Part 11 -Terowong Bertangga-

596 58 2
                                    

===============================

Di van, mereka menunggu dengan risau .

"Mana diorang ni ?" kata Jessica lalu mengerling ke arah jam tangan nya . Kini sudah hampir jam 6.30 petang 

"Lagi satu jam dah nak malam . Macam mana ni ?" Rungut Jessica kepada kawan kawan nya

"Haah lah, kejap lagi dah nak gelap . mesti seram ." kata Yuri takut takut

"Haish korang berdua ni, jangan risau okay ? Taeyeon dengan Sunny pasti akan jumpa Yoona . Trust me okay ?" Hyoyeon cuba menenangkan rakannya

"Wey kat sini takde line laa . Nak call orang pun susah . Kita telefon polis nak tak ? tak payah susah-susah Taeyeon dengan Sunny cari Yoona" Tiffany mula memberi buah fikiran

"Tak payah lah . Kau doa je agar Taeyeon dgn Sunny dapat cari Yoona" Hyoyeon memberi kata putus

"hurm... aku nak balik  ..  isk isk isk isk" kata Seohyun , air mata nya mula berguguran

"Kenapa ni seohyun ? jangan lah nangis, kitorang kan ada" Pujuk Sooyoung seraya mengelap air mata member termuda nya itu . Terkejut jugak dia, tiba2 je seohyun menangis .

"Omma! Appa! tolong Seohyun! " jerit Seohyun meracau-meracau . Yang lain terkejut dengan keadaan Seohyun, apatah lagi Sooyoung yang duduk sebelah nya . Seohyun menggigil ketakutan sambil muka nya basah dek air mata .

"Kenapa ni seohyun ??" soal Tiffany

"Aigoo, Seohyun kene sampuk ke ?" soal Yuri

"Kau ni yuri . mulut celupar " desis Jessica sambil menyubit tangan Yuri

"Seohyun-ah, gwenchanayo ? " soal Hyoyeon .

"Korang. Jom kita balik . . . Dia .. marah . . kita .. dah .. masuk .  . . ke .. kawasan . . . di . . . dia .." ujar Seohyun gagap . Muka nya kelihatan takut sangat . Banyak peluh di muka nya

"Hah ?! apa yang kau cakap Seohyun ?" soal Jessica pelik . Seohyun cakap 'DIA MARAH KITA DAH MASUK KE KAWASAN DIA'??  DIA yang dimaksudkan Seohyun itu siapa??

===================================

"Terowong ni gelap lah .. makin lama makin sempit pulak tu" rungut Yoona yang sedang merangkak ke dalam terowong yang dijumpai nya tu . Dia terus merangkak dan merangkak, dia juga tak tahu kemana entah terowong itu akan bawak .

'Kenapa hati aku rasa . . . tak sedap sangat ni ? macam ada sesuatu yang terjadi dekat . . . kawan kawan aku' kata Yoona dalam hati . Entah kenapa dia berperasaan macam tu . Selagi dia rasa macam tu, hati nya jadi tak tenang . Yoona menpercepatkan pergerakan nya .

Dan dia mendapati terowong itu ialah jalan mati . Buat apa bina terowong kalau tiada apa-apa fungsi . Tiba-tiba , ada setitik air menitik ke batang hidungnya . Yoona pandang ke atas , walau pun keadaan di situ gelap gelita . Dia mendapati ada satu lagi lubang di atas terowong itu . Terowong itu ada tangga . Yoona terus memanjat tangga itu perlahan lahan . Yoona berharap sangat terowong yang dia naiki itu tak panjang sangat . Takut dia tak larat nak panjat tangga tu .

"Argh! kaki aku dah mula lenguh" rungut Yoona sendirian . Tiba-tiba ada lagi setitik air menitik di atas batang hidung nya . Yoona jadi penasaran dan terus memanjat tangga itu .

Finally, Yoona sampai di suatu tempat . Nampak nya tempat ini sudah lama ditinggalkan . Tiba-tiba, yoona terdengar sesuatu . kedengaran ianya lagu tapi dalam bahasa melayu . Yoona tak paham sepatah pun apa yang dinyayikan

'Air pasang dalam
surut pukul lima
nona bangun pagi
siram pokok bunga
pokok bunga melur
tanam tepi kolam
itik bertelur
ayam mengeram'

Hati Yoona terdetik untuk mencari suara tersebut .

Dan akhirnya, dia menjumpai seorang budak perempuan di sebalik pokok yang agak besar . Pokok itu nampaknya ialah pokok meranti yang sudah berpuluh tahun lama nya hidup .

"Adik ke yang menyanyi tadi ?" Yoona menegur budak perempuan itu. Walaupun sudah ditegur, budak itu tidak berpaling apatah lagi menjawab soalan yoona

"Adik tahu tak tempat ni kat mana ?" soal Yoona kepada budak perempuan itu . Yoona berharap budak itu akan jawab, namun harapan nya pudar serta merta . Budak itu terdiam seribu bahasa

'mungkin bisu' pikir yoona dalam hati

'bisu ?! eh tak mungkin lah bisu . tadi dia menyanyi, adakah budak ini bisu?' soal yoona sendirian dalam hati nya .

"Adik..." Yoona tidak sempat menghabiskan ayatnya kerana budak itu terus lesap dari pandangan nya . Padahal baru sekejap dia berpaling ke belakang .

"Siapa budak tu ? dari mana datang nya? tak mungkin rumah nya sekitar sini kerana kawasan disini nampaknya sudah lama ditinggalkan" pelbagai persoalan bermain diminda Yoona . Namun apakah jawapannya? 

_ToBeContinue_

THE HIGHLAND TOWER (SNSD FANFIC)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora