floor. Aku cuba mencari jalan lain untuk keluar dari kondominium ini. Tapi dapatkah aku keluar? Dari tadi aku asyik terpusing-pusing di tempat yang sama. Eodeokkhaji? Aku buntu.

Lalu, aku pergi ke arah tingkap. Tingkap ini sudah pecah. Aku memerhati disekeliling tempat ni. Ternyata ini sebuah bilik. Aku mencari bilik utama. Berkemungkinan di bilik utama ada sliding door. Senang sikit aku nak lompat turun ke bawah. Ye, aku tahu ianya bahaya. Tapi aku cuma melompat dari tingkat dua je. Aku rasa inilah satu-satu nya cara untuk aku keluar dari kondominium ni.

Aku memulas tombol pintu bilik ini. Ya! Ianya bilik utama! Bilik ni ada sliding door. Aku berlari anak ke arah sliding door tersebut. Nasib aku baik kerana sliding door ini tidak berkunci. Kini aku betul-betul berada di sliding door. Aku melihat langit sungguh gelap waktu itu. Tiada bulan dan bintang nenerangi malam ini.

Kemudian aku melihat ke bawah. Mata aku sedikit terbeliak apabila melihat ke bawah. . .

.

.

.

Ya tuhan! Benarkah apa yang aku nampak ini? Rasanya tadi aku berada di tingkat dua. Tapi kenapa. . . Aku rasa aku berada di tingkat 22 ? Silap-silap hari bulan kalau aku lompat ke bawah untuk keluar, aku akan mati. Aku mengundur ke belakang sedikit. Tiba-tiba aku rasa ada sesuatu di belakang aku. Aku taknak berpaling! Aku hanya kaku saja disitu. Aku takut kalau yang dibelakang itu bukan manusia.

Benda itu menolak aku ke depan sikit. Aku menggigil ketakutan. Aku ini manusia yang lemah! Tiada kudrat untuk melawan nya. Sudahlah sliding door ini tiada penghadang nya. Kalau sikit lagi dia tolak aku. Confirm aku akan jatuh menyembah bumi. Dan . . . Aku tidak akan lagi ada di bumi. Aku membatukan diri.

Dalam hatiku tak putus-putus berdoa supaya aku dijauhi bahaya. Aku harap benda di belakang aku ini hilang. Tapi jangkaan aku meleset apabila ia memanggil nama ku.

"Im Yoon Ah. . ." 

Suara ini. . . Ye! Aku cukup kenal sangat suara ini. Aku menoleh kebelakang dan ternyata sangkaan aku betul. Suara ini milik . . . 

_ToBeContinue_

[Author Note]

-Disebabkan harini birthday Seohyun. Saya rajin sikit nak update :3 Happy birthday Seo Juhyun ! I wish the best for you. SaRangHae!! 

#MaknaeSNSD
#0628HappySeohyunDay
#25thHappySeohyunDay

THE HIGHLAND TOWER (SNSD FANFIC)Where stories live. Discover now