bab 38

729 55 6
                                    

Selepas memutuskan untuk meletakkan
jawatan sebagai guru,Bella kini sudah
menjadi suri rumah sepenuh masa.

Menjadi suri rumah bukanlah satu perkara
yang sangat mudah.Lebih-lebih kepada dia
yang langsung tidak pandai melakukan
sebarang kerja rumah.

Pada awalnya dia agak kekok dan tidak terbiasa.Namun dengan sokongan serta
ajaran dari Kelvin,Bella perlahan-lahan
mula memahami apa yang harus dia
lakukan setiap hari.

Cuma bab memasak dia belum pandai.
Tidak semahir suaminya.Ada kalanya
Kelvin mengarahkan dia untuk tidak
memasak sehinggalah menunggu lelaki
itu pulang.Bimbang dengan keselamatan
Bella bermain dengan api kata Kelvin.

Berkenaan impian Bella untuk menjadi seorang model terpaksa dilupakan
di atas sebab-sebab yang tertentu.

Antaranya disebabkan larangan suami.
Dan yang kedua adalah kerana pada akhir bulan pertama sewaktu pergaduhan mereka
di dalam kereta tempoh hari,pada keesokkan harinya Bella disahkan mengandung.

Tidak sangka niat hanya untuk memeriksa kerana pada malam itu Bella menyedari bahawa dia sudah lama tidak datang bulan akhirnya membuahkan hasil.

Hilang segala rajuk dan marahnya kepada
Kelvin selepas memperoleh keputusan
yang dia sendiri tidak jangka.

Puas Bella menangis bukan kerana gembira
tetapi belum bersedia untuk menimbang
cahaya mata.Sudah dia katakan kepada
Kelvin bahawa perkahwinan mereka masih
terlalu awal dan dia sendiri belum cukup
bersedia untuk mengandung.

Tapi lihat apa yang lelaki itu sudah lakukan
sekarang?

"Ergh.."

Bella mendengus kasar selepas lima kali
ulang alik dari tandas memuntahkan isi
di dalam perut.

Hari ini tiada satu pun kerja rumah yang
dapat dilakukan kerana dari pagi tadi Bella
hanya terlantar di atas katil.Sebelum Kelvin
pergi kerja elok saja,siap boleh bergurau
senda lagi.Ini macam sengaja nak dera
Bella agaknya.

Belakang badan disandarkan di kepala
katil.Baju disingkap ke atas sehingga menampakkan perut yang masih belum
terbentuk.Bella tunduk memandang
permukaan perut sendiri.

Tiada niat untuk mengusap sepertimana
wanita mengandung selalu buat.Anak ini
hadir pada waktu yang kurang tepat.

Pada ketika itu,Bella mula membayangkan perubahan pada dirinya apabila kandungan
ini semakin membesar.

Mesti dia semakin gemuk.Bahagian bawah
perut akan bergaris-garis.Kaki membengkak.
Badan mudah lesu.

"Kenapa!"

💗💗💗

"Amboi,happy nampak.Tersegih sampai
ke telinga.Ada berita baik yang kau nak sampaikan ke?"

Tegur Tengku Aaron setelah melihat susuk
tubuh Kelvin yang kebetulan melintasi
sebuah cafe yang berada di dalam sebuah
mall terkemuka.

Disebabkan dia sudah berjanji kepada
Amanda untuk keluar bersama pada
waktu lunch hour nanti,Tengku Aaron
memilih untuk makan di cafe kegemarannya.

"Anak-anak kau mana?"Soal Kelvin tatkala menyedari Tengku Aaron hanya datang
berdua bersama isteri.

"Ada.Tinggal sekejap dengan abang ipar
aku.Kau pula kenapa datang sini?Ada hal
ke?"

"Iya.Shopping pakaian untuk isteri aku."

Kelvin menunjukkan ke arah beg kertas
yang berada di tangan.Lebar senyuman di
bibir Kelvin membuatkan Amanda turut melihat ke arah beg kertas tersebut.

Mrs.Kelvin Adyan[SU]Where stories live. Discover now