Bab 48

933 90 5
                                    

Bayi lelaki yang masih kelihatan merah
walaupun baru sahaja selesai dimandikan
ditatap dengan penuh bangga.Seperti
sukar untuk dia percaya bahawa dia
sudah bergelar seorang bapa.

Seorang jururawat wanita datang
menghampiri ke arah Kelvin sambil
memangku seorang bayi lelaki yang
sudah siap dibendung.

Wanita itu kemudiannya menyerahkan
bayi tersebut kepada Kelvin untuk
diazankan.

Jatuh kesian dia melihat keadaan
lelaki itu sekarang ini.Tidak terurus.
Rambut kelihatan berantakan,bahkan
terdapat lingkaran hitam di sekitar matanya.Jelas menunjukkan bahawa
lelaki itu tidak cukup tidur.

Dengan isterinya yang masih belum
sedarkan diri.Dia berharap lelaki muda
ini dapat terus bersabar.

"Anak Papa.."Selesai azan,seluruh wajah
bayi kecil itu dikucup dengan penuh kasih sayang.Kelvin menghidu setiap ceruk
tubuh anaknya itu.Wangi!

"Terima kasih kerana dapat terus bertahan.Awak seorang yang kuat.
Sama seperti Mama awak.Papa
sayang kamu berdua."

Walaupun kehadiran bayi ini pada
awalnya tidak diterima baik oleh Bella,
namun Kelvin yakin sebaik sahaja
Bella menatap wajah suci ini,pintu hati
isterinya pasti akan terbuka.

Selesai mengazankan anaknya,bayi
itu kembali diserahkan kepada nurse
untuk pemeriksaan selanjutnya.Tetapi
sebelum menyerahkan anak itu,buat
sekian kalinya wajah anaknya kembali
ditatap.

Wajah anak ini saling tidak tumpah
seperti wajah Bella.Hidung mancung
serta dagu terbelah dua cukup menggambarkan bahawa itu adalah
antara ciri-ciri khas yang terdapat pada isterinya.

"Kelvin.."

"Mama."Kehadiran Mama disambut
dengan sopan.Kelvin yang sedang
duduk di atas sofa segera berdiri lalu mengarahkan supaya mama melabuhkan
duduk di situ.

Menerima layanan sebegitu,Puan
Kay tersenyum manis.Sejurus itu,
Mama-nya menyerahkan beg kertas
yang mengandungi pakaian kepada
anaknya.

"Ini baju kamu.Kamu pergilah mandi
kemudian berehat dulu.Kesian mama
tengok kamu seharian berada di
hospital.Bella macam mana?Belum
ada tanda-tanda dia nak sedarkan
diri?"

Kelvin melepaskan lelah.Seperti sedang
menanggung beban yang sangat berat.

"Belum,Mama.Kelvin harap sangat
Bella sedar cepat mungkin.Arjuna
sangat memerlukan Mama dia."Bukan
anak sahaja,dia sendiri juga memerlukan
Bella di sisi.

"Arjuna?"

Kelvin tersenyum nipis.

"Arjuna Akasyah Bin Kelvin Adyan."Nama
penuh anak lelakinya disebut bersama
senyuman yang bergayut di bibir.

Lebar senyuman Puan Kay.Sesuai
sungguh nama yang dipilih.Sempat
juga tadi dia melihat cucunya yang
baru sahaja lahir.

"Pandai kamu pilih nama.Mama
suka."Puan Kay kembali memandang
anak lelakinya.Sebaik sahaja suaminya
memaklumkan bahawa Kelvin hendak
mengambil cuti tanpa gaji selama dua bulan,Puan Kay jadi agak tertanya-
tanya dengan tindakan Kelvin.

Mesti ada sebab kenapa Kelvin
memutuskan untuk mengambil cuti
selama dua bulan berturut-turut tanpa
gaji kerana Kelvin yang dia kenali antara manusia yang kuat bekerja selain daripada suaminya.

Jarang sekali untuk anak lelakinya itu mengambil cuti tanpa sebab walaupun
cuti sakit.

"Mama dengar kamu ambil cuti tanpa
gaji selama dua bulan.Kenapa?Kamu
nak pergi ke mana selama dua bulan
itu?"Soal wanita itu lagi.

Mrs.Kelvin Adyan[SU]Where stories live. Discover now