bab 46

903 80 3
                                    

Kereta mewah yang dipandu Kelvin laju
membelah jalan raya di dalam kegelapan malam.Matanya hanya fokus memandang
ke arah hadapan seraya akal memikirkan
keadaan isterinya yang tiba-tiba sahaja menghilangkan diri setelah melihat adegan yang tidak sepatutnya terjadi antara dia bersama Dahlia.

Kelvin cuba mencari keberadaan isterinya
di sekitar perkarangan hotel,namun tidak ketemu.Hampir sahaja dia meraung disitu kalau bukan disebabkan pesanan daripada Tengku Aaron yang diterima mengatakan bahawa Bella selamat sahaja berada
bersama lelaki itu.

Sekarang,Bella sudah selamat tiba
di kediaman mereka atas berkat
pertolongan Tengku Aaron serta
Amanda.

Sebaik sahaja membaca pesanan
Tengku Aaron,tanpa membuang masa
Kelvin terus mendapatkan keretanya
lalu memandu laju menuju pulang.

Sepanjang perjalanan menuju ke villa,
sedari tadi kedua belah tangannya tidak berhenti daripada menggigil.Fikiran
Kelvin menjadi kosong.Tapi itu semua
tidak penting.Kerana apa yang lebih
penting adalah dia harus segera tiba di
Villa demi menjelaskan perkara sebenar kepada isterinya.

Tidak lama selepas itu,Kelvin akhirnya
tiba di Villa.Pancuan empat roda tersebut diparkir bersebelahan kereta Ranger Rover hitam milik Tengku Aaron.

Dari luar,Kelvin dapat lihat pintu
rumah sudah terbuka luas sekaligus memancarkan cahaya dari arah dalam.
Menandakan bahawa Tengku Aaron
serta isterinya sedang berada di dalam.

"Bella!"

Tengku Aaron yang tinggal bersama
kedua-dua anaknya di ruang tamu nyata tersentak mendengar jeritan Kelvin yang
tiba-tiba muncul.

Lelaki itu mengalihkan pandangan.
Sedetik kemudian,Kelvin serta Tengku
Aaron beradu pandangan.Dalam diam,
Kelvin menyoal tentang keberadaan
kepada teman baiknya.

"Kau duduk dulu.Isteri kau selamat.
Ada dekat atas sana.Amanda tengah
tenangkan Bella.Bella nampak macam
orang tidak terurus."Tengku Aaron
memberi isyarat mata supaya Kelvin melabuhkan duduk terlebih dahulu.

Lelaki itu patuh.Rambut yang sudah
sedia serabai itu diramas kuat.Apa lagi
dugaan untuk mereka suami isteri?Apa
tidak cukup ke dengan masalah lama
yang nyata belum selesai,sekarang
muncul pula masalah baru.

"Apa yang terjadi sebenarnya?Aku
terserempak dengan isteri kau tepi
jalan waktu aku dengan Amanda dalam
perjalanan pulang ke rumah.Nasib baik
aku yang jumpa.Buatnya isteri kau
diculik?Tak pasal-pasal terjadi pulak
satu kes.Dengan keadaan Bella yang
tengah mengandung,macam-macam
boleh terjadi pada isteri kau,Kelvin."

Tengku Aaron melepaskan anak-anaknya
yang berada di atas riba yang sedari tadi meronta-ronta ingin diturunkan.

Kelvin menundukkan kepalanya.Wajah
ditekup menggunakan kedua belah
telapak tangan.Dia cukup serabut saat ini.Tambah lagi bila terpaksa mendengar
omelan Tengku Aaron.

Hening...

Tengku Aaron melepaskan keluhan.Dia
kemudiannya kembali bertanya.

"Kenapa semenjak kebelakangan ini
aku perasan kau nampak serabut.Tu,
jambang tu.Sebelum ini tak pernah ada
pun.Aku kenal sangat dengan perangai
kau.Kumis-kumis tumbuh dekat muka
pun kau tak suka.Ini kan pula jambang."

Apa agaknya masalah yang Kelvin hadapi
saat itu sampaikan tidak sempat menjaga penampilan diri.Tengku Aaron jadi
tertanya-tanya.

Wajah sendiri disentuh perlahan.
Dia sendiri tidak sedar bila wajahnya
ditumbuhi jambang.Terlalu memikirkan
orang lain sehinggakan diri sendiri pun
tidak terurus.

Mrs.Kelvin Adyan[SU]Where stories live. Discover now