----
[YOONA P.O.V]
Suara ini. . . Ye! Aku cukup kenal sangat suara ini. Aku menoleh kebelakang dan ternyata sangkaan aku betul. Suara ini milik . . .
"Kim taeyeon ?" Kata ku apabila melihat susuk tubuh Taeyeon dibelakang aku.
Taeyeon hanya smirk dekat aku.
"Macam mana kau boleh ada kat sini? Kita kene keluar dari tempat ni sekarang. Dan cari yang lain!" Kata aku. Ya! Aku dan Taeyeon harus keluar dari kondominium ini. Kalau tidak, mungkin bahaya akan menimpa. Aku menarik tangan Taeyeon, tapi dia tepis.
"Tak. Kita tak perlu keluar" katanya selamba.
"Tapi nenek tua tu cakap tempat ni bahaya. Kita tak patut berada di sini!" Getus aku. Aku hanya ada beberapa jam lagi untuk keluar dari sini. Kalau tak, mungkin kami akan terperangkap di sini selamanya.
"Nenek tua? Kau ni karutlah" ujar Taeyeon. Dia smirk lagi. Aku tiba-tiba rasa tak sedap hati.
[END OF YOONA P.O.V]
-----------
Pada waktu yang sama,
"Hyoyeon. Apa yang kau maksudkan ni?" Soal Tiffany. Dia memang langsung tidak paham dengan kata-kata Hyoyeon sebentar tadi
"Dia.. dia.. dia nak kita semua mati.." ujar Hyoyeon
"Hyo, apa yang kau merepek ni? Mulut kau ni jangan celupar sangat!" Marah Taeyeon
"Aku cakap yang betul lah! Aku tak tipu.. Susah sangat ke nak percaya?" Balas Hyoyeon
"Kita semua cuma ada dua pilihan. Sama ada membunuh atau dibunuh" ujar Hyoyeon lagi. Tiffany membesarkan biji mata nya. Dia baru sahaja mendengar perkataan bunuh. Dan ia sangat menakutkan bagi nya.
"Hyo, apa maksud kau? Bunuh atau dibunuh?" Soal Tiffany
"Dah lah hyoyeon. Kalau kau nak merepek lagi. Kau merepek lah sorang-sorang. Fany jom kita teruskan perjalanan" gumam Taeyeon. Dia benar-benar merasakan bahawa Hyoyeon hanya bercanda
"Korang berdua pergilah. Dah tiba masa nya untuk korang berdua. Bye" kata Hyoyeon sebelum kelibat nya hilang di sebalik semak.
"Yah! Hyoyeon-sshi! Eodiga??!" Jerit Tiffany apabila melihat Hyoyeon menjauh
"Biar kan dia. Merepek betul. Kau tak rasa itu semua karut ke?" Soal Taeyeon
"Entah lah. Aku tak tau" -Tiffany
"Eh! Kat depan tu macam ada rumah lah. Jom singgah situ. Mana lah tau ada orang" ujar Taeyeon seraya jari telunjuk nya menunjuk ke arah utara.
"Dekat kawasan ni tak mungkin lah ada rumah yang berpenghuni" -Tiffany
"Kan aku kata tadi, mana lah tau ada" -Taeyeon
"Okey lah. Urm Taeyeon, kau tak risau ke dekat hyo? Dahlah dia menghilangkan diri lepas bagitau benda yang pelik2. Entah-entah itu hint untuk sesuatu" duga Tiffany
"Dah lah, aku taknak pikir lagi dah. Mungkin dia balik kat van kot? Lagipun dia kan dah besar, pandai-pandai lah dia jaga diri nya" -Taeyeon
"Kalau apa-apa jadi kat Hyo macam mana???" -Tiffany
"kan aku dah kata. Dia akan okay lah. Boleh tak jangan buang masa? Mari kita terus kan perjalanan." -Taeyeon
"Tapi......." -Tiffany
"Takda tapi-tapi. Jom!" kata Taeyeon seraya menarik tangan Tiffany
Kini sudah hampir 20 minit mereka berjalan tanpa henti. Tiba-tiba Tiffany ternampak sebuah rumah.
"Tae. Ada rumah lah. Kau taknak pergi sana? Kot-kot lah ada orang ke?" duga Tiffany
"Okay jom" tanpa berfikir apa-apa mereka terus menapak ke rumah tersebut. Seperti biasa, Taeyeon di depan, manakala Tiffany pula di belakang.
Pabila mereka berdua sampai di rumah tersebut. Mereka berfikir dua kali untuk masuk. Hal ini kerana rumah tersebut sangat usang. Dinding penuh dengan lumut. Banyak semak samun. Pokok-pokok menjalar di setiap tiang di rumah tersebut.
"Nak masuk ke?" Soal Taeyeon
"Aku ikut engkau. Kalau kau masuk, aku masuk lah" balas Tiffany
"Okay. Jom lah masuk." Gumam Taeyeon. Perlahan lahan kaki nya melangkah ke daun pintu rumah tersebut. Taeyeon cuba membuka pintu rumah tersebut, tapi tidak boleh. Seakan-akan ada seseorang yang menghalang dari dalam.
"Urgh! Tiffany, tolong aku tolak intu ni!" Arah Taeyeon. Tiffany hanya mengikut. Dengan segala kudrat yang ada, mereka sedaya upaya menolak pintu tersebut. Yeah, pintu itu kini terbukak. Tapi ada satu bau yang sungguh busuk mengalahkan 20 bangkai ekor kucing menusuk ke dalam hidung mereka.
"Busuk nya!" Getus Tiffany. Tiffany memandang taeyeon yang kaku disebelah nya.
"Kenapa taeyeon?" Soal Tiffany
"Tu...tu.. tengok tu..itu.." balas Taeyeon tergagap-gagap . Tiffany memandang ke arah yang dipandang Taeyeon. Dan dia mendapati sekujur tubuh yang tidak bernyawa betul-betul di belakang pintu.
"Sunny !!" Jerit Tiffany
_ToBeContinue_
Maaf. Semua ni hanya rekaan semata-mata. Bukan saya nak pun buat Sunny mati T^T dia bias saya yang paling comel dalam snsd. Maybe ada yang tak berapa nak paham dengan kisah ff ni. Kalau tak paham boley lah pm saya atau tanya je kat ruang komen. Okay. Bye bye.
@girlgeneration8__
@GGparadise__
YOU ARE READING
THE HIGHLAND TOWER (SNSD FANFIC)
Mystery / Thriller"What's wrong ? Apa dah jadi ni?" Soal Taeyeon risau. Kelihatan air mata Hyoyeon bertakung, hanya tinggal sedikit waktu saja untuk melimpah "Kenapa ni? " soal Sooyoung "Hyo.. Tell us what happen" Tiffany "Yoo... yoona......." -Hyoyeon "Kenapa d...