Part 9 -Dia Ikut Kita !-

765 68 4
                                    

___________________________________

"BERHENTI !! HYOYEON BERHENTIKAN VAN NI !!" jerit Yoona tiba-tiba . Hyeoyeon apalagi, brek mengejut laa dia . Bukan apa, first dia terkejut dengan jeritan Yoona . Second dia takut yoona tersampuk apa-apa ke . So, better dia berhentikan van .

Setelah van berhenti, Yoona pun apa lagi terus terkam pintu van dengan gelojoh dan keluar dari van . Dan terduduk di tepi jalan menangis-nangis macam hilang mak . kelapan -lapan rakan nya pelik dengan perangai yoona yang semakin menjadi jadi . Yang lagi pelik nya, ada ar sesekali yoona jerit 'Dia Ikut Kita' . Tapi masalah nya sekarang . Siapa kah yang dimaksudkan Yoona tu ?

mereka semua turun dari van untuk mendapatkan Yoona . Yuri cuba untuk menenangkan yoona dengan cara memeluk nya . Tapi ditepis oleh Yoona. Hyoyeon pun buat perkara yang sama . Sama jugak macam tadi , pelukan nya ditepis hebat oleh Yoona . Kini Taeyeon pula cuba untuk menenangkan yoona . Walaupun tak ditepis, tapi tangisan Yoona semakin kuat . Ini membuatkan mereka semua risau

"Kenapa kau macam ni haa?! Dari awal lagi, taeyeon kan dah kata takde pape . So takde pape lah . Lama-lama aku muak lah dengan perangai kau yang pelik ni ! "marah jessica

"yah! sica-sshi, jangan lah marah-marah . Aku takut keadaan akan jadi lebih teruk . Yoona-ah, cuba bagitau aku.. Siapa yang ikut kita tu?" Kata Yuri

"Dia.. dia.. syahira.. " jawab Yoona teresak-esak

"Syahira tu siapa ?? " soal Tiffany kehairanan

//syahira ?? adakah yang dimaksudkan yoona tu, nama perempuan yang aku jumpa dekat belakang potret tu ? noor syahira bt muhammad rusli ?!!// bisik hati Sunny

"noor syahira berselendang putih tu ke ? " sunny mula bersuara . Terus berderau darah Seohyun bila mendengar spekulasi dari mulut sunny

"ya . dia nak ikut kita ! isk isk.. dia.. dia.. dia.. cuba nak bu..bu..nuh.. kita ! arghh! aku tak nak mati.. aku tak nak.. aku tak nak !" jerit Yoona masih lagi teresak-esak menangis

"Apa yang kau cakap ni ?! kita takkan mati lah !" getus Taeyeon seraya tangan kanan nya menampar kuat muka yoona . Yoona terus shock, dia terdiam.. lalu memandang muka Taeyeon dengan wajah sayu . Yoona bangun dan terus berlari masuk ke dalam satu banglo kosong . Dalam sekelip mata, kelibat yoona tidak kelihatan sementara belum sempat rakan-rakan nya mengejar nya

"Yoona ! kau nak pergi mana tu ? " jerit Hyoyeon

"Yah! Taeyeon ! asal kau tampar dia ?! kalau ye pun kau tak percaya apa yang dia cakap kan . cakap lah elok2 . jangan terus tampar je . Dia pun ada hati lah. Kau jangan pikir kau sorang je betul !" marah Yuri lalu masuk ke dalam van . Pintu van dihempas kuat oleh nya . Boleh tercabut pintu van dibuatnya

"Omo ! taeyeon-ah ! kau bertanggungjawab kene cari yoona . Aku pun rasa, yang kau tak patut tampar dia tadi . Kau sendiri pun nampak kan keadaan yoona tadi macam mana ? " Seohyun menepuk bahu Taeyeon dan masuk juga ke dalam van

"Taeyeon... aku paham kau . kau memang tak percaya dengan benda yang kau tak pernah nampak . Even aku pun tak pernah nampak . At least aku percaya . Kau kene percaya walaupun kau tak nampak , kalau tak . aku takut akan jadi buruk padahnya nanti . Taeyeon-ah, aku sayang kau . Aku sayang korang semua sangat2 . Tanpa korang, aku takkan ada kat sini . Tanpa korang jugak, aku takkan pernah sehappy macam ni . Please, pertimbangkan apa yang aku cakap ." rayu Sooyoung . Sama seperti tadi, sooyoung pun masuk dalam van jugak

"Aku rasa kau dah buat satu kesilapan yang besar" ujar Tiffany lalu masuk ke van

"Taeyeon-ah, kau...." belum sempat hyoyeon cakap, taeyeon dah potong

"Aku apa?! kau pun nak salahkan aku jugak kan ?! " getus Taeyeon . perasaan nya bercampur baur . Dengan yoona nya entah kemana, dengan kawan2 nya yang salahkan dirinya .

