bab 7

1.7K 129 5
                                    

"Awak nak pergi mall buat apa?"Suasana
di dalam kereta terasa begitu sesak dengan kebisuan mereka buatkan Bella terpaksa menyoal.Sepanjang perjalanan,tiada satu
suara pun yang terkeluar termaksud suara
dari radio kereta.

Sengaja tidak dipasangkan radio kerana masing-masing segan.Kelvin juga nampak macam tidak berminat untuk berbual.

Kerana itulah membuatkan Bella rasa kurang selesa.

Tidak lama kemudian,barulah lelaki itu menjawab.

"Nak pergi beli baju kerja baru."Ringkas
sahaja jawapan berikan.Setelah itu,keadaan kembali menjadi sepi.

Pandangan mata lelaki itu lurus menghadap
ke hadapan.Sesekali Bella curi pandang cara lelaki itu memandu.

Sekalipun ada kenderaan yang cuba
memotong mereka,Kelvin masih tetap
boleh bertenang dan memandu seperti biasa.Dia juga tidak merungut setiap kali terpaksa menunggu lampu isyarat.

Dari sini Bella boleh tafsirkan bahawa
Kelvin ialah lelaki penyabar.

Setelah itu,dia perhati pula cara pemakaian lelaki itu.Dari hari pertama mereka berjumpa sehingga kini,Kelvin gemar memakai kemeja.

Tidak kira sama ada warnanya hitam atau putih yang penting itu adalah kemeja.

Cuma malam ini kemeja yang dipakai tidak sekemas sepertimana hari bekerja.Di mana dilengkapi dengan tali leher dan kot hitam.

Ralit memerhati sampai tak sedar yang
mereka tiba di satu selekoh yang tajam.
Dan bila mana saat Kelvin membolekkan kereta,Bella sedari tadi langsung tidak memakai tali pinggang keledar hampir-
hampir tersembam di bahagian depan dashboard kereta.

Namun pergerakan Kelvin yang pantas
itu berjaya menyelamatkan dahi gadis itu
daripada tercium dengan dashboard kereta.

Sebelah tangan mengawal streng manakala sebelah lagi menahan pada bahagian depan Bella.

"Pakai seltbelt."Pendek tapi penuh ketegasan arahan Kelvin.Takut punya pasal,tali pinggang keledar terus ditarik lalu dipasangkan.

Bella sentuh dada sendiri.Berdebar
bukan kerana dia hampir tersembam
dan boleh mengundang bahaya sebaliknya
kerana tindakan Kelvin sebentar tadi.

Empat puluh lima minit memandu,mereka akhirnya tiba di sebuah mall yang terkenal
di tengah kota.Kereta yang dipandu Kelvin masuk ke dalam kotak parking yang telah disediakan.

Kemudian kaki panjang mereka mula melangkah memasuki mall.Baru beberapa langkah,terasa pada bahagian kaki kurang selesa.Bella menunduk.

Tali heels sudah longgar.Ini yang malas ni.

Kelvin dipandang.

"Awak boleh tolong pegangkan handbag
saya sekejap?Saya nak betulkan ikatan
heels saya ni.Longgar lah pulak."Tidak menolak sebaliknya dengan prihatin Kelvin menadahkan telapak tangan.

Tas beg bertukar tangan.

Sesaat kemudian,Bella menundukkan
separuh badannya ke bawah.

Memandangkan dressnya diperbuat daripada kain satin dan juga berbelah pada bahagian tepi,oleh itu setiap daripada lekuk tubuhnya terlihat jelas saat dia menunduk.

Sekaligus mengundang mata-mata lelaki
liar memandang ke arah gadis itu.Setiap
kali terpandang,pasti masing-masing 
akan menoleh sebanyak dua kali.

Tidak lepas juga dengan Kelvin,
namun lelaki itu cepat-cepat mengalihkan
pandangan ke arah lain.

Tidak tahan apabila Bella terus diperhati,
lantaran itu Kelvin bertindak berdiri
tepat di belakang Bella.Menghalang mata-
mata liar daripada terus memandang
sekujur tubuh Bella yang seksi.

Mrs.Kelvin Adyan[SU]Where stories live. Discover now