Part 22 -Hilang Lagi 1-

512 49 8
                                    

===

"Argh!! Aku tak percaya! Kau jangan main-main lah Kim Taeyeon!" Bentak Jessica. Segera jessica keluar dari van

"Sica ya! Nak pergi mana tuh?" Soal Yuri

"Kalau diorang tak boleh cari bantuan! Biar aku yang pergi cari bantuan!" Getus Jessica lalu kaki nya menapak ke arah utara

"Yah!! Tae, Fany, Yul... takkan kita nak biarkan aje sica tuh?" Soal Sooyoung . Taeyeon hanya diam, dia tak tahu apa lagi yang harus dibuat.

"Taeyeon.. Fany... cerita lah.. apa yang dah jadi kat korang masa korang cari bantuan tadi?" Arah Yuri. Taeyeon dan Tiffany saling memandang antara satu sama lain. Dan mereka mencerita kan apa yang jadi. . .

===

[JESSICA P.O.V]

'Kalau diorang tak reti cari bantuan, biar aku je yang pergi. Hish! Tak boleh diharap!' Rungut aku sendirian . Aku berjalan dan terus berjalan.

Eh ada kondominium terbiar. Hurm, nak masuk atau tak? Aku nak cari Yoona, Hyoyeon dan Sunny. Tiffany kata Sunny dah mati. Ah! Itu mungkin halusinasi dia je. Sunny masih HIDUP! Ya Sunny masih HIDUP!

Aku melangkah masuk ke kawasan kondominum itu. Semak! Lalang! Kotor! Itu lah yang aku mampu gambar kan. Sungguh panjang lalang disini,ada yang sampai paras bahu aku. Nampak sangat yang kondominium ini sudah lama ditinggalkan.

'Auch! Cilake punya nyamuk! Takde darah lain ke kau nak sedut' aku menaki nyamuk2 disitu. Besar- besar nyamuk kat sini. Kalau ada ridsect, dah lama aku sembur kasi pening itu nyamuk. 

Tiba - tiba !

Aku seperti terdengar sesuatu !

Aku hanya berdiam diri kerana ingin mengamati bunyi itu.

Bukan bunyi! Tapi suara! Ya suara!

Aku amat kenal suara itu!

'Yoona ? Hyoyeon ? Korang ada kat sini ke?' Soal aku kepada suara tersebut

'Jessica !' Aku menoleh ke kanan. Sangkaan aku tepat sekali kerana yang memanggil aku itu Hyoyeon. Di sebelah Hyoyeon ada Yoona yang memandang aku saja sejak tadi
'Sica, kita kena keluar dari tempat ni!' Arah Hyoyeon sambil memegang tangan aku.

Aku , Hyoyeon dan Yoona keluar dari kawasan kondominum yang bersemak samun tu. Tiba-tiba . . .

'Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!'

Satu jeritan nyaring menusuk telinga kami. Entah kenapa aku macam kenal sangat jeritan tu. Aku tergerak nak masuk semula ke kawasan itu. Hyoyeon dan Yoona membuntuti aku dari belakang.

Kami berjalan menuju ke kondominium tersebut. Sedang kami berjalan. Aku terlihat susuk tubuh seseorang yang terbaring dan penuh darah di kepala nya.

Waktu itu malam, jadi ianya sangat gelap. Aku dapat lihat samar samar je. Kami berganjak ke depan sedikit untuk melihat tubuh itu. Alangkah terkejut nya apabila aku mendapati yang terbaring disitu ialah . . .

YOONA !

Aku terus memandang belakang. Eh mana yoona tadi? Pelik. Bukan tadi Yoona ada bersama sama aku dan hyoyeon ke? Kenapa pulak Yoona boleh terbaring disini dengan darah penuh dikepala. Aku menekup mulut aku dan memandang dengan pandangan 100% tak percaya. Aku melihat muka Hyoyeon dah nk tahan nangis dah.

'Yoona-shi.... ireona...' kata aku walaupun aku tahu yang Yoona takkan bangun walau beribu kali aku kejutkannya. Sebab, Kepala Yoona pecah. Rasanya Yoona terjatuh dari tingkat atas kondominum ni atau ada orang yang tolak nya dari atas. Ya tuhan! Kuatkan hati ini! Tabah kan hati ini! Aku tak kuat melihat sahabatku mati sebegini rupa

'Hyoyeon shi.. what should we do?' Soal aku dengan air mata yang asyik mencurah curah

'Kalau ni Yoona.. siapa Yoona yang ada dengan aku tadi?' Soal Hyoyeon. Mata nya masih memandang ke arah jasad Yoona.

'Aku..  aku tak tau...'

'Kita keluar dari sini! Tempat ni berhantu! Bahaya!' Hyoyeon terus menarik tangan aku keluar dari kawasan kondominum itu. Mayat Yoona kami terpaksa biarkan begitu kerana kami tak tahu apa yang akan jadi lepas ni.

Yoona... Jeongmal mianhaeyo.....

[END OF JESSICA P.O.V]

_ToBeContinue_ 

Huwarghhhhhh sedih! Yoona!! Mianhae S♡NE T.T
Kalau rasa nk marah saya sebab dah buat watak sunny dengan yoona mati , marah je di ruang comment :')

THE HIGHLAND TOWER (SNSD FANFIC)Where stories live. Discover now