"Aniya . Dengar lah ape yang aku cakap dulu" kata Hyoyeon

"Dah lah! aku taknak dengar apa-apa lagi dah . sekarang aku nak cari yoona . korang tolong tengok2 kan yang lain " taeyeon terus berlari masuk ke dalam perkarangan banglo yang dimasuki yoona tadi

"Haih takkan lah taeyeon pergi sorang-sorang ?" ujar Sunny

"Biar lah dia . Memang salah dia pun . Dia patut bertanggungjawab . Dah, jom tunggu kat van" arah Hyoyeon pada jessica dan sunny

" Tak.. tak.. aku kene pergi ikut taeyeon" Zupp! dengan sepantas kilat Sunny berlari masuk ke banglo itu

"yah! sunny ! " belum sempat hyoyeon menghalang, kelibat sunny dahpun menghilang

"Haih, hope diorang dapat jumpa yoona" kata Jessica seraya kaki nya melangkah ke dalam van

=======================================

-YOONA P.O.V-

"ya . dia nak ikut kita ! isk isk.. dia.. dia.. dia.. cuba nak bu..bu..nuh.. kita ! arghh! aku tak nak mati.. aku tak nak.. aku tak nak !" aku menjerit sambil pipi aku basah dengan linangan tangisan aku . Dia bisik dekat aku, yang dia nak bunuh aku dengan yang lain . Apa salah kitorang ?! Aku suruh Hyoyeon berhentikan van sebab benda tu ada kat sebelah aku je . Aku takut.. takut sangat..

"Apa yang kau cakap ni ?! kita takkan mati lah !" getus Taeyeon seraya tangan kanan nya menampar kuat muka aku . Aku terdiam terdiam kerana terkejut dengan tindakan taeyeon yang menampar aku . Selama kami berkawan, taeyeon tak pernah menampar aku kuat macam tu . Hati aku sakit sangat ! dan aku memandang muka Taeyeon dengan 1001 perasaan . Entah kenapa kaki aku secara automatik nya berlari ke arah banglo besar tu .

Pintu banglo besar tu berkunci . Aku pun cuba melihat dalam banglo itu dari cermin . Kelihatan banglo itu tidak berpenghuni, kerana perabot-perabot nya ditutupi dengan kain putih . Aku meluru ke arah pintu sisi banglo itu . yes! tidak berkunci . Aku melangkah masuk ke dalam banglo itu perlahan-lahan . Lalu aku menyelinap masuk ke dalam satu bilik ni . Aku memulas tombol pintu, di dalam bilik ni penuh dengan debu dan habuk . Lantai pun penuh dengan debu . Banglo ni cantik, tapi kenapa tuan empunya banglo ni tak nak duduk sini ?

Aku dapati bilik itu ialah bilik bacaan . Kerana terdapat banyak buku-buku di rak-rak itu . Aku masih lagi teringat kejadian tadi , sewaktu aku ditampar taeyeon . Haih kenapa hati aku sakit sangat ? Aku menggapai satu buku di atas meja kerja yang terletak di sudut bilik itu .

"S.e.j.a.r.a.h. h.i.g.h.l.a.n.d .t.o.w.e.r"

"sejarah highland tower ? apa tuh ? better aku search kat internet.. " aku menyeluk poket aku untuk mendapat kan handphone aku . tengok-tengok je skrin handphone . Riak muka aku terus berubah .

"Argh! asal takde line ? bar line pun semua kosong . haih" rungut Yoona sendirian

"arkkkkkkkkkkkkkk" satu bunyi kedengaran .Nampak nya yoona terpijak sesuatu. Seperti bunyi itu bunyi tulang patah . Jantung Yoona seolah-olah berhenti apabila melihat apa yang dipijak nye . Mata nya terus membulat dan badan nya kaku . Apa yang dipijak nya ialah rangka manusia . Yoona pasti itu bukan model rangka manusia, kerana dia pernah berkhidmat sebagai doktor pelatih suatu ketika dahulu . Seperti nya, rangka itu kelihatan 30 tahun yang lepas . Yoona mengundur ke belakang.. dan.....

"Arghhh !" aku menjerit apabila dinding di belakang aku pecah dan aku mendapati satu terowong kecil .

"Kalau aku masuk ke dalam terowong ni, kemanakah aku akan pergi ?" soal Yoona sendirian

Yoona toleh kebelakang, dia mendapati rangka manusia yg dia pijak tu masih lagi ada disitu . Yoona cepat-cepat masuk ke dalam terowong kecil tersebut . Yoona perlu merangkak, kerana terowong itu berketinggian lebih kurang 80 sentimeter .

-END OF YOONA P.O.V-

_ToBeContinue_

Terowong itu akan bawak yoona ke mana ?

wait for 10 episode. keep calm and stay read ma fanfic *triple wink*

THE HIGHLAND TOWER (SNSD FANFIC)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora